Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Monday, December 31, 2012

Lesen L. And 2013.

Assalamualaikum :)

Aku kini kembali selepas entry mengenai pemergian bapa saudaraku. Hari ni masuk hari kesepuluh dia pergi menghadap Ilahi. Yang pergi tetap pergi, kita masih perlu teruskan hidup. And yeah, Esok New year. Lusa sekolah. Aku akan jadi Senior!!! *Dancing* K takyah suka sangat la sebab SPM hoi. Tolong hoi. Memang tak ingat dah Fizik kimia semua hoiiiii. 

Mari mari..aku nak kasi tahu ni. Aku dah pergi Pra L motosikal. So I can bike a motorcycle to school after I dapat lesen L lewwww :P Tapi tu minggu depan la. Dia kata within a week dapat lesen tu. Just wait je naaaa. 

Aku pergi Pra L motorsikal tu hari ahad. And I met dua orang akak ni. Sorang umur 26 tahun. Nama Kak Ayu. Belajar ingeneering lepas tu kerja kat tapak pembinaan. Tapi tak tahan, terus ambik jurusan perguruan. Kini akak tu jadi cikgu sekolah. Sekolah international wey. Mesti kayooo tuh. Gaji masyuk kot i think. Lagi sorang akak ni nama dia Kak Huda. Umur 22 tahun. Pakai purdah :) Pelajar UIA. Dia siap suruh aku masuk UIA lepas habis sekolah. Aku macam "What? Ingat senang ke nak masuk UIA tu :(" Kak Huda ni baru je kahwin! 15/12/2012 hari tu. Tapi laki dia jauh kat Sabah sana. Kerja apa tak igt le :P Kak Ayu pulak dah dua tahun Kahwin. Laki dia pun jauh gak. Selalu outstation. Kerja Polis. 

So kami bertiga yang berlainan usia ni bersama la seharian di IMKL setapak tu. And akak dua tu orang KELATE wey. Gomo Kelate gomo ! Bila dorang borak pun aku pahe gitu gitu je. Kadang2 dorg cakap pasal tempat kat kelantan. haha lagi la aku angguk angguk je konon faham. Padahal tengah blur gila.  Lol

Pada pukul 2:30 petang kami dibahagikan 2 kumpulan. Aku still sama kump dgn akak dua orang tu. Jodoh. Harhar. Cikgu yang ajar tunggang motor tu nama dia Suhaiza. Cikgu Suhaiza tu macam poyo poyo, garang pun ada gak, tapi sempoi ah dia ajar. Suara garau gila. Siap ada yang tanya "Cikgu tu perempuan ke lelaki?" Padahal dia pakai tudung. Tak ke rasa mcm kesengalan terserlah disitu? :p

Kami capai helmet dan baju keselamatan. alaahh yang warna hijau kuning tu. Tahu kan kan. Lepas tu gi kat motor. Banyak gila okay motor kat situ. Ada 35 kalau tak silap. Minyak pun  banyak. Rasa nak bawak balik satu motor tu je. Hehe. Then semua beratur atas motor nak gi lalu kat titian siratul mustaqim bak kata cikgu azhar. Haha pun boleh la kan. Kak Huda yang berpurdah dan berkain pun tunggang motor tau! Style gila. Dan kami pun tunggang lah ikut arahan cikgu tu. Masa nak habis tu, Cikgu kasi sesiapa yang nak cuba tunggang lagi kat Litar. Dengan muka excited gila babeng.. Kami bertukar menjadi pelesit jalanan. Hahaha okay takyah lebih lebih.

So so so. Tunggu la bila aku rajin nak buat lesen P pulak ye. Masa tak mengizinkan kot :p Ahaa, Happy New Year! Azam tahun baru? Ok tak wujud. Tak perlu azam la aku rasa. Ada matlamat hidup pun dah cukup. Mungkin? :) K bai!! 

Extras;

NzEmilia^^

No comments:

Post a Comment