Assalamualaikum and hello guys!
Haaaa dah 3 bulan tak update blog but I felt nothing. Saja tengok last update, 3 bulan lalu. Tapi rasa macam baru semalam je aku update blog muahaha. Masa sekarang bergerak sangat pantas. Kalau tengah busy lagi rasa macam cepat gila. Sampai kadang2 kita kena kejar masa walhal tak mungkin kita dapat berlari seiring dengan masa tu. Aiceh ayat. Okay, siapa nak tahu apa jadi sepanjang 3 bulan ni? :D Siapa tak nak tahu tu sila blah, ye blah sekarang! Tekan button exit tu cepat! Eh eh gurau je. Jom la baca jom la. Hihi
Bulan 7, Ramadhan Al Mubarak.
Puasa?! Mesti la seronok. Siapa kata tak seronok? Meh sini aku rejam dia sampai mati. Huuu ganasnya, takutnya. Lulz. Time nak sahur macam biasa la 10 hari pertama je rajin. Bangun pun tak susah nak kejut. Hari selepas tu, harapan la. Apatah kalau tengah cuti cuti Malaysia, memang tak bangun sahur pun. Malas tahap apa tah. Sanggup berlapar. And Berbuka la part paling best. Eh eh bukan berbuka, apa budak budak sekarang panggil? Hmmm Iftar KATANYA :p
Tahun ni ada la sehari iftar kat Kampung dengan nenek. That time my teeth tengah sakit. My grandma siap tanya puasa ke tak. Haruslah puasa, tiada alasan untuk ponteng puasa ok adik adik sekalian! Tapi seksa dia, perhhh patut makan bubur je ikutkan. Nak kunyah pun susah. Kunyah sebelah kanan, sebelah kiri yang terasa. Makan ubat banyak mana pun tak jalan gak. Kira boleh keluar air mata darah la bila menahan sakit tu. Ha hiperbola sangat!
Jap jap tu baru satu ujian, cabaran dan dugaan yang telah ku lalui pada ramadhan kali ini. Haha ayat gila dramatis doh. Dah macam lagu "Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.." Hihi. Lagi satu part last puasa. Tengah busy nak mengemas rumah, tetiba je aku rasa duniaku penuh cahaya keimanan. Ok tak. Silau sebenarnya. So starting dia, pening . I thought pening biasa je. Keluarkan mop, konon nak mengemop la. Tapi rilek dulu. Disebabkan silau, aku tutup lampu yang banyak terpasang. tapi tak de effect. Pening punya pening, aku pun baring kat bilik mak. Boleh la tidur kejap, and mungkin lepas bangun nanti tak pening dah. Fikirku. Tapi sejam dua aku terbaring menahan sakit. Tak tidur pun. Muntah ada la! Muntah air je pulak tu. Ni kes perut masuk angin.. Konon hebat asyik tak bangun sahur. Tu la padahnya. Banyak kali pulak tu muntah air. Jadi diisytiharkan saya raya sehari lebih awal!! Haha. Itu la kisahnya.
Bulan 8, Syawal.
Raya tahun ni tema Chineses New Year. Ok jangan salah faham. Kami tak makan benda terlarang! Hihi. Tema baju kami Merah+Maroon+Coklat. Warna seakan akan la. Nabil tersayang pun tema merah and ramai datang rumah pakai baju tema warna merah so rasa macam sambut tahun baru cina :B Duit raya toksah cerita. Orang tua macam saya mana dapat duit raya. Abang abang and sepupu je yang kasi. Abang ada 3. Sorang huluq 50. So dah 150. Sepupu2 Tu kasi pun sebab balik kampung. Kalau tak memang tak merasa duit raya dari sepupu. Hehe. Kampung Kuala Selangor semua ahli keluarga aku balik jumpa nenek. Lepas tu Kami balik kampung Perak berempat je tahun ni. Abah, mak, aku, Kak Nazatul. Kak Naziera kerja. Kesian dia tak raya kat Perak.
