Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.
Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Friday, February 1, 2013

January's

Assalamualaikum :)

Heeeee aku rasa entry kat blog ni macam biskut je. Kejap ada news, kejap takde. Tak sangka ada jgk la peminat yang mintak update blog *IniSemuaPoyo*. Well I'm too busy. Hidup tingkatan 5 memang letih hoii. Masa ting. 4 boleh lagi main2. Homework pun campak je tah kemana. Sekarang? Pun campak gak sebab dah terlampau banyak. Tak tahu nak buat yang mana dulu. Dah la dengan habit LAST MINUTE aku tuu. Hancurrrrrrrrr!!


Ahh stop story pasal homework. Bikin gua stress. Huhu. Apa yang tadi sepanjang aku tak update blog eh? First, kelas 5 Al Farabi dah lawa dengan cat Purple Pink! Meja pun Purple Pink! Aku tahu Pink tu sangat girly bagi diri ini. Tapi takkan nak complain pulak en? Orang dah sponsor pun cukup baik dah. Alhamdulillah :)

Secondly, Cikgu Fauzi pindah :( Huuuuu I sad. Masa Majlis perpisahan, aku dan DSLR duduk kat depan. Yes, depan lelaki sebelah tempat cikgu2. Sorang je la. Gambar itu ini. Lepas tu tekun dengar cerita cikgu fauzi. Nasib ah duduk depan sekali. Cover jangan kasi nangis. Apa yang cikgu fauzi cerita tu aku ada rekod tapi tk upload pun hehe. 

Thirdly, aku dah cuba2 vroomm vroomm gi sekolah :D Redah jem pagi2. Huuu aku speeding kot masa vrooom vrooom tu. Hihi. First day bawak gi sekolah, budak2 kecoh. Arif Rosnan panggil aku Mat rempit. See, Arif menyakai. Mat dengan Minah pun tak reti beza :( Lepas tu ada dua tiga kali follow aku. Bila tanya kenapa, dia jawab "Aku jadi bodyguard mat rempit ni." Kwang ajaq -___-"

And Minggu ni ada Mesyuarat Agung Kokurikulum. Yang tak tahannya, Cik Naziela Emilia Binti Suhaimi ni jadi Penolong/Naib Pengerusi Rumah Zuhal. Kahkahkah. Rumah sukan lak tu. Tak pernah2 dapat jawatan dalam rumah sukan. Tetiba terus P/N Pengerusi. That moment aku tengah berdiri dalam makmal 1 yang sesak tu. Ada dengar orang calon nama aku, afifah. Macam bising2 la en. Ingatkan cikgu tak dengar. So aku tak endahkan. Bila Mummy panggil, kalau boleh semua nak pusing belakang pandang aku. Manada malu. Dah la tengah lap2 muka dengan tisu sebab panas. Hoiiii tak dapat ku lupakan. Undi dalam 56 macam tu kalau tak silap. Machooo :p Bila balik rumah je otak masih tak boleh terima kenyataan. Siapa tah gi cakap Zuhal akan kalah sbb aku. Cehhhh bedebah! Keesokkannya Arieff The pendek doctor siap buat tabik dan berkata "Naib pengerusi" Setiap kali terserempak je panggil Naib Pengerusi. Rasa nak tibai je budak sorang ni. Huhu. :/

For Unit beruniform aku takda jawatan. Anis nak calonkan for Naib Pengerusi tapi aku cakap jangan. So aku calonkan dia. Kehkehkeh. Lagipun memang taknak sebab aku malas. Haha nanti di kerah untuk masuk kawad. Hitam la kulit I nanti you :( Kalau masuk kawad pun nanti siapa nak mainkan peranan utk perbarisan rumah sukan en. Tadi meeting sukan dan permainan. Lama2 kiteorang meeting tu, lantik Setiausaha je. Siapa? Sayaaaa laaa :) Pengerusi and AJK tertinggi yang lain, cikgu akan decide nak pilih siapa. Biarlah Rahsiaaa~~ 
Tinggal Kelab dan persatuan je belum meeting lagi. Aku kelab Fotografi!!!! :D

Haaaa, entry ni taak bermaksud aku gila nak jawatan okay. Kalau ada, ada lah. Kalau takda, takpe. Itu rezeki orang lain. Yes I admit aku suka dapat jawatan sebab nanti markah koko aku tinggi sikit. Wakaka. Bukan sebab aku gila kuasa ke apa. Orang kata Hati biar ikhlas, nanti kerja kita jadi senang :)


That's all la for today :* Happy February btw!



NzEmilia ^^

Wednesday, January 9, 2013

Everything for you dear SPM.

Assalamualaikum  :)

Here I am back! 

Sekolah okay okay je. Ha! Aku nak tunjuk module LK. Gila lawa cover module tu!! But not now la. Next entry nanti aku tunjuk :3 Dapat module je tadi terus buat. Boleh la. Cuma confius sikit2. 

This saturday ada gotong royong kat sekolah. Hias kelas whatever semua tu. So tadi masa PAI kiteorang bincang2 la dengan Ustazah siapa nak kelas itu ini en. Agihkan tugas. Bincang punya bincang. Haniff tak habis2 sebut nama aku. "Ketua Kebersihan Naziela wey!" Dalam hati aku "Ada gak kena tibai sat gi." Donut kat sebelah anep "Asyik naziela je!" Shahadah dah gelak2 "Kalau Naziela Ketua kebersihan, habis semua kena marah. Bersih kelas." Ustazah join gelak gak tu. Apa tugas aku pun aku tak berapa dengar sangat. Yang aku tahu langsir kelas tu nanti kena bawak balik, basuh! 


Today is tuesday. Letih gila okay hari ni. Aku kena rushing dari tuisyen Puan Hamidah ke Prestige. Tuisyen Puan Hamidah 5.00-6.30. Sejarah Sir Shiva 6.30-7.30. Lepas tu stayback Kat prestige sebab subjek Chemistry 9.00-10.00. Memang ikutkan hati rasa malas, nak mengeluh je ni.. Tapi untuk SPM, ku rela berkorban jiwa dan raga. Kehkeh. Jadi di isytiharkan hari selasa jadual aku penuh. No appointment on tuesday! Haha bajet bajet famous.

