Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.
Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Friday, February 1, 2013

January's

Assalamualaikum :)

Heeeee aku rasa entry kat blog ni macam biskut je. Kejap ada news, kejap takde. Tak sangka ada jgk la peminat yang mintak update blog *IniSemuaPoyo*. Well I'm too busy. Hidup tingkatan 5 memang letih hoii. Masa ting. 4 boleh lagi main2. Homework pun campak je tah kemana. Sekarang? Pun campak gak sebab dah terlampau banyak. Tak tahu nak buat yang mana dulu. Dah la dengan habit LAST MINUTE aku tuu. Hancurrrrrrrrr!!


Ahh stop story pasal homework. Bikin gua stress. Huhu. Apa yang tadi sepanjang aku tak update blog eh? First, kelas 5 Al Farabi dah lawa dengan cat Purple Pink! Meja pun Purple Pink! Aku tahu Pink tu sangat girly bagi diri ini. Tapi takkan nak complain pulak en? Orang dah sponsor pun cukup baik dah. Alhamdulillah :)

Secondly, Cikgu Fauzi pindah :( Huuuuu I sad. Masa Majlis perpisahan, aku dan DSLR duduk kat depan. Yes, depan lelaki sebelah tempat cikgu2. Sorang je la. Gambar itu ini. Lepas tu tekun dengar cerita cikgu fauzi. Nasib ah duduk depan sekali. Cover jangan kasi nangis. Apa yang cikgu fauzi cerita tu aku ada rekod tapi tk upload pun hehe. 

Thirdly, aku dah cuba2 vroomm vroomm gi sekolah :D Redah jem pagi2. Huuu aku speeding kot masa vrooom vrooom tu. Hihi. First day bawak gi sekolah, budak2 kecoh. Arif Rosnan panggil aku Mat rempit. See, Arif menyakai. Mat dengan Minah pun tak reti beza :( Lepas tu ada dua tiga kali follow aku. Bila tanya kenapa, dia jawab "Aku jadi bodyguard mat rempit ni." Kwang ajaq -___-"

And Minggu ni ada Mesyuarat Agung Kokurikulum. Yang tak tahannya, Cik Naziela Emilia Binti Suhaimi ni jadi Penolong/Naib Pengerusi Rumah Zuhal. Kahkahkah. Rumah sukan lak tu. Tak pernah2 dapat jawatan dalam rumah sukan. Tetiba terus P/N Pengerusi. That moment aku tengah berdiri dalam makmal 1 yang sesak tu. Ada dengar orang calon nama aku, afifah. Macam bising2 la en. Ingatkan cikgu tak dengar. So aku tak endahkan. Bila Mummy panggil, kalau boleh semua nak pusing belakang pandang aku. Manada malu. Dah la tengah lap2 muka dengan tisu sebab panas. Hoiiii tak dapat ku lupakan. Undi dalam 56 macam tu kalau tak silap. Machooo :p Bila balik rumah je otak masih tak boleh terima kenyataan. Siapa tah gi cakap Zuhal akan kalah sbb aku. Cehhhh bedebah! Keesokkannya Arieff The pendek doctor siap buat tabik dan berkata "Naib pengerusi" Setiap kali terserempak je panggil Naib Pengerusi. Rasa nak tibai je budak sorang ni. Huhu. :/

For Unit beruniform aku takda jawatan. Anis nak calonkan for Naib Pengerusi tapi aku cakap jangan. So aku calonkan dia. Kehkehkeh. Lagipun memang taknak sebab aku malas. Haha nanti di kerah untuk masuk kawad. Hitam la kulit I nanti you :( Kalau masuk kawad pun nanti siapa nak mainkan peranan utk perbarisan rumah sukan en. Tadi meeting sukan dan permainan. Lama2 kiteorang meeting tu, lantik Setiausaha je. Siapa? Sayaaaa laaa :) Pengerusi and AJK tertinggi yang lain, cikgu akan decide nak pilih siapa. Biarlah Rahsiaaa~~ 
Tinggal Kelab dan persatuan je belum meeting lagi. Aku kelab Fotografi!!!! :D

Haaaa, entry ni taak bermaksud aku gila nak jawatan okay. Kalau ada, ada lah. Kalau takda, takpe. Itu rezeki orang lain. Yes I admit aku suka dapat jawatan sebab nanti markah koko aku tinggi sikit. Wakaka. Bukan sebab aku gila kuasa ke apa. Orang kata Hati biar ikhlas, nanti kerja kita jadi senang :)


That's all la for today :* Happy February btw!



NzEmilia ^^

Wednesday, January 2, 2013

First day of senior year!

Assalamualaikum. 

Title jet jet je kan. Hehe Tak sangka aku sekarang dah form 5. Tahun ni SPM!!! Harap dipermudahkan. Belajar pun biar focus. Tadi kat sekolah baru sikit dah ngantuk ngantuk dah. Ida joy yang ngantuk dulu. Aku ngantuk masa fizik time nak dkt balik tu. Zzzz.

Seperti biasa persekolahan sesi pagi bermula pada pukul 7.30 tapi pelajar dikehendaki berhimpun pada pukul 7.20. Sad is sad you know. Dewan terbuka kami tak siap lagi. Almost siap la. Mungkin hujung bulan 1 ni dah boleh guna kot. Hmmm masa beratur tu gi la kat line form 5 walaupun aku sangka diri ini form 3. Oh gediknya. Dah la pakai tudung baru takde lencana and name tag. Joyah and yas pun sama gak. Aku poyo je kata student baru. "Kak, kelas saya kat mana? Saya student baru." Muka nak innocent je kan :3 Aku memang suka berdrama. *sigh*

First day biasa la ada perhimpunan rasmi. Semua tak semangat nyanyi lagu negaraku, negeri selangor dan lagu sekolah tu. Dengar ucapan cikgu lagi. Rasa nak tidur kat situ pun ada gak en. Huuuuu. Then naik kelas. Tingkat atas nun 5AF tu! pakat mengeluh je dorang naik. Hahaha.