21 Ogos 2013- 9 September 2013. Trial SPM 2013.
Okay. Soalan BM BI no comment. Agama kira senang je nak jawab sebab aku baca. Kata nak A+ kena la baca haha. Maths dah dapat markah. Aku A- bro. 79%. Lagi sikit je. Paper one la spoil. Selalunya 30 something. Last last dapat 29. Tapi Alhamdulillah la. Dalam semua subjek, Maths je la result aku yang bagus. Tak pernah B or C dari form 4. Kira rekod A la. Tepuk sikit... Hehe. Harap SPM A+. Doa doakan. Chemistry paper 1 ok la bagi aku, 32/50. Paper 2 teruk sikit sebab banyak careless. Addmath pulak toksah cerita, Tadi dapat paper 1. TERUK GILA!!! Aku tak pernah fail addmath. Bila tengok paper 1 tu aku rasa macam akan fail. Fizik pun sama! Ya Allah. Result fizik paper 1 yang paling teruk aku pernah tengok. Aku siap cakap kat Anis "Aku patut mati je ni." sampai ke tahap tu sekali.. LK okay la boleh jawab. Ada satu soalan tu je tak tahu. And satu soalan lagi salah konsep. Sejarah pun macam.... NO COMMENT! Konklusinya result teruk and kena study dengan serious lepas ni. SPM lagi 8-7 Minggu!
Jadi sampai disini sahaja la cerita beta. Mari renung renungkan dan selamat beramal!
Showing posts with label EXAM. Show all posts
Showing posts with label EXAM. Show all posts
Wednesday, September 11, 2013
Thursday, December 20, 2012
SMKLK Forever!
Assalamulaikum :)
Listening this song while updating my blog :)
Holaaa, Here I am! Alhamdulillah Keputusan PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat tersangat la bagus. Good Job adik adik sayang. Siap masuk MHI okay. And I'm proud to be part of SMKLK. Cikgu Kata SMKLK kedua terbaik selepas SBPI in gombak. Wahhhhh ALHAMDULILLAH. Semakin lama semakin meningkat prestasi pelajar SMKLK. Hari tu sukan rugbi, sekarang akademik pulak. Tepuk tangan sikit. Pewitttt.
Orang selalu kata "Masuk asrama peluang cerah." Ok, itu tak salah. Cuma ayat tu je tak berapa betul. Gaya macam nak kata "Aku duduk sekolah biasa tu depan masa gelap ah" Apakah? Senang cerita, benda ni depends kat kita jugak. Bila minat and rasa boleh kasi komitmen sepenuhnya tak salah. Bagi aku kalau masuk asrama susah nak belajar, nak bahagi masa lagi. Otak aku ni pun macam KTM je. Lembab sikit. Huahua. And aku tak suka orang bandingkan this school dengan another school. Sebagai contoh.. Ada la this person cakap, dia taknak anak dia sekolah kat SMKLK and dia nak hantar anak dia SMKTM. Reason? Dia kata sekolah Melawati is better. Oh please. Benda bukan pasal sekolah yang bagus, student dia yang kena bagus okay. Anak tu kalau hantar mana-mana pun sama gak kalau dia agak nak belajar and jadi cemerlang. Tak gitu?
Watlek, sekolah lembah dah cukup bagus. Additional Mathematics, Puan Hamidah ada. Susah nak cari yang macam puan Hamidah ni tau! Dah berkhidmat lebih daripada 10 tahun. Dia ajar semua adik beradik aku yang sekolah lembah tu. Dari sulung sampai kat aku yang bongsu ni. Nice kan. Chemistry ada Cikgu NoorDiana. Even dia baru berapa tahun ajar, tapi korang akan faham apa yang dia ajar. Sambil tu tengok gaya comel dia mengajar. Tapi bila dia marah, cuak gak. Haha. So, kepada adik adik yang nak pindah tu sila fikir betul2 okay. Jangan pulak dah pindah datang semula lembah keramat menangis nangis. "I can't live anymore!" "Tak boleh belajar la." "Dorang cepat sangat" Hahaha. Time tu tak dapet cek nak tolong dah.
Ok, sebenarnya hajat nak cerita pasal aku hangout WWM semalam. Tapi dah terpesong kat PMR pulak. Ni kes nak mengukuhkan hujah punya pasal. Cis. Ok. Entry lain menyusul! :3
NzEmilia^^
Tuesday, December 18, 2012
Alhamdulillah, Give thank to Allah ;)
Assalamualaikum!!!