Extras;

NzEmilia^^



Wednesday, January 2, 2013

First day of senior year!

Assalamualaikum. 

Title jet jet je kan. Hehe Tak sangka aku sekarang dah form 5. Tahun ni SPM!!! Harap dipermudahkan. Belajar pun biar focus. Tadi kat sekolah baru sikit dah ngantuk ngantuk dah. Ida joy yang ngantuk dulu. Aku ngantuk masa fizik time nak dkt balik tu. Zzzz.

Seperti biasa persekolahan sesi pagi bermula pada pukul 7.30 tapi pelajar dikehendaki berhimpun pada pukul 7.20. Sad is sad you know. Dewan terbuka kami tak siap lagi. Almost siap la. Mungkin hujung bulan 1 ni dah boleh guna kot. Hmmm masa beratur tu gi la kat line form 5 walaupun aku sangka diri ini form 3. Oh gediknya. Dah la pakai tudung baru takde lencana and name tag. Joyah and yas pun sama gak. Aku poyo je kata student baru. "Kak, kelas saya kat mana? Saya student baru." Muka nak innocent je kan :3 Aku memang suka berdrama. *sigh*

First day biasa la ada perhimpunan rasmi. Semua tak semangat nyanyi lagu negaraku, negeri selangor dan lagu sekolah tu. Dengar ucapan cikgu lagi. Rasa nak tidur kat situ pun ada gak en. Huuuuu. Then naik kelas. Tingkat atas nun 5AF tu! pakat mengeluh je dorang naik. Hahaha.

Masa otw naik kelas tu jumpa Ustazah Rohana. Dia senyum je nampak aku lepas tu hulur bakul sampah baru, penyapu baru dan penyodok baru. Baru baru!  Aku pun buat muka pelik dengan seribu satu pertanyaan di minda. Aicheh ayat~ So sebab sifat aku yang sentiasa curious ni, aku tanya la ustazah "Ha? Kenapa? Kelas apa punya ni?" Ustazah sengih sengih sambil berkata "Kelas awak la. 5AF. Saya guru kelas." Wahhhh time tu aku pusing belakang tengok Ida dan yas. Muka bahagia :D Senang je nak lailailai dengan ustazah ni :P

Of course first day ada perlantikan Ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kecoh gila okay kelas 5AF. Bising je :3 Dorang calon kan Syed Ahmad. Pun boleh -..- Tapi yasier yang dapat. Well, siapa suruh yasier jadi comel. Masa aku angkat tangan undi yasier tu, aku pusing belakang tgk 6 orang BUDAK perempuan pun undi gak. Bagus bagus. So secara rasmi Yasier ketua kelas 5AF!!! Penolong ketua kelas Shahadah ah en. Ada yang calonkan Joyah. Lepas tu aku dengar ada yang sebut nama aku. Usha kiri, Nadia! Hoi gila hoi. Terus aku jerit kat ustazah "Dah ustazah dah. cukup dah tu!" Haha. Tak kuasa nyah nak jadi Pen. LOL.

First day belajar Mathematics(Mummy) and Physic(Cikgu Zalina). Mummy masuk kelas je kata "Hmm Saya ingatkan tak jumpa awak semua dah. Rupanya ada lagi" Lepas tu dengar bunyi keluhan budak kelas 5AF. "Alaaaaaaah.." Kehkehkeh. Physics salin nota je. So far so good :3 BM cikgu terangkan itu ini. Dia srh salin kat depan tu tapi aku salin sikit je. Lepas tu aku buat benda lain. Ida usha "Hek eleh kau. Igtkan salin kat depan tu! Gi tulis lirik lagu pulak" Haha. takleh focus :p

Masa rehat kami yang bajet senior ni gi la kantin en. Ramai gila ok. Aku pun cakap kat Ida, "Gunakan kuasa sebagai seorang senior. Suruh dorang ketepi. Senior nak lalu!"  Lepas tu Ida buat muka "Nak ketepi apa bendanya. Yang depan kita ni semua senior!" Hahaha. Okay. Kuasa veto tak menjadi pulak time tu. So kami gerak gi Koperasi. Jumpa Juniors form 3. Si Afiqah, Fatihah dan Aina. Dok jeling kat senior dia ni :3 Tau la saya comel hikhik.

Tah apa yang aku buat tah pagi tadi sampai dua kali Ida joy kata perangai aku macam budak budak. First dia kata "Tak macam senior la kau. Perangai macam budak budak je." Second masa kat kelas. Aku buat perangai gila la. Lepas tu dia cakap kat Yas "Kau tengok ni yas. Perangai budak budak. Apa lah. Haha" Nampak tak Ida dah matang? Haha okay :P

Sebelum balik aku gi solat zuhur kat surau sekolah. Jumpa cikgu Azmarina. "Cikgu, Asal kena sekolah.. Saya tak bersedia..." Aduiii drama queen betul aku hari ni. "Haha, Asal? Kalau awak taknak sekolah gi nikah je senang." Cis cis! "Alahhh cikgu ni. Itu pun kalau ada yang nak la. Saya okay je. Hahahaha." Lol. And Today I balik dari sekolah sendiri. Takde sapa kat rumah. My Mom and Abangah gi hantar Kakak Kat melaka. Aku naik bas rapid then turun dari Ukay dengan Afifah. Nasib baik budak kecik ni teman. Tu baru kawan namanya :D Tapi balik tu basah lenjun ah baju dengan peluh. Tsk tsk.

Okay entry ni dah boleh buat jadi karangan BM dah. Buat cerpen pun layak gak. Hehe Almost 10 perenggan kot. Waaaaa senior yang excited bercerita tentang first day sebagai pelajar form 5. Lol K bai :*

Extras;



NzEmilia^^


Monday, December 31, 2012

Lesen L. And 2013.

