Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.
Showing posts with label SMKLK. Show all posts
Showing posts with label SMKLK. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

First day of senior year!

Assalamualaikum. 

Title jet jet je kan. Hehe Tak sangka aku sekarang dah form 5. Tahun ni SPM!!! Harap dipermudahkan. Belajar pun biar focus. Tadi kat sekolah baru sikit dah ngantuk ngantuk dah. Ida joy yang ngantuk dulu. Aku ngantuk masa fizik time nak dkt balik tu. Zzzz.

Seperti biasa persekolahan sesi pagi bermula pada pukul 7.30 tapi pelajar dikehendaki berhimpun pada pukul 7.20. Sad is sad you know. Dewan terbuka kami tak siap lagi. Almost siap la. Mungkin hujung bulan 1 ni dah boleh guna kot. Hmmm masa beratur tu gi la kat line form 5 walaupun aku sangka diri ini form 3. Oh gediknya. Dah la pakai tudung baru takde lencana and name tag. Joyah and yas pun sama gak. Aku poyo je kata student baru. "Kak, kelas saya kat mana? Saya student baru." Muka nak innocent je kan :3 Aku memang suka berdrama. *sigh*

First day biasa la ada perhimpunan rasmi. Semua tak semangat nyanyi lagu negaraku, negeri selangor dan lagu sekolah tu. Dengar ucapan cikgu lagi. Rasa nak tidur kat situ pun ada gak en. Huuuuu. Then naik kelas. Tingkat atas nun 5AF tu! pakat mengeluh je dorang naik. Hahaha.

Masa otw naik kelas tu jumpa Ustazah Rohana. Dia senyum je nampak aku lepas tu hulur bakul sampah baru, penyapu baru dan penyodok baru. Baru baru!  Aku pun buat muka pelik dengan seribu satu pertanyaan di minda. Aicheh ayat~ So sebab sifat aku yang sentiasa curious ni, aku tanya la ustazah "Ha? Kenapa? Kelas apa punya ni?" Ustazah sengih sengih sambil berkata "Kelas awak la. 5AF. Saya guru kelas." Wahhhh time tu aku pusing belakang tengok Ida dan yas. Muka bahagia :D Senang je nak lailailai dengan ustazah ni :P

Of course first day ada perlantikan Ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kecoh gila okay kelas 5AF. Bising je :3 Dorang calon kan Syed Ahmad. Pun boleh -..- Tapi yasier yang dapat. Well, siapa suruh yasier jadi comel. Masa aku angkat tangan undi yasier tu, aku pusing belakang tgk 6 orang BUDAK perempuan pun undi gak. Bagus bagus. So secara rasmi Yasier ketua kelas 5AF!!! Penolong ketua kelas Shahadah ah en. Ada yang calonkan Joyah. Lepas tu aku dengar ada yang sebut nama aku. Usha kiri, Nadia! Hoi gila hoi. Terus aku jerit kat ustazah "Dah ustazah dah. cukup dah tu!" Haha. Tak kuasa nyah nak jadi Pen. LOL.

First day belajar Mathematics(Mummy) and Physic(Cikgu Zalina). Mummy masuk kelas je kata "Hmm Saya ingatkan tak jumpa awak semua dah. Rupanya ada lagi" Lepas tu dengar bunyi keluhan budak kelas 5AF. "Alaaaaaaah.." Kehkehkeh. Physics salin nota je. So far so good :3 BM cikgu terangkan itu ini. Dia srh salin kat depan tu tapi aku salin sikit je. Lepas tu aku buat benda lain. Ida usha "Hek eleh kau. Igtkan salin kat depan tu! Gi tulis lirik lagu pulak" Haha. takleh focus :p

Masa rehat kami yang bajet senior ni gi la kantin en. Ramai gila ok. Aku pun cakap kat Ida, "Gunakan kuasa sebagai seorang senior. Suruh dorang ketepi. Senior nak lalu!"  Lepas tu Ida buat muka "Nak ketepi apa bendanya. Yang depan kita ni semua senior!" Hahaha. Okay. Kuasa veto tak menjadi pulak time tu. So kami gerak gi Koperasi. Jumpa Juniors form 3. Si Afiqah, Fatihah dan Aina. Dok jeling kat senior dia ni :3 Tau la saya comel hikhik.

Tah apa yang aku buat tah pagi tadi sampai dua kali Ida joy kata perangai aku macam budak budak. First dia kata "Tak macam senior la kau. Perangai macam budak budak je." Second masa kat kelas. Aku buat perangai gila la. Lepas tu dia cakap kat Yas "Kau tengok ni yas. Perangai budak budak. Apa lah. Haha" Nampak tak Ida dah matang? Haha okay :P

Sebelum balik aku gi solat zuhur kat surau sekolah. Jumpa cikgu Azmarina. "Cikgu, Asal kena sekolah.. Saya tak bersedia..." Aduiii drama queen betul aku hari ni. "Haha, Asal? Kalau awak taknak sekolah gi nikah je senang." Cis cis! "Alahhh cikgu ni. Itu pun kalau ada yang nak la. Saya okay je. Hahahaha." Lol. And Today I balik dari sekolah sendiri. Takde sapa kat rumah. My Mom and Abangah gi hantar Kakak Kat melaka. Aku naik bas rapid then turun dari Ukay dengan Afifah. Nasib baik budak kecik ni teman. Tu baru kawan namanya :D Tapi balik tu basah lenjun ah baju dengan peluh. Tsk tsk.

Okay entry ni dah boleh buat jadi karangan BM dah. Buat cerpen pun layak gak. Hehe Almost 10 perenggan kot. Waaaaa senior yang excited bercerita tentang first day sebagai pelajar form 5. Lol K bai :*

Extras;



NzEmilia^^


Thursday, December 20, 2012

SMKLK Forever!