Masa otw naik kelas tu jumpa Ustazah Rohana. Dia senyum je nampak aku lepas tu hulur bakul sampah baru, penyapu baru dan penyodok baru. Baru baru!  Aku pun buat muka pelik dengan seribu satu pertanyaan di minda. Aicheh ayat~ So sebab sifat aku yang sentiasa curious ni, aku tanya la ustazah "Ha? Kenapa? Kelas apa punya ni?" Ustazah sengih sengih sambil berkata "Kelas awak la. 5AF. Saya guru kelas." Wahhhh time tu aku pusing belakang tengok Ida dan yas. Muka bahagia :D Senang je nak lailailai dengan ustazah ni :P

Of course first day ada perlantikan Ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kecoh gila okay kelas 5AF. Bising je :3 Dorang calon kan Syed Ahmad. Pun boleh -..- Tapi yasier yang dapat. Well, siapa suruh yasier jadi comel. Masa aku angkat tangan undi yasier tu, aku pusing belakang tgk 6 orang BUDAK perempuan pun undi gak. Bagus bagus. So secara rasmi Yasier ketua kelas 5AF!!! Penolong ketua kelas Shahadah ah en. Ada yang calonkan Joyah. Lepas tu aku dengar ada yang sebut nama aku. Usha kiri, Nadia! Hoi gila hoi. Terus aku jerit kat ustazah "Dah ustazah dah. cukup dah tu!" Haha. Tak kuasa nyah nak jadi Pen. LOL.

First day belajar Mathematics(Mummy) and Physic(Cikgu Zalina). Mummy masuk kelas je kata "Hmm Saya ingatkan tak jumpa awak semua dah. Rupanya ada lagi" Lepas tu dengar bunyi keluhan budak kelas 5AF. "Alaaaaaaah.." Kehkehkeh. Physics salin nota je. So far so good :3 BM cikgu terangkan itu ini. Dia srh salin kat depan tu tapi aku salin sikit je. Lepas tu aku buat benda lain. Ida usha "Hek eleh kau. Igtkan salin kat depan tu! Gi tulis lirik lagu pulak" Haha. takleh focus :p

Masa rehat kami yang bajet senior ni gi la kantin en. Ramai gila ok. Aku pun cakap kat Ida, "Gunakan kuasa sebagai seorang senior. Suruh dorang ketepi. Senior nak lalu!"  Lepas tu Ida buat muka "Nak ketepi apa bendanya. Yang depan kita ni semua senior!" Hahaha. Okay. Kuasa veto tak menjadi pulak time tu. So kami gerak gi Koperasi. Jumpa Juniors form 3. Si Afiqah, Fatihah dan Aina. Dok jeling kat senior dia ni :3 Tau la saya comel hikhik.

Tah apa yang aku buat tah pagi tadi sampai dua kali Ida joy kata perangai aku macam budak budak. First dia kata "Tak macam senior la kau. Perangai macam budak budak je." Second masa kat kelas. Aku buat perangai gila la. Lepas tu dia cakap kat Yas "Kau tengok ni yas. Perangai budak budak. Apa lah. Haha" Nampak tak Ida dah matang? Haha okay :P

Sebelum balik aku gi solat zuhur kat surau sekolah. Jumpa cikgu Azmarina. "Cikgu, Asal kena sekolah.. Saya tak bersedia..." Aduiii drama queen betul aku hari ni. "Haha, Asal? Kalau awak taknak sekolah gi nikah je senang." Cis cis! "Alahhh cikgu ni. Itu pun kalau ada yang nak la. Saya okay je. Hahahaha." Lol. And Today I balik dari sekolah sendiri. Takde sapa kat rumah. My Mom and Abangah gi hantar Kakak Kat melaka. Aku naik bas rapid then turun dari Ukay dengan Afifah. Nasib baik budak kecik ni teman. Tu baru kawan namanya :D Tapi balik tu basah lenjun ah baju dengan peluh. Tsk tsk.

Okay entry ni dah boleh buat jadi karangan BM dah. Buat cerpen pun layak gak. Hehe Almost 10 perenggan kot. Waaaaa senior yang excited bercerita tentang first day sebagai pelajar form 5. Lol K bai :*

Extras;



NzEmilia^^


Thursday, December 20, 2012

Lepaking!

Peace!



Ye saya lagi~~ Hehe. Saje je gedik nak membanyakkan entry. Lek ah bukan kena bayar pun kalau nak publish. Ok. Let me story morry pasal semalam. Awesome wey aku main bowling dua game! Yay man!! Lepas gian nak main bowling. Thanks Wan(dalam gambar) sebab ajak lepak kat WWM. 

Okay, kami hanya berenam. Ye. Enam je. Aku, Wan, Matre, Idin kecik, Syahmi and Faiq. Sebenarnya ada Izzat and Farisha. Cuma tu la.. Dorang gi dating. Hehe. So, aku pun dating gak ah dengan mamat 5 orang tu. Nampak tak player gila~ Okay, dua game yang kiteorang main tu kan, aku selalu lead. Haha. bangga ni, Abang abang macho kat belakang. Last last tak menang gak aku ni. Cis, First game syahmi menang. Second game Aku and faiq seri. 90. Kalau kat screen tunjuk Matre menang. Padahal salah kira. Dari 75 tetiba tukar 93. Pun boleh. Matre dah bangga dia menang. Hakikatnya tidak ye. Sekian. Haha



Lepas Bowling, kami gi tengok wayang! Hobbit :3 Okay cerita dia best. Cumaaa... 40 minit pertama tu slow gila. Aku macam "HOI CEPATLAH! Aku keluar kang!" Haaaa. Nasib baik cerita dia nak dekat 3 jam. Jadi makanan sejuk beku lah kami dalam cinema tu. hehe Cerita dia adventure gila. Main serang serang. Ngeri gak ok. Aku dengan faiq asyik terkejut je. Haha suspender gila. 