Assalamualaikum :)

Aku kini kembali selepas entry mengenai pemergian bapa saudaraku. Hari ni masuk hari kesepuluh dia pergi menghadap Ilahi. Yang pergi tetap pergi, kita masih perlu teruskan hidup. And yeah, Esok New year. Lusa sekolah. Aku akan jadi Senior!!! *Dancing* K takyah suka sangat la sebab SPM hoi. Tolong hoi. Memang tak ingat dah Fizik kimia semua hoiiiii. 

Mari mari..aku nak kasi tahu ni. Aku dah pergi Pra L motosikal. So I can bike a motorcycle to school after I dapat lesen L lewwww :P Tapi tu minggu depan la. Dia kata within a week dapat lesen tu. Just wait je naaaa. 

Aku pergi Pra L motorsikal tu hari ahad. And I met dua orang akak ni. Sorang umur 26 tahun. Nama Kak Ayu. Belajar ingeneering lepas tu kerja kat tapak pembinaan. Tapi tak tahan, terus ambik jurusan perguruan. Kini akak tu jadi cikgu sekolah. Sekolah international wey. Mesti kayooo tuh. Gaji masyuk kot i think. Lagi sorang akak ni nama dia Kak Huda. Umur 22 tahun. Pakai purdah :) Pelajar UIA. Dia siap suruh aku masuk UIA lepas habis sekolah. Aku macam "What? Ingat senang ke nak masuk UIA tu :(" Kak Huda ni baru je kahwin! 15/12/2012 hari tu. Tapi laki dia jauh kat Sabah sana. Kerja apa tak igt le :P Kak Ayu pulak dah dua tahun Kahwin. Laki dia pun jauh gak. Selalu outstation. Kerja Polis. 

So kami bertiga yang berlainan usia ni bersama la seharian di IMKL setapak tu. And akak dua tu orang KELATE wey. Gomo Kelate gomo ! Bila dorang borak pun aku pahe gitu gitu je. Kadang2 dorg cakap pasal tempat kat kelantan. haha lagi la aku angguk angguk je konon faham. Padahal tengah blur gila.  Lol

Pada pukul 2:30 petang kami dibahagikan 2 kumpulan. Aku still sama kump dgn akak dua orang tu. Jodoh. Harhar. Cikgu yang ajar tunggang motor tu nama dia Suhaiza. Cikgu Suhaiza tu macam poyo poyo, garang pun ada gak, tapi sempoi ah dia ajar. Suara garau gila. Siap ada yang tanya "Cikgu tu perempuan ke lelaki?" Padahal dia pakai tudung. Tak ke rasa mcm kesengalan terserlah disitu? :p

Kami capai helmet dan baju keselamatan. alaahh yang warna hijau kuning tu. Tahu kan kan. Lepas tu gi kat motor. Banyak gila okay motor kat situ. Ada 35 kalau tak silap. Minyak pun  banyak. Rasa nak bawak balik satu motor tu je. Hehe. Then semua beratur atas motor nak gi lalu kat titian siratul mustaqim bak kata cikgu azhar. Haha pun boleh la kan. Kak Huda yang berpurdah dan berkain pun tunggang motor tau! Style gila. Dan kami pun tunggang lah ikut arahan cikgu tu. Masa nak habis tu, Cikgu kasi sesiapa yang nak cuba tunggang lagi kat Litar. Dengan muka excited gila babeng.. Kami bertukar menjadi pelesit jalanan. Hahaha okay takyah lebih lebih.

So so so. Tunggu la bila aku rajin nak buat lesen P pulak ye. Masa tak mengizinkan kot :p Ahaa, Happy New Year! Azam tahun baru? Ok tak wujud. Tak perlu azam la aku rasa. Ada matlamat hidup pun dah cukup. Mungkin? :) K bai!! 

Extras;

NzEmilia^^

Thursday, November 29, 2012

Hola

Haii Assalamualaikum ^^




Ni kita tgh rajin nk update blog ni. Ditemani angin kipas dan air cond.. Hujan renyai renyai..Dengar bunyi katak, cengkerik dan sebagainya.. Pasang lagu..Husshh feeling baik punya! 

Hari selasa hari tuu kan Aku telah selesaikan mission membeli baju sekolah. Zzzz  awal gila aku beli. Bukan sebab aku semangat gila nak mati masuk Form 5 tu, tapi sebab mak aku yang ajak beli. Dari dengar bebelan dia tu plus menambahkn dosa aku kerna tidak patuh perintah dia, ku akur jua. Ceh ceh. bajet patuh selalu~

Aku baru ada Schoolarship a.k.a biasiswa. Saje je nak ayat gempak sikit, so guna la schoolarship . hikhik gedik. Oleh itu, mak aku dengan selambernya suruh aku keluarkan duit RM 500. Banyak en en. Okay, jangan buruk sangka terhadap apa yang mak saya suruh tu ye. Duit guna RM 200 je. Lagi RM 300 masuk Acc bank aku ah. Masyukk. Kayo den. Terima kasih kerajaan. Kehkeh.

Nak dijadikan cerita.. Lepas keluarkan duit, aku and mak aku gi giant. Gi one stop ah. Beli dua baju, satu kain, satu tudung. Total dia RM 124.6 Haha. Gila. Baju Canggih sehelai RM 34.90. Kain Canggih RM 39.90. Wey, kain sekolah pun dah 40 ringgit. Aku tambah sepuluh ringgit lagi boleh beli baju kurung raya! Kasut and beg dah beli dah before tu kat selayang mall. Kira semua nak RM 200 jugak la. Belum beli buku sekolah lagi. And I was like.. Banyak guna duit ah sekolah ni. Dah tak yah sekolah! Hehe. Oh tidak.

