Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Sunday, December 23, 2012

Pergi tak kembali....

Assalamualaikum..

First of all. Saya tak jadi pergi Melaka.. Sebab? Hmmm Kita merancang tapi Allah yang menentukan.. Pada hari jumaat(21/12/2012, petang) keluarga besar kami telah kehilangan seorang ahli. Beliau telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Berita yang tak disangka sangka. Arwah  telah pergi meninggalkan kami.. cepat sangat. Arwah merupakan abang kepada abah saya. Punya isteri dan anak anak. Baik orangnya. Mesra gitu. 

Sedih sangat kehilangannya. Rasa macam tak percaya. Bila bangun dari tidur, saya mengharapkan apa yang terjadi tu semua mimpi. Saya terkilan sebab tak tahu arwah dikejarkan ke hospital, Terkilan Takde bersama arwah ketika arwah menghembuskan nafas terakhir. Paling terkilan bila saya tak dapat tengok muka arwah untuk kali terakhir. Masa kebumikan(Sabtu) tu saya baru sampai.. Semua dah selesai. Mak saya terus suruh saya dan kakak saya bacakan yassin. Doa. Itu je yang saya mampu lakukan....

Okay, Air mata saya dah mengalir deras ni. huhu Walaubagaimana pun saya dan keluarga kena redha atas pemergiannya. Semoga arwah dtempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..

AL-FATIHAH
(Allahyarham Misnan Bin Badar)

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 
(Luqman : 34).

NzEmilia^^

No comments:

Post a Comment