Then kami gi makan kat food court. Aku suruh dorang gi solat. tapi hampeh. Matre, Idin and Syahmi je pergi solat. Wan dah lapar. Dia kata dia Jamak. Suka suka dia je. haha. Masa kat food court Faiq baru perasan dompet dia hilang. Ok. Tercicir mungkin masa dalam panggung wayang tu. Dia pun gi la cari balik. But tak jumpa. Terus aku kata "Haaa tu la tak gi solat lagi. Allah tunjuk la ni jugak. Jangan main main" Dah la banyak gila ok isi dalam tu. IC, duit bagai. Fuhhh nasib la jang. Masa kat food court tu lama gak kami lepak. borak borak gitu. Then teman Wan gi beli A&W. Balik!!! :3

Ha tu la cerita dia. K bai. Esok ambik buku teks kat sekolah :) Rindu sekolah. Puihhh! Sabtu Ahad, Melaka hoi! InsyaAllah.

Extras;


NzEmilia^^

Tuesday, December 18, 2012

Alhamdulillah, Give thank to Allah ;)

Assalamualaikum!!! 

Aku muncul lagi~~ K, cuti sangat boring. Esok PMR Result! OMG OMG *Gaya minah gedik* Hihi Imran ajak aku gi sekolah esok. Aku ada gak terfikir nak gi usha budak budak tu en. Tapi takde kawan ah. Imran? Puihh Takkan aku dengan dia je. Tak geng ah! :P Result kalau keluar awal takpe gak. Ni pkl 10-11 macam tu. Wan pulak ajak gi WWM. Aku jadi femes jap ah tadi. Selalunya bila dah ramai ajak, last2 aku tak gi mana mana. Tengok la macamana. Kalau diizinkan, aku nak gi dua dua :D Jaga hati kawan namanya :p


And yeah. I passed my computer test!! Alhamdulillah.Tak sia sia tunggu dari pukul 9.30-12.30. Hari ni ramai gila! Masa datang tu num giliran 11... Tengok num giliran aku 74. Manada aku stress :3 Dah la dengan ngantuk lagi.. Fuhh. Then nampak Jajad. Tahu tak siapa jajad? Muhammad Aliff Asjad. Hehe. Sombong betul dia tu. Aku panggil dia buat derk je. Pe lagi en, main tweet tweet je la. Num giliran jajad 84. beza sepuluh je dengan aku. So sweet. ehh Kaitan? lol. Jajad lulus jugak! Dia masuk kejap je. Jawab 9 minit 22 saat. Perhhh gempak. And and! Aku jumpa Kak Amalina. Alaaa yang comel comel tu.  Yang pandai tu. Lama gak aku perhati dia ni. *Ayat cari gaduh*. Lepas kak Ama dah habis test tu baru la aku tegur dia. Sah ah dia tak perhati sekeliling. Aku sure tu kak Ama pun sebab cara dia jalan. So cute so cute. K :p

Sampai disini sahaja la yek. Adik adik yang ambik result esok, oh please jangan nervous. Akak dulu tak nervous pun. Jangan letak harapan yang tinggi. Buat lek je sudah. Bila dah dapat tu jangan nangis sebab kecewa. Nangis sebab terharu, bersyukur, gembira je boleh. Macam akak dulu. Hehe Peace :D

Extras;

NzEmilia^^

Monday, November 22, 2010

First week of school holiday .

Assalamuaikum cik adik dan cik abang :) Hehe .
* Cousin's wedding . First time kluar pakai selendang xD

Okay , hai korg . Dah lama tak story morry . Tak tau la nak story apa . Buntu betul cuti sekolah ni . Otak tak berapa berkembang ! Heeeee . Ha ,, Semalam siapa tengok perlawanan badminton Lee chong wei Vs Lin Dan ? Saya ! saya ! Menjerit kot malam tdi . Buat memekak je kaann . Hobi kami adik beradik . Haha . Lee chong wei kalah . Aku dah cakap awal , awal . Harapan yang tipis bila lawan dengan Lin Dan . *Nama macam Linda , tak pun Lin pondan xD Congrats to china btw :) Malaysia , balik ! Practice lebih lagi . And , Lin Dan bila dah menang ... Taraa ! Tunjuk body dia . Konon lawa lah ? Harktuii ! Nasib baik muka hensem sikit dari Lee seung gi . Lee seung gi hensem banyak tau ! ;p 

Haaa, boringnya cuti ni . Takde aktiviti yang boleh kembangkan otak ke ? bukannya kembangkan badan . Heee . Cakap pasal kembangkan badan , haiyoo . Sabtu , 20Nov2010 , cousin kahwin . Buat ayam golek . Perhh , sedap gila . Dah la aku yang jaga tempat ceduk makanan . Terliur je tengak ayam tu . Panas , panas . Terbaik dari reban . Heheh . Time tak ramai orang , last , last tu .. aku pun open table la . Ada bubur kacang hitam , orang kelantan buat . Sedap :D

Yesterday , Ahad , 21Nov2010 , Ada kenduri lagi . Dekat dengan kawasan perumahan aku ni . Ayam masak merah Kg Melayu Sungai Sering memang mengancam ! Suka, suka . And , kat sini aku jumpa hilman . Kahkahkah . Smart pulak mamat ni . Pakai baju kemeja warna hitam . Aku malas nak tegur , nanti over loyar buruk dia tu . So , buat tak tau je . 