And yeah. I passed my computer test!! Alhamdulillah.Tak sia sia tunggu dari pukul 9.30-12.30. Hari ni ramai gila! Masa datang tu num giliran 11... Tengok num giliran aku 74. Manada aku stress :3 Dah la dengan ngantuk lagi.. Fuhh. Then nampak Jajad. Tahu tak siapa jajad? Muhammad Aliff Asjad. Hehe. Sombong betul dia tu. Aku panggil dia buat derk je. Pe lagi en, main tweet tweet je la. Num giliran jajad 84. beza sepuluh je dengan aku. So sweet. ehh Kaitan? lol. Jajad lulus jugak! Dia masuk kejap je. Jawab 9 minit 22 saat. Perhhh gempak. And and! Aku jumpa Kak Amalina. Alaaa yang comel comel tu. Yang pandai tu. Lama gak aku perhati dia ni. *Ayat cari gaduh*. Lepas kak Ama dah habis test tu baru la aku tegur dia. Sah ah dia tak perhati sekeliling. Aku sure tu kak Ama pun sebab cara dia jalan. So cute so cute. K :p
Sampai disini sahaja la yek. Adik adik yang ambik result esok, oh please jangan nervous. Akak dulu tak nervous pun. Jangan letak harapan yang tinggi. Buat lek je sudah. Bila dah dapat tu jangan nangis sebab kecewa. Nangis sebab terharu, bersyukur, gembira je boleh. Macam akak dulu. Hehe Peace :D
Extras;
Aku muncul lagi~~ K, cuti sangat boring. Esok PMR Result! OMG OMG *Gaya minah gedik* Hihi Imran ajak aku gi sekolah esok. Aku ada gak terfikir nak gi usha budak budak tu en. Tapi takde kawan ah. Imran? Puihh Takkan aku dengan dia je. Tak geng ah! :P Result kalau keluar awal takpe gak. Ni pkl 10-11 macam tu. Wan pulak ajak gi WWM. Aku jadi femes jap ah tadi. Selalunya bila dah ramai ajak, last2 aku tak gi mana mana. Tengok la macamana. Kalau diizinkan, aku nak gi dua dua :D Jaga hati kawan namanya :p
Sampai disini sahaja la yek. Adik adik yang ambik result esok, oh please jangan nervous. Akak dulu tak nervous pun. Jangan letak harapan yang tinggi. Buat lek je sudah. Bila dah dapat tu jangan nangis sebab kecewa. Nangis sebab terharu, bersyukur, gembira je boleh. Macam akak dulu. Hehe Peace :D
Extras;
NzEmilia^^
Wednesday, December 12, 2012
I won't give up !
Assalamualaikum, Hi there :)
Nak tengok something dok? Meh sini meh..
Taraaaaa! Tengok tu tengok. Aku dah graduate. oh sungguh bajet aku menggayakan Jubah Konvo UiTM itu. Takpe la sekali sekala pakai.. Ambil berkat katanya. Tahu ah korang jealous. Puihh puihh. And yeah. Congrats for My sister, Nazatul Zulaika Bt Suhaimi, 21 Tahun. Tak kahwin lagi. Dia tengah tunggu Bakal Imam dia, Ayah kepada anak anak buah aku. Hahaha. Apa aku mengarut ni. Maaf Kak :P Oh, Dia selamat ber'Konvo' pada 3 haribulan 12, 2012. Diploma in Business Studies kat UiTM Lendu, Melaka nun. wink wink. K sudah cukup sudah.
❄ ❄ ❄ ❄
Eh eh Nak tengok perbezaan muka aku masa 12 tahun and sekarang tak? Baik cakap Nak!!!
