Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.
Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Ceritera saya

Assalamualaikum and hello guys!

Haaaa dah 3 bulan tak update blog but I felt nothing. Saja tengok last update, 3 bulan lalu. Tapi rasa macam baru semalam je aku update blog muahaha. Masa sekarang bergerak sangat pantas. Kalau tengah busy lagi rasa macam cepat gila. Sampai kadang2 kita kena kejar masa walhal tak mungkin kita dapat berlari seiring dengan masa tu. Aiceh ayat. Okay, siapa nak tahu apa jadi sepanjang 3 bulan ni? :D Siapa tak nak tahu tu sila blah, ye blah sekarang! Tekan button exit tu cepat! Eh eh gurau je. Jom la baca jom la. Hihi

Bulan 7, Ramadhan Al Mubarak. 
Puasa?! Mesti la seronok. Siapa kata tak seronok? Meh sini aku rejam dia sampai mati. Huuu ganasnya, takutnya. Lulz. Time nak sahur macam biasa la 10 hari pertama je rajin. Bangun pun tak susah nak kejut. Hari selepas tu, harapan la. Apatah kalau tengah cuti cuti Malaysia, memang tak bangun sahur pun. Malas tahap apa tah. Sanggup berlapar. And Berbuka la part paling best. Eh eh bukan berbuka, apa budak budak sekarang panggil? Hmmm Iftar KATANYA :p

Tahun ni ada la sehari iftar kat Kampung dengan nenek. That time my teeth tengah sakit. My grandma siap tanya puasa ke tak. Haruslah puasa, tiada alasan untuk ponteng puasa ok adik adik sekalian! Tapi seksa dia, perhhh patut makan bubur je ikutkan. Nak kunyah pun susah. Kunyah sebelah kanan, sebelah kiri yang terasa. Makan ubat banyak mana pun tak jalan gak. Kira boleh keluar air mata darah la bila menahan sakit tu. Ha hiperbola sangat! 

Jap jap tu baru satu ujian, cabaran dan dugaan yang telah ku lalui pada ramadhan kali ini. Haha ayat gila dramatis doh. Dah macam lagu "Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.." Hihi. Lagi satu part last puasa. Tengah busy nak mengemas rumah, tetiba je aku rasa duniaku penuh cahaya keimanan. Ok tak. Silau sebenarnya. So starting dia, pening . I thought pening biasa je. Keluarkan mop, konon nak mengemop la. Tapi rilek dulu. Disebabkan silau, aku tutup lampu yang banyak terpasang. tapi tak de effect. Pening punya pening, aku pun baring kat bilik mak. Boleh la tidur kejap, and mungkin lepas bangun nanti tak pening dah. Fikirku. Tapi sejam dua aku terbaring menahan sakit. Tak tidur pun. Muntah ada la! Muntah air je pulak tu. Ni kes perut masuk angin.. Konon hebat asyik tak bangun sahur. Tu la padahnya. Banyak kali pulak tu muntah air. Jadi diisytiharkan saya raya sehari lebih awal!! Haha. Itu la kisahnya.

Bulan 8, Syawal.
Raya tahun ni tema Chineses New Year. Ok jangan salah faham. Kami tak makan benda terlarang! Hihi. Tema baju kami Merah+Maroon+Coklat. Warna seakan akan la. Nabil tersayang pun tema merah and ramai datang rumah pakai baju tema warna merah so rasa macam sambut tahun baru cina :B Duit raya toksah cerita. Orang tua macam saya mana dapat duit raya. Abang abang and sepupu je yang kasi. Abang ada 3. Sorang huluq 50. So dah 150. Sepupu2 Tu kasi pun sebab balik kampung. Kalau tak memang tak merasa duit raya dari sepupu. Hehe. Kampung Kuala Selangor semua ahli keluarga aku balik jumpa nenek. Lepas tu Kami balik kampung Perak berempat je tahun ni. Abah, mak, aku, Kak Nazatul. Kak Naziera kerja. Kesian dia tak raya kat Perak.