Today , Isnin , 22Nov2010 .  Lu pikir la sendiri . Assalamuaikum xD

Extras ; 
Shengri Kuaile ! :)

22 November : My friend , Muhammad Hamizan Bin Zailan
23 November : My sister , Nazatul Zulaika Bt Suhaimi . 
24 November : My cousin , Rosmaliyana Bt Zainul Abidin .
26 November : My friend , Noor Farisha Bt Hasmizi .
27 November : My cousin , Ema *tak tau fullname 
29 November : My friend , Nur Shafinie . 


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Friday, November 12, 2010

You'll always be my thunder .

Assalamualaikum boys and girls ;) 

Boys like girls = Pondan ! ^,^

Hari jumaat yg cukup indah , 12 November 2010 bersamaan 15 zulhijjah . Ngeee . Apa yg indah pun tak tau la . Ayat nak poyo je lebih . Hari ni agak boring . No games for me . I'm doing mathematics correction , paper one . Luckily , just 8 question . Yeah . Sekejap je buat . Nak kejar markah tambahan puya pasal la ni ! Heeee . Ada some question yg aku blur . Aku tanya farisha , punya la cari jwpn . Tak dpt jugak . Nsb baik Mohd Taufiq B Rosli tgh merayap kat kelas aku . So , farisha la pggl dia tlg jwbkan . Tggl la aku dgn taufiq menghadap soalan maths tu . Farisha dah lari ke mana entah . Lama gila Taufiq fikir . Penat gak la aku goyangkan otak dia supaya bergerak . Hehe . Ada lagi satu soalan tu , dgn confident nya dia jwb . Masalahnya salah ! Terus dia kluar dari kelas aku dlm 5 minit mcm tu . Bwk lari pensil aku , calculator aku , kertas maths aku . Misi mencari Cik Dent ! Hoho . Then dia msk kelas aku dgn membawa seribu kegembiraan . Haha . Dpt la jwpn dari cikgu Nik Hamdan . Thank you Taufiq ! ;D

Lps rehat kat kelas , aku bc novel je . Asar aku kluar awal . Teman farisha . Kat surau , aku tgh bc novel diganggu oleh cikgu Hamdan .  

Cikgu : Raja farah !
aku : uh ? *Dah mula lah tu pggl aku 'raja farah' .

Farisha bru berwuduk msk surau . senyum2 nampak cikgu hamdan .

cikgu : eh , farisha :)
farisha : :)
aku : Eleh , geli je . 
cikgu : farisha , math awak berape ? 90 ?
farisha : Hmm , 90 lah sgt cikgu . Haha . 59 % *kot .
cikgu : semakin menurun kan . ape lah . awak igt tak dulu pernah kena rotan dgn saye ? 
farisha : Igt . tpi tak sakit pun ! saye kebal .
cikgu : haha . saye mintak maaf la . dah awak tak siap kerja sklh . takkan nak tgk je . 
farisha : dah lame bru nak mintak maaf buat ape ! haha .
cikgu : Yela . Saye rs bersalah rotan awak semua ni . 
aku : farisha , kau tak yah layan cikgu ni . Makin dilayan , makin mengada2 . Baik kau sembhyg je .
cikgu : bukan sembhyg , solat . Tpi ape beza solat dgn smbhyg ? saye rs sme je . 
aku : Ish , Btul la tu . Makin dilayan , makin mengada2 ! tak yah layan .
farisha : Haha . aku nak smbhyg lagi bgus .

Cikgu hamdan tb2 flashback kisah tahun lepas ! Mentang2 aku tak tau pape . tak guna btl ;p Heee . Ms asar ,ddk dkt pintu surau (perempuan) dgn Nurul Nadhirah . Hari ni ada penyampaian sijil dan cenderahati utk pengawas surau . Tak senang duduk oh . Laju gila jantung aku berdenyut . Cuak tak psl2 . Shame pulak, org suruh dia teman aku . Dia pegy merayap . Selenga ! Tgh majlis tu , aku dah gemuruh gila -,- Sekali , 'Naziela Emilia binti Suhaimi dari kelas 2 intan '. Aku menjerit dlm hati ni ! Bgn jea . Dup dap dup dap . Hahah . Sampai kat dpn je , ada la suara sumbang bdk2 lelaki sebut nama 'dia' . Bengong ! Nak je aku gedebik sorg2 time tu . Haish , dah pusing belakang pegy tmpt perempuan . Nampak shame tgh berdiri  mcm org gila . Tersengih-sengih . 

aku : apehal u ni ? sengih2 .
myra : Haha , padan muka u . I dari luar dgr nama u , trs smngat lari msk tau !
aku : Yela tu ;p U , sejuk oh tgn I ! xD
myra : tau takpe .
aku : tgn sejuk , muka panas ~ hehe .

Blablabla , habis la majlis . So , kluar surau , msk kelas :) Balik ! ~

Extras ;  
yumyum ;p

NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Tuesday, November 9, 2010

Fresh air and freedom .

Assalamualaikum para hadirin yang dikasihi ;p



Gah , pening kepala gila lah . I need fresh air ! Damn . Serious kepala tengah pening . Tpi aku gagahkan diri utk update blog . Ceh , kalau utk study tak nak pulak gagahkan diri . Suka hati aku la . Masalah kau ke ? Kay , agak kasar ayat tu , Main2 je  . Aku baik lah ! Wah , angkat bakul sendiri . Tak malu . Sekali sekala , makan buah pala . Mana aku dpt lak pantun tu ? Taram je lah ! Hehe .


First , kat sklh takde buat pape . Yela , Exam dah abis . Sape lagi nak menghadap buku ? Kalau yg menghadap MukaBuku tu ramai la . Sehari kat sklh mmg hebat . Exercise je kot . Berlari sana sini . Ada la dlm 10 kali sehari aku mendaki tangga sampai ke kelas . Ms cikgu izyan lagi la . 2 kali aku turun naik kelas ke bilik PJK . Lps asar pegi bilik guru then turun kat papan kenyataan pngwas . Teman farisha tampal notis berhenti kerja . Eh , takde kaitan .  Notis meeting pengwas jea . Lps tu lalu kelas 2 Nilam . Macam bengong je mintak 'besi' dkt Izzat dan Fariz . Tak sempat dia bg , aku bg dulu besi buku lima kang . Ngada2 la korg . Sebuk suruh belanja balik nanti . Nsb baik aku yg ajak teman pegy 7-Eleven . Redha je lah !