Eh eh Masa aku gi bank nk keluarkan duit tu kan.. Ada la pakcik and makcik ni datang kaunter sebelah aku. Dia nak keluarkan duit RM 2K tapi tk bwk buku bank. Zzzz. Kad bank pun takde. Lepas tu aku pasang ah telinga. Hish, akak tu kata takboleh. Pakcik tu nak dia betul je. Dia kata "Bolehlah. Pergi tanya pengawai bank." Aku menyirap je dgn pakcik tu sbb lama gila wey dia bertekak. Wife dia kata takpe la boleh keluar kat acc lain. Tapi pakcik tu taknak kalah gak. Ego gila la. Wife dia geleng2 kepala ja. Haha. Bila aku dah settle ambik duit.. lepas tu masuk kan duit kat mesin.. Tengok dorang tak settle lagi. Akak kaunter siap kena berdiri. Kesian melayan kerenah mereka. 



YOU YOU YOU!

Moral of this story, please ah jangan nak susahkan orang lain. Bila pakcik tu dah lama kat kaunter tu, membuatkan nombor giliran jadi lambat. Lepas tu menyusahkan akak kaunter tu nak check data semua. Buat kecoh lagi. Kalau kita tak susahkan orang, InsyaAllah orang takkan susahkan urusan kita. Tapi bila orang mintak tolong, kita kena la tolong. So, renung renungkan eh? Peace.

NzEmilia ^^

Thursday, November 22, 2012

Form 5 Aku datang~

Assalamualaikum semua! *Muka happy*

Ye, saya comel. hikhik

Hai, hai. Lama tak jumpa. Dah sebulan lebih kot tak update blog. Last entry yang pasal "Aku Pemalas" tu. Sebab tu kot aku terus jadi malas nak update? Hihi. Okay.. Apa khabar Kakak2, Abang2, dan adik2 semua? *Eiii Bajetnya macam ramai yang baca*

Dah nak masuk 3 minggu cuti sekolah.. Budak SPM pun nak habis paper dah. Seronok la dorang lepas ni. Tunggu result je. Boleh melangut kat rumah dah. Budak PLKN kena bersedia pergi PLKN.. Yang nak kerja, pergi cari kerja. Ini kisah budak form 5 2012..

Saya sebagai budak form 5 2013... Sekarang tak rasa cuak lagi la. Tunggu masuk sekolah nanti.. Mesti macam asdfghjk je. Nak kejar balik subjek form 4 tu. Tengok result Akhir Tahun F4 pun teruk. Aku siap gelak lagi. Hehe. *Sekarang boleh la gelak kannn.* Imagine ah aku dapat 1A je. Mathemathics. Kehkeh. Tapi aku still  bangga tengok result mathematics dari ujian 1.. Ujian 1, A 88%, Pertengahan Tahun A- 76%, Ujian 2, A- 75%. Akhir Tahun A 84. Kira okay la tu en A je. Hehehe. *Angkat kening*

Subjek lain tak stabil  ah result dia. Ujian 1 result semua terbaik je. Kimia and  LK dapat A-. Bila masuk pertengahan, result makin down. Huhu. Setiap kali exam mesti ada fail Tapi subjek yg fail tu lain-lain. Dah elok Kimia tak fail, Fizik  yang fail.. Bila Fizik tak fail, kimia pulak yang fail. Aku musykil ! :3

Eh eh, Aku otw ambik lesen motor. Huhu. Motor pun motor la. Nak lesen kete tapi lambat lagi. InsyaAllah la dua minggu lagi kot aku ambik ujian komputer. Padahal sebelum cuti sekolah dah pergi kursus  tu. Nak ambik ujian,, lambat pulak. Ni kes malas nak study bukak buku Memandu tu la -__-" And, doakan aku lulus tau! Hehe :D


  • "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."


NzEmilia^^




Monday, October 17, 2011

Puppet oh puppet .


Ini puppet saya :)

Assalamualaikum readers :)
PUPPET , apa itu puppet ? Mari saya bgtau . Pegi kat google , taip lah PUPPET ye ? Haha . *Langsi :p Puppet tu sejenis anak patung . Yeye je kan aku describe dia . Kira lebih kurang la tu . Alahh , takkan korang tak pernah tgk puppet show kot . So lame -,- 

Tadi kat sekolah , kiteorang form 3 buat puppet . Jahit2 . Sorry to say la . Budak kelas nilam perempuan , ramai takreti jahit . btw ,tak pelik lah zaman skrg ni  perempuan tak reti jahit walaupun benda basic je . Nasib baik aku reti . Berkat abang2 asyik srh jahit seluar dorang yang koyak tu . Hahaha xP 

Kiteorang belajar buat puppet ni daripada Kak Ann . Tapi kiteorang pggl dia and kawan2 dia Cikgu :) Weheee . Dorang ni pelajar UIAM . Maybe kawan2 cikgu Zehan . I think so . Kalau korang nak tgk puppet2 yang cute buatan kak ann , korang lawat la blog dia eh ? *Cewahh , bkn main aku promote . 

Okay , tu je la kot . Cikgu kata esok ada aktiviti best . Masakkk kononnya kita di rimba . Wahwahwah . Menarik untuk ditonton . Haha . Harap2 la best . Excited nyahh x) . Till then , Boboiboyy :D

NzEmilia^^

Friday, November 12, 2010

You'll always be my thunder .

Assalamualaikum boys and girls ;) 

Boys like girls = Pondan ! ^,^

Hari jumaat yg cukup indah , 12 November 2010 bersamaan 15 zulhijjah . Ngeee . Apa yg indah pun tak tau la . Ayat nak poyo je lebih . Hari ni agak boring . No games for me . I'm doing mathematics correction , paper one . Luckily , just 8 question . Yeah . Sekejap je buat . Nak kejar markah tambahan puya pasal la ni ! Heeee . Ada some question yg aku blur . Aku tanya farisha , punya la cari jwpn . Tak dpt jugak . Nsb baik Mohd Taufiq B Rosli tgh merayap kat kelas aku . So , farisha la pggl dia tlg jwbkan . Tggl la aku dgn taufiq menghadap soalan maths tu . Farisha dah lari ke mana entah . Lama gila Taufiq fikir . Penat gak la aku goyangkan otak dia supaya bergerak . Hehe . Ada lagi satu soalan tu , dgn confident nya dia jwb . Masalahnya salah ! Terus dia kluar dari kelas aku dlm 5 minit mcm tu . Bwk lari pensil aku , calculator aku , kertas maths aku . Misi mencari Cik Dent ! Hoho . Then dia msk kelas aku dgn membawa seribu kegembiraan . Haha . Dpt la jwpn dari cikgu Nik Hamdan . Thank you Taufiq ! ;D

Lps rehat kat kelas , aku bc novel je . Asar aku kluar awal . Teman farisha . Kat surau , aku tgh bc novel diganggu oleh cikgu Hamdan .  