Assalamulaikum :)

Listening this song while updating my blog :)

Holaaa, Here I am! Alhamdulillah Keputusan PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat tersangat la bagus. Good Job adik adik sayang. Siap masuk MHI okay. And I'm proud to be part of SMKLK. Cikgu Kata SMKLK kedua terbaik selepas SBPI in gombak. Wahhhhh ALHAMDULILLAH. Semakin lama semakin meningkat prestasi pelajar SMKLK. Hari tu sukan rugbi, sekarang akademik pulak. Tepuk tangan sikit. Pewitttt. 


Orang selalu kata "Masuk asrama peluang cerah." Ok, itu tak salah. Cuma ayat tu je tak berapa betul. Gaya macam nak kata "Aku duduk sekolah biasa tu depan masa gelap ah" Apakah? Senang cerita, benda ni depends kat kita jugak. Bila minat and rasa boleh kasi komitmen sepenuhnya tak salah. Bagi aku kalau masuk asrama susah nak belajar, nak bahagi masa lagi. Otak aku ni pun macam KTM je. Lembab sikit. Huahua. And aku tak suka orang bandingkan this school dengan another school. Sebagai contoh.. Ada la this person cakap, dia taknak anak dia sekolah kat SMKLK and dia nak hantar anak dia SMKTM. Reason? Dia kata sekolah Melawati is better. Oh please. Benda bukan pasal sekolah yang bagus, student dia yang kena bagus okay. Anak tu kalau hantar mana-mana pun sama gak kalau dia agak nak belajar and jadi cemerlang. Tak gitu?

Watlek, sekolah lembah dah cukup bagus. Additional Mathematics, Puan Hamidah ada. Susah nak cari yang macam puan Hamidah ni tau! Dah berkhidmat lebih daripada 10 tahun. Dia ajar semua adik beradik aku yang sekolah lembah tu. Dari sulung sampai kat aku yang bongsu ni. Nice kan. Chemistry ada Cikgu NoorDiana. Even dia baru berapa tahun ajar, tapi korang akan faham apa yang dia ajar. Sambil tu tengok gaya comel dia mengajar. Tapi bila dia marah, cuak gak. Haha. So, kepada adik adik yang nak pindah tu sila fikir betul2 okay. Jangan pulak dah pindah datang semula lembah keramat menangis nangis. "I can't live anymore!" "Tak boleh belajar la." "Dorang cepat sangat" Hahaha. Time tu tak dapet cek nak tolong dah. 

Ok, sebenarnya hajat nak cerita pasal aku hangout WWM semalam. Tapi dah terpesong kat PMR pulak. Ni kes nak mengukuhkan hujah punya pasal. Cis. Ok. Entry lain menyusul! :3

NzEmilia^^



Sunday, October 7, 2012

Aku pemalas :)

Ok, Assalamualaikum hi there !


Tgn Jae Hee kena balut. Tae Joon tolong basuh muka Jae Hee :)
So sweet like candy


Weyy, aku baru habis layan cerita korea setelah dua hari menghadap notebook kesayangan! Tajuk dia To The Beautiful You! Min ho berlakon bhaii. haha. cerita dia takyah cakap la, sweet gila babeng. Aku kena buat medical checkup la gamaknya lepas tengok cerita ni. kutkut kena kencing manis. hehe. Ikutkan masa mula2 tayang kat 393 aku tak tengok sebab tak sempat. well, jadual aku sangat padat. Aku kan rajin belajar. *lari tajuk ni. lol

Oh yeah, Aku just nak bagitau yang esok Exam LK. Aku tak study lagi kot subjek ni. Dalam pkl 9 jap lagi aku study. InsyaAllah. Waaaa, takut fail lah. Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. *K, takde kaitan pun sebenarnya*. Disebabkan dia, aku jadi tak minat bljr LK. *tengok, dh la malas.. Cari salah orang pulak. Dushh! tumbuk muka sendiri.

And well, kami Final Exam manada lama. Sebulan jugak la dari 8/10 sampai 31/10. Walaupun bukan setiap hari ada paper, saya tetap Suffer! Penantian itu suatu penyeksaan okay. Dalam pada dok exam nanti, aku sebuk join Lawatan Sambil belajar Ke Pusat Sains Negara. Ada jugak yang bersuara "Kan exam, baik duduk rumah" Eh,Hang jangan nok hipokrit sangat noo. Bajet kalau duduk rumah aku nak hadap buku 24 jam. Sehari je pun Lawatan tu. Tak luak aihh. *Ayat budak takde masa depan. Hewhew.

Last but not least. PMR! Good Luck to All My beloved Juniors! Buat elok elok. Even akak pernah cakap yang PMR is nothing, still korang kena kasi result yang bagus. Tunjuk kat mak ayah apa yang korang dah belajar selama 6 tahun di sekolah rendah dan 3 tahun di sekolah menengah tu bukan perkara yang sia-sia. At least banggakan dorang bila korang dapat naik pentas ambik hadiah macam akak. Dapat la jugak gelaran Pelajar Cemerlang PMR. Aichehh. nak kasi tau jugak tu. Haha. Siapa yang taknak kejayaan macam tu kan? So, Solat fardhu, solat sunat, doa dan Usaha sungguh sungguh pasti berjaya ! You go adik adik sayang :)


  • Orang yang bodoh tak semestinya seorang yang malas. Tapi orang yang malas sudah tentu menjadi seorang yang bodoh.  P/s: Sekarang nampak tak kebodohan aku ni? Hahaha