Second , kat kelas hari ni ada game baru . Main judi ! Haha . joke . Main poker la . ala-ala judi gak . Tpi takde la guna duit betul . Kalau menang happy bagai nak rak . Kalau kalah , mencarut , menjerit satu kelas . Gila frust menonggenglah sbb duit olok-olok kena tibai . Bila aku bet byk2 , tak pulak menang . Time jadi bos , mesti menang punya . Untung kalau guna duit betul . Heeee . Dah jdi jahat aku belajar main benda ngarut ni  x)


Third , Memekak kat kelas ! Best wok . Hobi kami , Menyumbangkan lagu2 hitz masa kini . Belasah gitar sarah . Habis rosak lagu Justin Bieber . Lagu Cody , yang ONE tu jea layan . Haa , sarah dgn bangganya memetik gitar   lagu Just The Way You Are . Pecah telinga sape ddk sebelah aku . Hambek kau ! Aku jerit la satu kelas . Lagu Feveret tu ! Jgn buat main ;p


Forth , waktu balik satu incident yg bangang berlaku . Terkantoi beb ! Faiq tak reti cover . Jalan jea . Nak jugak dia stop2 jln dgn aku berdua duaan . Macam tak biasa . Kita kan adik beradik . Hahah . Dari guna pgglan 'saya-awak' , terus tukar 'aku-kau' . Cuak ke awak ? xD


Next, pegy 7-Eleven la . Mamat tiga ekor ni ddk merayu mintak belanja . Aleh, aleh , asal tak mintak penyepak free je ? Gedebik sat g .  Heeee . Pape pun Thank you three brother . Bodyguard aku dah bertambah sorg . Hari tu dua org je . Hari ni Faiq baru mohon kerja . Hihi . Agak sengal kat 7Eleven . Dorg nak beli yg mahal2 je . Fariz lagi lah , nak ambik air soya kotak besar .  Bankurp lah kalau macam tu SELENGA ! Hatoii . Kawan aku ni gilagila betul la . 


Finally , I'm home ! Haha . Pening kepala den . Dah la . Babai . Eh , One more thing , Thank you gila kat junior2 aku yang sudi baca blog aku ni . Dorg kata best , bila nak update lagi , blablabla . Tah pape je kot . Biasa jea dik oii . Tak de la best mane :) 


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Monday, November 8, 2010

When nothing goes right, go left .

Assalamualaikum ;)

 I get out of my own way, let you have your way :)


When nothing goes right , go left . Kay , title nak bajet . Pdhl takde kaitan pun . Ngee , aku bru lepas bc novel 'Baju Pengatin Mak Andam' . Dlm 100 page jugak la . Sikit je tu . Aku bc lembab sikit sbb kat sekolah . Banyak gangguan . Novel 'Senafas Rindu' pun aku tak khatamkan lagi . Btw, Thank you kak Puteri Nur Izzati Binti Mohd Azman sbb bg kepercayaan utk iela pegang novel tu for awhile x) I love you la sistah ! 


Haa, Story plg hebat kat sekolah hari ni , Izzat tak sihat ! Gah , hebat ke ? Izzat bukannya artis pun . Tak femes mana . Takpe la . Mcamana pun dia layan aku , dia tetap kawan aku . Aiceh , apehal aku ni . Selenga ! Heeee . Kesian Izzat Haiqal bin Shahimi ni . Tgh solat asar , tertumbang rakaat pertama . Hm , lpas perhimpunan , satu benda je aku igt . Nak tuju ke Izzat . Yeah , IZZAT ! Sampai kat pondok aku tgk muka dia tak seceria selalu . Awat cek ? Dia kata dia demam . oh, ptt lah . Tpi asal la sampai tumbang ? Faiq pegy kata Izzat kena sawan . Ni lagi la mulut celupar mintak menampar . Haha . And sorry Izzat . Aku tak boleh tunaikan permintaan kau utk beli air . Mak aku ambik awal la pulak hari ni . Kau pun satu , mintak aku beli air sampai ke 7Eleven . Banyak cikadak lagi dah tak sihat tu . Minum jea air refill ! Heheh . Esok kita pegy 7Eleven sama-sama ye ? :D Rindu pulak nak lepak dgn kau . Lalalala . Mengarut dah aku ni . Kay , tu jea kot. Mls nak taip panjang2 .  ta-ta .


NazielaEmiliaSuhaimi ^^



Friday, November 5, 2010

Favourite hello , hardest goodbye .

Assalamualaikum brother and sistah ! ;)

Thanks to Najwa Amani . ILalalaloveyou . Nice video . Love this song . 
p/s : three of me . hoho . i look cute in this video ? yeah . I know ! Haha ;p

Argh , Scream and shout : School holidays so damn bored ! Sleep , bath , online , solat , online , helps my mom , online , eats , online . So many time ONLINE ! Face to facebook everyday getting bored . I feel like stupid you know ? Sign in , sign out , sign in sign out . Haa , lucky me . While online , I watched lestary asmara episode by episode on TV3 online . Its make me feel better . Uh ,  2 weeks more . I gonna miss them . And I can't wait for the last day . I'll become a camera woman ! woots , woots . I hope that cikgu zalina will allow us to bring all barang terlarang xD If we are not allowed , belasah jea . Like we care huh ? Stupidooo . Heee . Okay , yesterday i watched video on  my junior facebook,  Raja Amirah . She will move from SMKLK next year . Not only her , but Ainaa and others . I repeated again , I gonna miss them ! Duh, surely i'll cry on the last day of school 2010 . Korang,, please don't go :'(( 