There you go... Huduhnya muka DALAM IC ni. Hukhuk. In Reality sangat lawa la maksud aku :D Yang masa 12 tahun tu pipi aku tembam bak datang ah. Time tu gak rasa nak gi tukar gambar lain. Tapi nak buat macamana. Aku redha :p Oh reason aku buat Ic baru ni sebab Ic lama punya chipsmore dia dah rosak. Tau tak Chipsmore tu apa? Alaaa, Yang macam peta2 kat Ic tu. yang warna emas tu. kan kan. Haa, tipu ah. Chipsmore tu chipsmore ah. Yang emas tu nama dia Chips je. Hehe. Ada sesiapa terpedaya tak? Ok, Takde Fine.
So lepas buat Ic baru ni aku pun bersemangat ah nak gi test computer. Aku gi test semalam. 11/12/12. Senanya aku nak test hari ni sebab tarikh dia pun cantik je 12/12/12. Hajat aku tak kesampaian. Ceh ceh. Mungkin sebab tu kot aku FAIL test computer. Opsss. Hehe. Ye ye, aku Fail. Oh no. Nothing to be sad. Salah aku gak bajet bajet terrer je taknak khatamkan buku memandu tu. Aku baca dalam 40% je kut. Haha. Konon ah senang. Sekali fail. Masa mula nak test tu gabra gila nak mati ah. Sejuk je tangan aku. Berpeluh-peluh tangan. Nervous wey! Macam nak gi masuk dewan SPM gitu. Tsk Tsk. Tengok soalan memang kacang ah. Aku check balik dalam buku soalan2 tu, tengok jawapan betul je. Mana yang salah pun tak tahu. huhu sengal. Rasa nak gi Bakar je Pc kat sana tu :3
Masa mak aku ambil aku nak balik.. Masuk kereta je aku sengih-sengih. Mak aku time tu tengah makan. Lol
Me: Gagal. HAHAHAHA.
Mak: Gagal pun gelak ke?
Me: Mestilah. Untuk apa nak bersedih. Budak tadi dgn Ila tu kali 3 baru lulus. Takde hal la.
Mak: Hmmm yela. Berapa nak kena bayar?
Me: RM 30. Nanti orang bayar sendiri la.
Mak: Yela, tengah banyak duit boleh la.
Hehehe. Cool tak aku boleh gelak gelak lagi. I won't give up~~ K naziela, jangan start nyanyi. Ha, mari siasat apa yang aku buat beberapa hari sebelum test PC tu.
Hari Sabtu hari tu kan.. Aku gi baca novel. Memang ah minggu lepas aku ada baca novel. Tapi novel tu 400 pages je kot tak silap aku. Novel Tajuk "Asam Pedas Untuk Dia" Hey! untuk dia~~Novel ni sangat comel ok. Try google sinopsis dia. Berair mata gak ah baca. Well baca novel sangat menghayati.. lol. Lepas aku dah habis baca novel APUD, Hari sabtu tu aku rasa tangan aku gatal-gatal, mata aku asyik jeling-jeling kat almari novel, Hati aku berkata ye, Otak aku kata jangan! Aku tewas jua akhirnya. Hahaha. Tragis gila. Novel dia setebal 1389. muka surat. Konon ah boleh baca dalam 2 hari je. Selalunnya memang boleh pun. Tapi aku busy pulak time tu(dan2 je). Hari Ahad pun aku habiskan masa layan AFF Suzuki. Malaysia Vs Thailand. Dah la seri! Kecewa ok. Rasa nak bunuh diri. Haha TAK :P
Cuba bandingkan novel dengan buku memandu tu. Haha. Memang bebal tahap apa ah aku ni. Benda yang nipis tu taknak baca. Novel yang tebal pun tak habis baca lagi. Bak kata pepatah, Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran. Sadis! Lepas berfikir sejenak. Kini aku insaf..... Jeng jeng jeng :)
Poyo tak aku? Hihi Kbai. Thanks for reading!
NzEmilia^^
Sunday, October 7, 2012
Aku pemalas :)
Ok, Assalamualaikum hi there !