21 Ogos 2013- 9 September 2013. Trial SPM 2013.
Okay. Soalan BM BI no comment. Agama kira senang je nak jawab sebab aku baca. Kata nak A+ kena la baca haha. Maths dah dapat markah. Aku A- bro. 79%. Lagi sikit je. Paper one la spoil. Selalunya 30 something. Last last dapat 29. Tapi Alhamdulillah la. Dalam semua subjek, Maths je la result aku yang bagus. Tak pernah B or C dari form 4. Kira rekod A la.  Tepuk sikit... Hehe.  Harap SPM  A+.  Doa doakan.  Chemistry paper 1 ok la bagi aku, 32/50. Paper 2 teruk sikit sebab banyak careless. Addmath pulak toksah cerita, Tadi dapat paper 1. TERUK GILA!!! Aku tak pernah fail addmath. Bila tengok paper 1 tu aku rasa macam akan fail. Fizik pun sama! Ya Allah. Result fizik paper 1 yang paling teruk aku pernah tengok. Aku siap cakap kat Anis "Aku patut mati je ni." sampai ke tahap tu sekali.. LK okay la boleh jawab. Ada satu soalan tu je tak tahu. And satu soalan lagi salah konsep. Sejarah pun macam.... NO COMMENT! Konklusinya result teruk and kena study dengan serious lepas ni. SPM lagi 8-7 Minggu!

Jadi sampai disini sahaja la cerita beta. Mari renung renungkan dan selamat beramal!

Wednesday, January 9, 2013

Everything for you dear SPM.

Assalamualaikum  :)

Here I am back! 

Sekolah okay okay je. Ha! Aku nak tunjuk module LK. Gila lawa cover module tu!! But not now la. Next entry nanti aku tunjuk :3 Dapat module je tadi terus buat. Boleh la. Cuma confius sikit2. 

This saturday ada gotong royong kat sekolah. Hias kelas whatever semua tu. So tadi masa PAI kiteorang bincang2 la dengan Ustazah siapa nak kelas itu ini en. Agihkan tugas. Bincang punya bincang. Haniff tak habis2 sebut nama aku. "Ketua Kebersihan Naziela wey!" Dalam hati aku "Ada gak kena tibai sat gi." Donut kat sebelah anep "Asyik naziela je!" Shahadah dah gelak2 "Kalau Naziela Ketua kebersihan, habis semua kena marah. Bersih kelas." Ustazah join gelak gak tu. Apa tugas aku pun aku tak berapa dengar sangat. Yang aku tahu langsir kelas tu nanti kena bawak balik, basuh! 


Today is tuesday. Letih gila okay hari ni. Aku kena rushing dari tuisyen Puan Hamidah ke Prestige. Tuisyen Puan Hamidah 5.00-6.30. Sejarah Sir Shiva 6.30-7.30. Lepas tu stayback Kat prestige sebab subjek Chemistry 9.00-10.00. Memang ikutkan hati rasa malas, nak mengeluh je ni.. Tapi untuk SPM, ku rela berkorban jiwa dan raga. Kehkeh. Jadi di isytiharkan hari selasa jadual aku penuh. No appointment on tuesday! Haha bajet bajet famous.

Extras;

NzEmilia^^



Wednesday, January 2, 2013

First day of senior year!

Assalamualaikum. 

Title jet jet je kan. Hehe Tak sangka aku sekarang dah form 5. Tahun ni SPM!!! Harap dipermudahkan. Belajar pun biar focus. Tadi kat sekolah baru sikit dah ngantuk ngantuk dah. Ida joy yang ngantuk dulu. Aku ngantuk masa fizik time nak dkt balik tu. Zzzz.

Seperti biasa persekolahan sesi pagi bermula pada pukul 7.30 tapi pelajar dikehendaki berhimpun pada pukul 7.20. Sad is sad you know. Dewan terbuka kami tak siap lagi. Almost siap la. Mungkin hujung bulan 1 ni dah boleh guna kot. Hmmm masa beratur tu gi la kat line form 5 walaupun aku sangka diri ini form 3. Oh gediknya. Dah la pakai tudung baru takde lencana and name tag. Joyah and yas pun sama gak. Aku poyo je kata student baru. "Kak, kelas saya kat mana? Saya student baru." Muka nak innocent je kan :3 Aku memang suka berdrama. *sigh*

First day biasa la ada perhimpunan rasmi. Semua tak semangat nyanyi lagu negaraku, negeri selangor dan lagu sekolah tu. Dengar ucapan cikgu lagi. Rasa nak tidur kat situ pun ada gak en. Huuuuu. Then naik kelas. Tingkat atas nun 5AF tu! pakat mengeluh je dorang naik. Hahaha.