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Wednesday, November 3, 2010

Tired day ! LOL ;p


Assalamualaikum :)



I got the magic in me ~ 

Penat gila hari ni bwk semua buku teks . Berat doh ! Aku letak buku teks dlm satu beg, 'Canon Delighting You Always' . Bhaha. Hari ni tak bljr pun . Waktu first cikgu yg bru tu msk . Lps tu dia pggl nama aku dgn ida. wah, tak psl2. Entah dri mana tau nama aku nieyh ? Dia ckp cikgu izyan nak jumpa . FINE la kan . Dia pggl nama aku je, dia bkn tau pun sape Naziela . Okay, aku tak Famous pun :'( argh, gediks la kau Naziela ;p

 Dengan diri yg sentiasa serabut, aku turun pgy bilik guru dgn ida . Dah la pakai uniform PPIM . Bertambah serabut . Dalam kepala otak dah fikir, apa la cik Nur Izyan ni nak ? Heeee. Dia suruh ida hantar gamba,  aku ? tak . Dia srh aku tolong pgy kelas ke kelas, pggl bdk PPIM utk tulis nama . Yeaah. Best ! Jalan-jalan cuci mata . Hahah . Ada niat jahat ni . Aku pun pgy la cari farisha yg masih dok kat tgga tgh . So on . Kesian farisha kena ikut aku dgn bwk beg bersama berkilo-kilo buku teks .

 First class , 1 Berlian . sorg je kot tak silap aku . pftt, then 2 Nilam . Duh , 2-3 minit gak la aku ddk berdoa kat luar . Hahaha . Lps tu aku tanya atiqah khidir *rsnye* , cikgu apa kat dpn. Dia kata cikgu Norma . Aku dgn farisha diam terus . Eleh , bukannya Norma Yunus pun . Nsb baik Norma Yusuf . Senang nak settle . Heheh . So, melangkahkan kaki ke 2 Nilam dgn bismillah . Aku siap bg jampi lagi . okay, itu tipu xD

aku : *knock, knock* assalamualaikum :)
syed : penculik ! penculik !
cikgu : Walaikumsalam . ha , knp ?
aku : cikgu, nak pggl ahli puteri islam utk tulis nama .
cikgu : pggl lah .

Haiyh , cikgu srh aku pggl sendiri . tak ke segan je tu ? Nsb baik aku terpandang Shafiqah . terus aku pggl dia . Blusher gila lah . Syed pulak tak psl2 pggl aku penculik . LOL , taraaaa ! something happened . Maleh aku nak cite . Haha . Kelas seterusnya , 2 Taqwa . Lps tu naik aras satu . Sampai kelas 1 Zamrud lah plg lama . ramai gila . 1 Delima cikgu khairul . tersengih -sengih je cikgu ni . Next class , cikgu hamdan ! Yeaa . Sengal je kot . Tapi best kena kan cikgu .  Lalala . dah siap round semua kelas , aku pgy bilik guru . Naik kelas , lepak. Ambik paper BI .  Paper one dapat 31/20 . Aku main buat je kot mcm biasa . Pape pun Alhamdulillah . Tak rugi siang malam berdoa . Aiceh,  haha . 


Tgh lepak , bdk SPBT pggl . hantar buku . yeah , phantom ku hilang . bayar la, apa lagi . sedekah sekali sekala . Then dpt buku teks from 3 . yeaaa ! PMR . Haha . Msk kelas , ddk borak dgn alin . Tgk buku science, selak bab 4 . aku berfikir sejenak . Boleh ke kiteorg bljar bab ni tahun dpn dgn bdk lelaki yg lain ? Oh, Susah nya -__-"

Agama , takde buat pape pun . Bdk lelaki sebuk tgk album yg aku bwk . Tau la gamba aku comel je smua . Haha . Tb2 kluar soalan dri mulut Dzul . 'Naziela, kau couple dgn shafiq ?' . Membisu aku dibuatnya . Bdk lain yg ddk lepak dgr je . Pakat pandang aku . Aku pun tanya la knp dia ckp mcm tu . Dia kata sbb gamba shafiq byk dlm album tu . Hekeleh , buat gelabah aku je Dzul ni. Aku pun storymory la dgn ida . Yang lain dah mengejek shafiq . Shafiq sengih je . jwpn dia , 'Naziela tu kakak aku la ms sklh rendah. kan Naziela ?' . Haha . Terus aku angguk . Malas nak panjangkan crta dgn dorg ni . Blalala ,, rehat . Makcik Najwa Amani tak dtg . Haiyh budak ni . So, pgy kantin dgn atiqah and sarah . aku rehat dgn bdk pengawas . 

alin : naziela, tlg belikan kentang :D
aku : duit ?
alin : igtkan kau nak blnja  ;p
aku : jap tau wey .

Entah apa aku baik sgt la kan . Aku pun pg beli dua cup fries . 


alin : Utk aku  ke ? 
aku : *buat tak tau pgy beli air . then aku dtg balik . ainaa dgn alin layan kot fries tu . haha.
alin : Dua- dua aku punya ?
aku : Blah la. satu aku punya . haha.


So , aku ddk sblh ainaa . ainaa pun start chitchat dgn aku . tak yah lah cte kat korg. private Lol ;p Zohor . yeaa, i'm late today . hehe . Msk kelas pun lambat . Aku org last keluar dari surau . sorg pulak tu . Nak buat macamana kan , aku la yg kena ttp tingkat , pintu, suiz kipas , dan kemas segala yang mungkin . Jumpa farisha kat kelas , ' Dia kirim salam ' . Elele , menyampah xD .  Maths , Alhamdulillah again . Paper one i got 32/40 . Macam tak caye je . Entah la . Malas aku nak comment psl tu . Paper two tak dpt lagi . alah , hampeh je kot . Baik tak yah .