Weyy, aku baru habis layan cerita korea setelah dua hari menghadap notebook kesayangan! Tajuk dia To The Beautiful You! Min ho berlakon bhaii. haha. cerita dia takyah cakap la, sweet gila babeng. Aku kena buat medical checkup la gamaknya lepas tengok cerita ni. kutkut kena kencing manis. hehe. Ikutkan masa mula2 tayang kat 393 aku tak tengok sebab tak sempat. well, jadual aku sangat padat. Aku kan rajin belajar. *lari tajuk ni. lol
Oh yeah, Aku just nak bagitau yang esok Exam LK. Aku tak study lagi kot subjek ni. Dalam pkl 9 jap lagi aku study. InsyaAllah. Waaaa, takut fail lah. Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. *K, takde kaitan pun sebenarnya*. Disebabkan dia, aku jadi tak minat bljr LK. *tengok, dh la malas.. Cari salah orang pulak. Dushh! tumbuk muka sendiri.
And well, kami Final Exam manada lama. Sebulan jugak la dari 8/10 sampai 31/10. Walaupun bukan setiap hari ada paper, saya tetap Suffer! Penantian itu suatu penyeksaan okay. Dalam pada dok exam nanti, aku sebuk join Lawatan Sambil belajar Ke Pusat Sains Negara. Ada jugak yang bersuara "Kan exam, baik duduk rumah" Eh,Hang jangan nok hipokrit sangat noo. Bajet kalau duduk rumah aku nak hadap buku 24 jam. Sehari je pun Lawatan tu. Tak luak aihh. *Ayat budak takde masa depan. Hewhew.
Last but not least. PMR! Good Luck to All My beloved Juniors! Buat elok elok. Even akak pernah cakap yang PMR is nothing, still korang kena kasi result yang bagus. Tunjuk kat mak ayah apa yang korang dah belajar selama 6 tahun di sekolah rendah dan 3 tahun di sekolah menengah tu bukan perkara yang sia-sia. At least banggakan dorang bila korang dapat naik pentas ambik hadiah macam akak. Dapat la jugak gelaran Pelajar Cemerlang PMR. Aichehh. nak kasi tau jugak tu. Haha. Siapa yang taknak kejayaan macam tu kan? So, Solat fardhu, solat sunat, doa dan Usaha sungguh sungguh pasti berjaya ! You go adik adik sayang :)
.jpg)
Tgn Jae Hee kena balut. Tae Joon tolong basuh muka Jae Hee :)
So sweet like candy
Oh yeah, Aku just nak bagitau yang esok Exam LK. Aku tak study lagi kot subjek ni. Dalam pkl 9 jap lagi aku study. InsyaAllah. Waaaa, takut fail lah. Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. *K, takde kaitan pun sebenarnya*. Disebabkan dia, aku jadi tak minat bljr LK. *tengok, dh la malas.. Cari salah orang pulak. Dushh! tumbuk muka sendiri.
And well, kami Final Exam manada lama. Sebulan jugak la dari 8/10 sampai 31/10. Walaupun bukan setiap hari ada paper, saya tetap Suffer! Penantian itu suatu penyeksaan okay. Dalam pada dok exam nanti, aku sebuk join Lawatan Sambil belajar Ke Pusat Sains Negara. Ada jugak yang bersuara "Kan exam, baik duduk rumah" Eh,Hang jangan nok hipokrit sangat noo. Bajet kalau duduk rumah aku nak hadap buku 24 jam. Sehari je pun Lawatan tu. Tak luak aihh. *Ayat budak takde masa depan. Hewhew.
Last but not least. PMR! Good Luck to All My beloved Juniors! Buat elok elok. Even akak pernah cakap yang PMR is nothing, still korang kena kasi result yang bagus. Tunjuk kat mak ayah apa yang korang dah belajar selama 6 tahun di sekolah rendah dan 3 tahun di sekolah menengah tu bukan perkara yang sia-sia. At least banggakan dorang bila korang dapat naik pentas ambik hadiah macam akak. Dapat la jugak gelaran Pelajar Cemerlang PMR. Aichehh. nak kasi tau jugak tu. Haha. Siapa yang taknak kejayaan macam tu kan? So, Solat fardhu, solat sunat, doa dan Usaha sungguh sungguh pasti berjaya ! You go adik adik sayang :)
- Orang yang bodoh tak semestinya seorang yang malas. Tapi orang yang malas sudah tentu menjadi seorang yang bodoh. P/s: Sekarang nampak tak kebodohan aku ni? Hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)