Cikgu : Raja farah !
aku : uh ? *Dah mula lah tu pggl aku 'raja farah' .

Farisha bru berwuduk msk surau . senyum2 nampak cikgu hamdan .

cikgu : eh , farisha :)
farisha : :)
aku : Eleh , geli je . 
cikgu : farisha , math awak berape ? 90 ?
farisha : Hmm , 90 lah sgt cikgu . Haha . 59 % *kot .
cikgu : semakin menurun kan . ape lah . awak igt tak dulu pernah kena rotan dgn saye ? 
farisha : Igt . tpi tak sakit pun ! saye kebal .
cikgu : haha . saye mintak maaf la . dah awak tak siap kerja sklh . takkan nak tgk je . 
farisha : dah lame bru nak mintak maaf buat ape ! haha .
cikgu : Yela . Saye rs bersalah rotan awak semua ni . 
aku : farisha , kau tak yah layan cikgu ni . Makin dilayan , makin mengada2 . Baik kau sembhyg je .
cikgu : bukan sembhyg , solat . Tpi ape beza solat dgn smbhyg ? saye rs sme je . 
aku : Ish , Btul la tu . Makin dilayan , makin mengada2 ! tak yah layan .
farisha : Haha . aku nak smbhyg lagi bgus .

Cikgu hamdan tb2 flashback kisah tahun lepas ! Mentang2 aku tak tau pape . tak guna btl ;p Heee . Ms asar ,ddk dkt pintu surau (perempuan) dgn Nurul Nadhirah . Hari ni ada penyampaian sijil dan cenderahati utk pengawas surau . Tak senang duduk oh . Laju gila jantung aku berdenyut . Cuak tak psl2 . Shame pulak, org suruh dia teman aku . Dia pegy merayap . Selenga ! Tgh majlis tu , aku dah gemuruh gila -,- Sekali , 'Naziela Emilia binti Suhaimi dari kelas 2 intan '. Aku menjerit dlm hati ni ! Bgn jea . Dup dap dup dap . Hahah . Sampai kat dpn je , ada la suara sumbang bdk2 lelaki sebut nama 'dia' . Bengong ! Nak je aku gedebik sorg2 time tu . Haish , dah pusing belakang pegy tmpt perempuan . Nampak shame tgh berdiri  mcm org gila . Tersengih-sengih . 

aku : apehal u ni ? sengih2 .
myra : Haha , padan muka u . I dari luar dgr nama u , trs smngat lari msk tau !
aku : Yela tu ;p U , sejuk oh tgn I ! xD
myra : tau takpe .
aku : tgn sejuk , muka panas ~ hehe .

Blablabla , habis la majlis . So , kluar surau , msk kelas :) Balik ! ~

Extras ;  
yumyum ;p

NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Thursday, November 11, 2010

Pictureka !

Assalamualaikum ;)
PICTUREKA ! ;p

Dey ! Sebenarnya mls nak update ni . Takpe la . Nak crt hari ni ada game baru lagi . Yeaa . Pictureka ! Best gila . Ngeee . Feveret la kan cari gamba sembunyi2 .  Yasmeen yg bwk game ni . Wah , ada je game baru aku main tahun ni . Ish , nsb baik best . Layan :)

Paper exam semua dah dapat .. Result amat memberansangkan sebenarnya . 1A 4B 3C . itu pun mungkin . Maths tak pasti lagi . Aku dpt 63 % . Tgh nak mengampu cikgu bg naik 65 % ni ! Harap2 dpt la . Amin . Hehe .

Esok jumaat . Ustaz ckp nak bt majlis penympaian hadiah and sijil utk pengwas surau . uh, mmg aku suka pulak kan . Buat aku malas nak dtg sekolah lagi adalah -___-" Hm , takde sape2 nak wakilkan aku esok utk pergi dpn ? ;p  Done , tak yah la taip panjang bebeno . Takde sape nak bc pun xD

Extras ;

NazielaEmiliaSuhaimi ^^

I want you next to me .

Assalamualaikum korang :)
Yeah ! xD

Kay , story yg sgt sedih bg aku hari ni . Siap buat drama tangkap leleh 2-3 minit waktu rehat . Pngwas yg ddk semeja pakat dah cuak semacam . Tak psl2 perempuan melayu terakhir ni nangis dpn dorg . *Gah , Perasan ;p Hekeleh , apo kono jang ? Tangan belah kanan den sakit lah ! Mula2 lenguh sikit je . Lps tu farisha picit la . Waktu rehat tu dah parah gila . Terus kluar airmata perempuan aku . Sakit tgn ni sama dgn lenguh lepas layan 2-3 game bowling  ! Tpi takde lak aku main bowling bru2 ni . Ngek ngok btol lah . Salah landing time tidur punya psl la ni ! Merana wey . Sakit gila . Lps asar tdi dah okay sampai balik . Tb2 lak tgn belah kiri buat hal . Skrg, dua2 sakit ! Makaiyy . Rs nak tercabut dah . Plg sakit dgn pergelangan tangan ni . Ada yg kata , urat tak betol . Adoiyai . Takde sape yg nak tlng betolkan ? Hampeh jea . Kalau aku bgtau mak aku , msti dpt dgr ceramah percuma . Siap pakej lagi sehari semalam . Blah la aku nak bgtau . Ngeee , tu jea kot aku nak story . Malas nak panjang2 , tangan dah sakit . Tak reti nak stop update ke ? Haiyoo Macha ! 

NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Tuesday, November 9, 2010

Fresh air and freedom .

Assalamualaikum para hadirin yang dikasihi ;p



Gah , pening kepala gila lah . I need fresh air ! Damn . Serious kepala tengah pening . Tpi aku gagahkan diri utk update blog . Ceh , kalau utk study tak nak pulak gagahkan diri . Suka hati aku la . Masalah kau ke ? Kay , agak kasar ayat tu , Main2 je  . Aku baik lah ! Wah , angkat bakul sendiri . Tak malu . Sekali sekala , makan buah pala . Mana aku dpt lak pantun tu ? Taram je lah ! Hehe .


First , kat sklh takde buat pape . Yela , Exam dah abis . Sape lagi nak menghadap buku ? Kalau yg menghadap MukaBuku tu ramai la . Sehari kat sklh mmg hebat . Exercise je kot . Berlari sana sini . Ada la dlm 10 kali sehari aku mendaki tangga sampai ke kelas . Ms cikgu izyan lagi la . 2 kali aku turun naik kelas ke bilik PJK . Lps asar pegi bilik guru then turun kat papan kenyataan pngwas . Teman farisha tampal notis berhenti kerja . Eh , takde kaitan .  Notis meeting pengwas jea . Lps tu lalu kelas 2 Nilam . Macam bengong je mintak 'besi' dkt Izzat dan Fariz . Tak sempat dia bg , aku bg dulu besi buku lima kang . Ngada2 la korg . Sebuk suruh belanja balik nanti . Nsb baik aku yg ajak teman pegy 7-Eleven . Redha je lah !


Second , kat kelas hari ni ada game baru . Main judi ! Haha . joke . Main poker la . ala-ala judi gak . Tpi takde la guna duit betul . Kalau menang happy bagai nak rak . Kalau kalah , mencarut , menjerit satu kelas . Gila frust menonggenglah sbb duit olok-olok kena tibai . Bila aku bet byk2 , tak pulak menang . Time jadi bos , mesti menang punya . Untung kalau guna duit betul . Heeee . Dah jdi jahat aku belajar main benda ngarut ni  x)


Third , Memekak kat kelas ! Best wok . Hobi kami , Menyumbangkan lagu2 hitz masa kini . Belasah gitar sarah . Habis rosak lagu Justin Bieber . Lagu Cody , yang ONE tu jea layan . Haa , sarah dgn bangganya memetik gitar   lagu Just The Way You Are . Pecah telinga sape ddk sebelah aku . Hambek kau ! Aku jerit la satu kelas . Lagu Feveret tu ! Jgn buat main ;p


Forth , waktu balik satu incident yg bangang berlaku . Terkantoi beb ! Faiq tak reti cover . Jalan jea . Nak jugak dia stop2 jln dgn aku berdua duaan . Macam tak biasa . Kita kan adik beradik . Hahah . Dari guna pgglan 'saya-awak' , terus tukar 'aku-kau' . Cuak ke awak ? xD


Next, pegy 7-Eleven la . Mamat tiga ekor ni ddk merayu mintak belanja . Aleh, aleh , asal tak mintak penyepak free je ? Gedebik sat g .  Heeee . Pape pun Thank you three brother . Bodyguard aku dah bertambah sorg . Hari tu dua org je . Hari ni Faiq baru mohon kerja . Hihi . Agak sengal kat 7Eleven . Dorg nak beli yg mahal2 je . Fariz lagi lah , nak ambik air soya kotak besar .  Bankurp lah kalau macam tu SELENGA ! Hatoii . Kawan aku ni gilagila betul la . 


Finally , I'm home ! Haha . Pening kepala den . Dah la . Babai . Eh , One more thing , Thank you gila kat junior2 aku yang sudi baca blog aku ni . Dorg kata best , bila nak update lagi , blablabla . Tah pape je kot . Biasa jea dik oii . Tak de la best mane :) 


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Monday, November 8, 2010

When nothing goes right, go left .

Assalamualaikum ;)

 I get out of my own way, let you have your way :)


When nothing goes right , go left . Kay , title nak bajet . Pdhl takde kaitan pun . Ngee , aku bru lepas bc novel 'Baju Pengatin Mak Andam' . Dlm 100 page jugak la . Sikit je tu . Aku bc lembab sikit sbb kat sekolah . Banyak gangguan . Novel 'Senafas Rindu' pun aku tak khatamkan lagi . Btw, Thank you kak Puteri Nur Izzati Binti Mohd Azman sbb bg kepercayaan utk iela pegang novel tu for awhile x) I love you la sistah ! 


Haa, Story plg hebat kat sekolah hari ni , Izzat tak sihat ! Gah , hebat ke ? Izzat bukannya artis pun . Tak femes mana . Takpe la . Mcamana pun dia layan aku , dia tetap kawan aku . Aiceh , apehal aku ni . Selenga ! Heeee . Kesian Izzat Haiqal bin Shahimi ni . Tgh solat asar , tertumbang rakaat pertama . Hm , lpas perhimpunan , satu benda je aku igt . Nak tuju ke Izzat . Yeah , IZZAT ! Sampai kat pondok aku tgk muka dia tak seceria selalu . Awat cek ? Dia kata dia demam . oh, ptt lah . Tpi asal la sampai tumbang ? Faiq pegy kata Izzat kena sawan . Ni lagi la mulut celupar mintak menampar . Haha . And sorry Izzat . Aku tak boleh tunaikan permintaan kau utk beli air . Mak aku ambik awal la pulak hari ni . Kau pun satu , mintak aku beli air sampai ke 7Eleven . Banyak cikadak lagi dah tak sihat tu . Minum jea air refill ! Heheh . Esok kita pegy 7Eleven sama-sama ye ? :D Rindu pulak nak lepak dgn kau . Lalalala . Mengarut dah aku ni . Kay , tu jea kot. Mls nak taip panjang2 .  ta-ta .