Asar , sivik . Cikgu tak masuk . Aku merayap jap dgn farisha . Selamber je . Tgh jln merayap tu, kat kelas 1 delima . Cikgu Hamdan ! *knock, knock* aku bg salam ni . yoyooh jea . Then aku lambai kat cikgu . Haha . menyirap je kot cikgu layan aku ni ;p 

Dah puas merayap . msk kelas . panas doh ! Dah la pakai bju uniform tu. aku pun bukak la baju . Heeee . sorry sikit . Aku tak gila lagi . Aku pakai t-shirt la kat dlm . tapi lengan pendek .  Atiqah sengal je . Dia kata nak snap pic then upload kat fb . Ngeng ! ;D

Balik , jalan dgn shame hari ni atas permintaan aku . Oh berat gila time balik . shame lagi kesian kena buli dgn aku . Haha . Sorry you . Hobi I membuli you kan ? macam tak tau pulak . I suka tgk you merajuk . kelakar . Farisha mesti sokong . hehe . sampai tempat biasa . Aku nampak fariz tgh ddk . Buat muka jahat sikit . Dush ! Aku hentak buku yg dlm beg tu dkt kaki fariz . bhaha . kesian . Tak sempat sgt borak . sikit jea . Izzat kata aku penculik . haiyh . pengaruh syed . Fariz kata aku pakai baju macam nurse . haish korg ni. Bukannya first time aku pakai baju ni. masalah btl . Then fariz ckp psl syed . Aku ni nurse nak culik dorg bwk pgy hospital . Thats why la aku dipggl penculik . eh . logik ke ? Mengarut je ! 


p/s : Dah lama tak update post sepanjang ini . hehe ;D


NazielaEmiliaSuhaimi ^^


Tuesday, November 2, 2010

Macam, macam !

Assalamualaikum :)

Nak ckp psl apa dulu ni ? Result la. Geografi dpt 62% je. bhaha. bad result. However,my marks higher than faiq. *Awak, org kalah kena blanja org menang . bila lagi nak blanja saya, wak ? :D* Haha, then, Kerja kursus tak hantar lagi. tp dah siap. yeaah. harap cikgu terima. I need some more marks to get B -_-"

Hari ni best woww. Exam dah abis ! Seni-2 , aku main buat je. hentam. malas kot nak colour. farisha je semngat siap colour background dgn water colour. Hmm, kiteorg dah dpt gamba kelas. Okay la. sengal pun ada. haiyh, farisha dah byk gamba dia dpt. aku bru dpt satu. mana gamba TSL ? Pengwas Surau ? Badmintoon ? Haiyooo !

And, esok kena hantar buku teks. Makaiyyy. berat la ! Haish, kesemua buku 16 buah kan ? yeaaa. aku ada 15 je. Oii Novel The Phantom of the Opera, mana kau bersembunyi ha ? Sedih btl la. satu rumah aku dah cari. kau dah la kecik, nipis, slim. payah gila nak jumpa ! nasib baik harga kau 2.30 je. Fine la. aku bersedekah kat sklh.

Then, hari khamis dgn jumaat ni cuti ! yeaa. tak tau nk buat apa. Haha. Aimi ajak pgy rumah dia hari khamis. BBQ ! Oh DAMN ! :D Tapi malas lah nak kluar. Kalau rmh dia sblh rmh aku je, gerenti aku pergi. LOL ;p

Last, aku malas nak tidur skrg ni. Layan 2 cawan air kopiko. Hebat ! Mula2 haus je. dah abis secawan, buat lagi secawan. Haih, nak tidur ke tak ? :o Farisha lagi hebat, minum nescafe. Padan muka dia tidur lambat hari ni. Aku dah bubuh pil TAK BOLEH tidur ! NESCAFE : Naziela Emilia Suhaimi CAFE :)

NazielaEmiliaSuhaimi ^^



Saturday, October 16, 2010

Sekolah ganti 16102010

Assalamualaikum cikgu ! Eh, jgn jdi gila blh tak ? okay, okay. gila sikit kot sbb asyik sklh je. otak manusia memerlukan ms utk rehat supaya otak mudah berkembang. dah2, mengarut ;p Hari ni sklh ganti lagi, Awesome ! Aku dtg awal ! lawannya. Lambat la x) pkl 12.10. Akibat tgk tv dgn mak aku. punya syok. Haha. relax la, Taufiq pun lambat kot. aku msk sekolah dulu dari dia. apa punya PKP 2 ni ? ish3,


Lps tu msk kelas, RAMAI gila ! ada Rabiatul, Hidayah and Farrain. Hebat.. Haha. aku dgn ida pgy tgk cikgu ganti. Otw turun, jmpa ustazah Nafizah. Okay, ustazah ada. Pgy bilik guru kejap. tgk la ckgu apa yg takde. semua ada. haiyh. Lps tu jmpa cikgu izyan, ckp psl RAMAI yg dtg :D


Naik kelas, Dah ramai yg msk kelas. Ms Agama buat latihan. Best jugak la. aku ddk depan sekali dgn ida, ustazah, bekman, hilman dan lain2. Smbil buat latihan, borak2 dgn ustazah psl benda yg berkait dgn Agama Islam. Tgh borak tu dia ckp la psl nama.


ustazah : Naziela, ape mksud "NAZIELA" ?
aku : uh ? Mane saya tau. Mak saya yg bg.
ustazah : Haha, muka kamu ni sesuai dgn name Rabiatul Adawiyah. *Tenung muka aku.
aku : haiyh, tak abis2 dgn Rabiatul Adawiyah . tpi knp ?
ustazah : Enth, rs mcm sesuai dgn kamu.
aku : haha. Rabiatul Adawiyah yg mane satu ? kelas 2 intan ni ?
ustazah : yang mana2 je la :)
Ida : ha ? ape pulak ? Lagi sesuai name Naziela Emilia.
aku : tu sah2 la name aku ngeng.