Masa otw naik kelas tu jumpa Ustazah Rohana. Dia senyum je nampak aku lepas tu hulur bakul sampah baru, penyapu baru dan penyodok baru. Baru baru!  Aku pun buat muka pelik dengan seribu satu pertanyaan di minda. Aicheh ayat~ So sebab sifat aku yang sentiasa curious ni, aku tanya la ustazah "Ha? Kenapa? Kelas apa punya ni?" Ustazah sengih sengih sambil berkata "Kelas awak la. 5AF. Saya guru kelas." Wahhhh time tu aku pusing belakang tengok Ida dan yas. Muka bahagia :D Senang je nak lailailai dengan ustazah ni :P

Of course first day ada perlantikan Ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kecoh gila okay kelas 5AF. Bising je :3 Dorang calon kan Syed Ahmad. Pun boleh -..- Tapi yasier yang dapat. Well, siapa suruh yasier jadi comel. Masa aku angkat tangan undi yasier tu, aku pusing belakang tgk 6 orang BUDAK perempuan pun undi gak. Bagus bagus. So secara rasmi Yasier ketua kelas 5AF!!! Penolong ketua kelas Shahadah ah en. Ada yang calonkan Joyah. Lepas tu aku dengar ada yang sebut nama aku. Usha kiri, Nadia! Hoi gila hoi. Terus aku jerit kat ustazah "Dah ustazah dah. cukup dah tu!" Haha. Tak kuasa nyah nak jadi Pen. LOL.

First day belajar Mathematics(Mummy) and Physic(Cikgu Zalina). Mummy masuk kelas je kata "Hmm Saya ingatkan tak jumpa awak semua dah. Rupanya ada lagi" Lepas tu dengar bunyi keluhan budak kelas 5AF. "Alaaaaaaah.." Kehkehkeh. Physics salin nota je. So far so good :3 BM cikgu terangkan itu ini. Dia srh salin kat depan tu tapi aku salin sikit je. Lepas tu aku buat benda lain. Ida usha "Hek eleh kau. Igtkan salin kat depan tu! Gi tulis lirik lagu pulak" Haha. takleh focus :p

Masa rehat kami yang bajet senior ni gi la kantin en. Ramai gila ok. Aku pun cakap kat Ida, "Gunakan kuasa sebagai seorang senior. Suruh dorang ketepi. Senior nak lalu!"  Lepas tu Ida buat muka "Nak ketepi apa bendanya. Yang depan kita ni semua senior!" Hahaha. Okay. Kuasa veto tak menjadi pulak time tu. So kami gerak gi Koperasi. Jumpa Juniors form 3. Si Afiqah, Fatihah dan Aina. Dok jeling kat senior dia ni :3 Tau la saya comel hikhik.

Tah apa yang aku buat tah pagi tadi sampai dua kali Ida joy kata perangai aku macam budak budak. First dia kata "Tak macam senior la kau. Perangai macam budak budak je." Second masa kat kelas. Aku buat perangai gila la. Lepas tu dia cakap kat Yas "Kau tengok ni yas. Perangai budak budak. Apa lah. Haha" Nampak tak Ida dah matang? Haha okay :P

Sebelum balik aku gi solat zuhur kat surau sekolah. Jumpa cikgu Azmarina. "Cikgu, Asal kena sekolah.. Saya tak bersedia..." Aduiii drama queen betul aku hari ni. "Haha, Asal? Kalau awak taknak sekolah gi nikah je senang." Cis cis! "Alahhh cikgu ni. Itu pun kalau ada yang nak la. Saya okay je. Hahahaha." Lol. And Today I balik dari sekolah sendiri. Takde sapa kat rumah. My Mom and Abangah gi hantar Kakak Kat melaka. Aku naik bas rapid then turun dari Ukay dengan Afifah. Nasib baik budak kecik ni teman. Tu baru kawan namanya :D Tapi balik tu basah lenjun ah baju dengan peluh. Tsk tsk.

Okay entry ni dah boleh buat jadi karangan BM dah. Buat cerpen pun layak gak. Hehe Almost 10 perenggan kot. Waaaaa senior yang excited bercerita tentang first day sebagai pelajar form 5. Lol K bai :*

Extras;



NzEmilia^^