NazielaEmiliaSuhaimi ^^



Wednesday, November 3, 2010

Tired day ! LOL ;p


Assalamualaikum :)



I got the magic in me ~ 

Penat gila hari ni bwk semua buku teks . Berat doh ! Aku letak buku teks dlm satu beg, 'Canon Delighting You Always' . Bhaha. Hari ni tak bljr pun . Waktu first cikgu yg bru tu msk . Lps tu dia pggl nama aku dgn ida. wah, tak psl2. Entah dri mana tau nama aku nieyh ? Dia ckp cikgu izyan nak jumpa . FINE la kan . Dia pggl nama aku je, dia bkn tau pun sape Naziela . Okay, aku tak Famous pun :'( argh, gediks la kau Naziela ;p

 Dengan diri yg sentiasa serabut, aku turun pgy bilik guru dgn ida . Dah la pakai uniform PPIM . Bertambah serabut . Dalam kepala otak dah fikir, apa la cik Nur Izyan ni nak ? Heeee. Dia suruh ida hantar gamba,  aku ? tak . Dia srh aku tolong pgy kelas ke kelas, pggl bdk PPIM utk tulis nama . Yeaah. Best ! Jalan-jalan cuci mata . Hahah . Ada niat jahat ni . Aku pun pgy la cari farisha yg masih dok kat tgga tgh . So on . Kesian farisha kena ikut aku dgn bwk beg bersama berkilo-kilo buku teks .

 First class , 1 Berlian . sorg je kot tak silap aku . pftt, then 2 Nilam . Duh , 2-3 minit gak la aku ddk berdoa kat luar . Hahaha . Lps tu aku tanya atiqah khidir *rsnye* , cikgu apa kat dpn. Dia kata cikgu Norma . Aku dgn farisha diam terus . Eleh , bukannya Norma Yunus pun . Nsb baik Norma Yusuf . Senang nak settle . Heheh . So, melangkahkan kaki ke 2 Nilam dgn bismillah . Aku siap bg jampi lagi . okay, itu tipu xD

aku : *knock, knock* assalamualaikum :)
syed : penculik ! penculik !
cikgu : Walaikumsalam . ha , knp ?
aku : cikgu, nak pggl ahli puteri islam utk tulis nama .
cikgu : pggl lah .

Haiyh , cikgu srh aku pggl sendiri . tak ke segan je tu ? Nsb baik aku terpandang Shafiqah . terus aku pggl dia . Blusher gila lah . Syed pulak tak psl2 pggl aku penculik . LOL , taraaaa ! something happened . Maleh aku nak cite . Haha . Kelas seterusnya , 2 Taqwa . Lps tu naik aras satu . Sampai kelas 1 Zamrud lah plg lama . ramai gila . 1 Delima cikgu khairul . tersengih -sengih je cikgu ni . Next class , cikgu hamdan ! Yeaa . Sengal je kot . Tapi best kena kan cikgu .  Lalala . dah siap round semua kelas , aku pgy bilik guru . Naik kelas , lepak. Ambik paper BI .  Paper one dapat 31/20 . Aku main buat je kot mcm biasa . Pape pun Alhamdulillah . Tak rugi siang malam berdoa . Aiceh,  haha . 


Tgh lepak , bdk SPBT pggl . hantar buku . yeah , phantom ku hilang . bayar la, apa lagi . sedekah sekali sekala . Then dpt buku teks from 3 . yeaaa ! PMR . Haha . Msk kelas , ddk borak dgn alin . Tgk buku science, selak bab 4 . aku berfikir sejenak . Boleh ke kiteorg bljar bab ni tahun dpn dgn bdk lelaki yg lain ? Oh, Susah nya -__-"

Agama , takde buat pape pun . Bdk lelaki sebuk tgk album yg aku bwk . Tau la gamba aku comel je smua . Haha . Tb2 kluar soalan dri mulut Dzul . 'Naziela, kau couple dgn shafiq ?' . Membisu aku dibuatnya . Bdk lain yg ddk lepak dgr je . Pakat pandang aku . Aku pun tanya la knp dia ckp mcm tu . Dia kata sbb gamba shafiq byk dlm album tu . Hekeleh , buat gelabah aku je Dzul ni. Aku pun storymory la dgn ida . Yang lain dah mengejek shafiq . Shafiq sengih je . jwpn dia , 'Naziela tu kakak aku la ms sklh rendah. kan Naziela ?' . Haha . Terus aku angguk . Malas nak panjangkan crta dgn dorg ni . Blalala ,, rehat . Makcik Najwa Amani tak dtg . Haiyh budak ni . So, pgy kantin dgn atiqah and sarah . aku rehat dgn bdk pengawas . 

alin : naziela, tlg belikan kentang :D
aku : duit ?
alin : igtkan kau nak blnja  ;p
aku : jap tau wey .

Entah apa aku baik sgt la kan . Aku pun pg beli dua cup fries . 


alin : Utk aku  ke ? 
aku : *buat tak tau pgy beli air . then aku dtg balik . ainaa dgn alin layan kot fries tu . haha.
alin : Dua- dua aku punya ?
aku : Blah la. satu aku punya . haha.


So , aku ddk sblh ainaa . ainaa pun start chitchat dgn aku . tak yah lah cte kat korg. private Lol ;p Zohor . yeaa, i'm late today . hehe . Msk kelas pun lambat . Aku org last keluar dari surau . sorg pulak tu . Nak buat macamana kan , aku la yg kena ttp tingkat , pintu, suiz kipas , dan kemas segala yang mungkin . Jumpa farisha kat kelas , ' Dia kirim salam ' . Elele , menyampah xD .  Maths , Alhamdulillah again . Paper one i got 32/40 . Macam tak caye je . Entah la . Malas aku nak comment psl tu . Paper two tak dpt lagi . alah , hampeh je kot . Baik tak yah .