Lps tu ustazah gelak2. apa yg lawak ? ;p Ustazah ni minat btl dgn Rabiatul Adawiyah. Idola agaknya. "Doa Khas untuk wanita ; Moga Cerdikku Secerdik Aisyah, Cantikku Secantik Ainul Mardiyah, Pengorbananku Setinggi Sumaiyah, Ikhlasku Seikhlas Rabiatul Adawiyah, Semoga Tempatku di Syurga Al-Jannah :')"  Ohh, maybe aku ni iklhas ? Erkk, mane ustazah tau aku ikhlas ? apa yg ikhlas ? Enth laa. Haha ^^. Lps Agama,, Bahasa Melayu. Buat Lisan. Boleh laa. aku dh siap lisan tu. so aku buat kerja maths. Then rehat.


Rehat, org lain pgy solat berjemaah. Aku pgy kantin. muahaha. Lepak dgn syamira. Then farisha dtg. Dorg dah selesai solat. Izzat and Fariz pulak dtg kat aku. dtg2 mintak duit. Dh bg duit, dorg beli air koko. then dorg rehat dgn kiteorg. Lama kot dorg berdiri. Kerusi byk tak nak duduk. 


myra : tak penat ke berdiri ?
fariz and izzat : * ddk di kerusi ghaib.
aku : haha. bengong. kerusi byk kan kat blkg tu.
myra : enth pape je.


izzat n fariz pun ambk la kerusi kat blkg tu.


myra :  sebuk je nak ddk sini jugak.
fariz and izzat : uh? jom la wey blah.
aku : haha.
myra : izzat sorg je yg boleh ddk sini.
fariz : yela yela. 


Fariz buat2 merajuk. pdhl ddk merajuk kat meja sblh je. konon kiteorg nak pujuk la ? haha. Nnti aku pggl Shea ! ;p Opsss, skandal ! ngeeee~  then izzat dgn fariz tak de kerja ! aku tgh ddk kat kerusi pnjg kantin tu, dorg pgy angkat. bengong kan ? Time syamira lagi tak boleh blah. fariz dgn izzat plan buat slow2, lps fariz dh bg isyarat 1,2,3, dorg angkat la. Haha. Dasar tak betol ! Ms borak2 dgn dorg tu, ada la org tak puas hati. Shame kata 'dia' pandang2. Kesah Lapan belas. Haiyh, Lps tu izzat ckp la kat dia supaya jgn marah. Duh, ngeng gak kau ni izzat. Biar jea dgn dia tu. Takde kena mngena dgn aku langsung. blablabla. dah buat kerja gila dgn dorg ni. mmg sengal la kan. gelak sakan. heeeeeeee. then 2:30 naik kelas.


Maths, Yeah. 2 jam. Best kot. Awesome gilaaaa ! Kumpul rmai2 dkt dpn cikgu izyan. abiskan syllabus. Then cikgu bg exercise. bekmen ddk sblh kiri aku, ida sblh kanan.


Ida : cikgu, hari nak tulis hari ape ?
cikgu : hmm, awak tulis la hari sabtu dalam kurungan jadual hari jumaat.


Tgh buat exercise tu. bekmen tunjuk buku dia kat aku.


bekmen : naziela, kau tgk ni.
aku : "hari sabtu dalam kurungan jadual hari jumaat", hahah. bengong gila pgi tulis ape yg cikgu ckp. org tulis la "sabtu (jumaat)."
bekmen : biar la. style !
aku : yela yela.
bekmen : wey, buat senaman yg mane ?
aku : senaman ? oh ! Haha, exercise 1.A. 


Ngeng gila la bekmen. then cikgu bg lagi exercise. time nak check, cikgu pun tak tau jawapan. satu kelas memikirkan jwpn. setngah jam jugak la. mcm org gila je kiteorg. Hahah. kira punya kira, salah. dpt jwpn 360 cm. jwpn blkg kat buku teks 340 cm. mane dpt lgi 20 ? cikgu dah blank. aku tgk, ptt la. yg pyramid tu tak kira guna formula pythagoras ! Hehehe. terrer gak aku kdg2. Dah2, bajet je lebih. Lps maths, Sejarah. smbg buat latihan smlm. Balik ! Turun tgga dgn farisha and syamira. Jmpa la pulak mamat ni kat aras 1. Pfttt, nsb baik aku turun lambat sikit. Smpai bawah, aku jln dgn shame. shame sje je bg aku jln sorg. dia jln la dgn farisha. tgh jln, Dzul pg tarik beg aku. siott betol. ada la dia ckp psl aku dgn budak tu. Entah pape la. Lps tu Dzul kena kan aku. Nsb baik hari ni birthday kau D, igt nak bg hadiah special utk  kau bwk balik rmh. tpi tak smpai hati. Hahah. Dah smpai tempat biasa, izzat nampak aku. 


izzat : jom !
aku : okay, jom. fariz pun ikut ke ?
izzat : yela.
fariz : asal ?
aku : alahh, *sje je.
fariz : yela2. pegy la dgn izzat je.
aku : Haha. aku main2 jela. jom , jom.


Then pegy la 7-E dgn dorg. Woaah, ada dua org bodyguard. Ceh, maneade. Terima kasih korg sbb teman. Izzat pgy 7E beli topup rm30. Kayooo. Haha. Aku beli air revive dgn mentos. fariz mcm sengal oh. byk songeh. botol revive punya plastik tu tak btl pun nak complain. Sukahati kau la fariz. Kluar dri 7-E aku mintak tlg fariz letakkan botol air revive dkt beg yg aku sandang. cikgu izyan ada dkt dpn 7E tu dah fikir lain oh. Kelakar btl x)


Okay then, Assalamualaikum :)


NazielaEmiliaSuhaimi ^^