Asar , sivik . Cikgu tak masuk . Aku merayap jap dgn farisha . Selamber je . Tgh jln merayap tu, kat kelas 1 delima . Cikgu Hamdan ! *knock, knock* aku bg salam ni . yoyooh jea . Then aku lambai kat cikgu . Haha . menyirap je kot cikgu layan aku ni ;p 

Dah puas merayap . msk kelas . panas doh ! Dah la pakai bju uniform tu. aku pun bukak la baju . Heeee . sorry sikit . Aku tak gila lagi . Aku pakai t-shirt la kat dlm . tapi lengan pendek .  Atiqah sengal je . Dia kata nak snap pic then upload kat fb . Ngeng ! ;D

Balik , jalan dgn shame hari ni atas permintaan aku . Oh berat gila time balik . shame lagi kesian kena buli dgn aku . Haha . Sorry you . Hobi I membuli you kan ? macam tak tau pulak . I suka tgk you merajuk . kelakar . Farisha mesti sokong . hehe . sampai tempat biasa . Aku nampak fariz tgh ddk . Buat muka jahat sikit . Dush ! Aku hentak buku yg dlm beg tu dkt kaki fariz . bhaha . kesian . Tak sempat sgt borak . sikit jea . Izzat kata aku penculik . haiyh . pengaruh syed . Fariz kata aku pakai baju macam nurse . haish korg ni. Bukannya first time aku pakai baju ni. masalah btl . Then fariz ckp psl syed . Aku ni nurse nak culik dorg bwk pgy hospital . Thats why la aku dipggl penculik . eh . logik ke ? Mengarut je ! 


p/s : Dah lama tak update post sepanjang ini . hehe ;D


NazielaEmiliaSuhaimi ^^


Tuesday, November 2, 2010

Macam, macam !

Assalamualaikum :)

Nak ckp psl apa dulu ni ? Result la. Geografi dpt 62% je. bhaha. bad result. However,my marks higher than faiq. *Awak, org kalah kena blanja org menang . bila lagi nak blanja saya, wak ? :D* Haha, then, Kerja kursus tak hantar lagi. tp dah siap. yeaah. harap cikgu terima. I need some more marks to get B -_-"

Hari ni best woww. Exam dah abis ! Seni-2 , aku main buat je. hentam. malas kot nak colour. farisha je semngat siap colour background dgn water colour. Hmm, kiteorg dah dpt gamba kelas. Okay la. sengal pun ada. haiyh, farisha dah byk gamba dia dpt. aku bru dpt satu. mana gamba TSL ? Pengwas Surau ? Badmintoon ? Haiyooo !

And, esok kena hantar buku teks. Makaiyyy. berat la ! Haish, kesemua buku 16 buah kan ? yeaaa. aku ada 15 je. Oii Novel The Phantom of the Opera, mana kau bersembunyi ha ? Sedih btl la. satu rumah aku dah cari. kau dah la kecik, nipis, slim. payah gila nak jumpa ! nasib baik harga kau 2.30 je. Fine la. aku bersedekah kat sklh.

Then, hari khamis dgn jumaat ni cuti ! yeaa. tak tau nk buat apa. Haha. Aimi ajak pgy rumah dia hari khamis. BBQ ! Oh DAMN ! :D Tapi malas lah nak kluar. Kalau rmh dia sblh rmh aku je, gerenti aku pergi. LOL ;p

Last, aku malas nak tidur skrg ni. Layan 2 cawan air kopiko. Hebat ! Mula2 haus je. dah abis secawan, buat lagi secawan. Haih, nak tidur ke tak ? :o Farisha lagi hebat, minum nescafe. Padan muka dia tidur lambat hari ni. Aku dah bubuh pil TAK BOLEH tidur ! NESCAFE : Naziela Emilia Suhaimi CAFE :)

NazielaEmiliaSuhaimi ^^



Thursday, October 28, 2010

Exam !

Asalamualaikum ! Seminggu tak jumpa kau,, wahai blog tersayang ! Heeeee. Okay, Exam. Esok KHB jee. Mesti susah. Hmm,, bak kata cikgu yang msk kelas aku tu 'Redha jela'.  Heh,, pape pun soalan maths paper two susah gyler nak mati. Hiperbola lah kau ni Naziela . Yeah, Teramat la susah. Lagi2 soalan Loci. Memang aku tau sebenarnya. Time baca soalan, Blur je kott. Boleh dikatakan satu kelas la blur. Dah la byk tinggal soalan. Markah pulak 3-5. Nak je aku nangis time tu. Tak pun pgy sound PPD,, 'Bengong, soalan tak boleh susah lagi ke ha?' Haaa, Macam berani xD


Aku teramat lah yakin,, maths dapat C, D or E. A-B tu harapan yang tak berapa pasti. Hehehe. Geo pun sama je. Susah ! Bm ? Susah ! BI ? Senang, senang, senang. Agama ? 70% senang. Sejarah ? No comment. Heeeeeee. One more thing, aku dah dpt collect satu A ! Bhaha. I Love you la my Favourite Subject ! Pftt, KHB esok. Aku jamin, tak dpt A. Pape pun,, aku pasrah jelaa kan. 


Lps exam boleh relax ! YEAH. ada jugak kebaikan final exam ni. I can't wait for the last paper and we're free ! Hohoholidays :D


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Saturday, October 23, 2010

Coming soon ;)

Assalamualaikum blogwalker :)
*Exam ! 

Title : The Finale  
Part : All Subject
Date : 25th October - 2nd November 2010
Held at : SMK Lembah Keramat Kuala Lumpur
Ticket price : Free 
Age : only 13 and 14 years old are allowed 
Time : Limit !


Hope everyone enjoy it ! Haha. Good luck To all my friends and juniors. I Love you all. Do the best. Chaiyok chaiyok ! Lets go to war. With the knowledge and skills that we have, we will win this war. InsyaALLAH :) Practice make perfect ! Yeahh, Studying ! *I'm not x) Haha


NazielaEmiliaSuhaimi ^^