Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Naziela gila

Assalamualaikum!

Holla holli ku beri nama cik kebum cik kebum. Ok. Ini trademark Johan RL. Hehe. Sila anggap saya gila sekarang ni kerana jarum jam menunjukkan 2:45 pagi waktu Malaysia. Gila tak gila padahal dah berpanas gulung roti jala untuk tahlil kat surau tu, waktu macam ni pun tak reti tidur. Well acah la masa gulung roti jala tadi tu ngantuk. Aku pun dengan kepoyonya bedal Nescafe Rich 3 in 1. Dan2 la pulak teringat mamat kat iklan nescafe tu. Cair ok.





"Just a regular guy." dalam erti kata lain "Hanya lelaki biasa." Mehehehe. Mula mula tengok this iklan, khusyuk habis sebab that guy memang Hot gitu. "Hanya lelaki biasa" tang mana pun cek tak tau la. First mesti dia kaya sebab dia bos en. Baju smart, muka suci, kulit licin bagai. Habaq kat cek mana yang biasanya!?!?!?!?!? Ehhh terEmo.

Ok tadi en aku on twitter. Lepas tu ada la kes couple gaduh. Aku kan minah busybody, so aku jalankan misi menStalk orang. Tapi hari ni aku macam baik sikit la sebab sebelum stalk orang tu, aku tweet mintak izin. Tak  pernah lagi kot orang nak stalk pergi mintak izin. Kehkehkeh. Tweet orang gaduh memang kelakar la cerita dia. Marah ye ye en. Aku gelak pun dah serupa macam syaitan yang menghembus api kemarahan kat dorang kot? Hihi. Then bila baca tweet tu aku rasa macam "Ahhhh lelaki memang begitu." siap ada soundtrack tetiba, "Lelakiiii tak guuuuuuunaaa"~ Hahaha.

Disebabkan aku takde kerja (walhal Kerja kursus addmath tak sentuh lagi), aku google la pasal lelaki. Aku dengan tekunnya mencari maklumat cehceh. Aduhaiii lagi buat aku terkekehkekeh ketawa. Ketawa orang beriman katanya! 


"Jangan lukakan hati lelaki kerana mereka akan ingat sampai bila-bila. Lelaki sebenarnya lebih emosi daripada kita. Lelaki kalau sudah sayang, susah bagi mereka mahu melepaskan kamu. Mereka akan benar-benar terguris rasa. Melainkan kamu bernasib malang bertemu lelaki si buaya darat."

Please ah gelak kerana aku rasa ini sungguh kelakar. Bangang tahap dewa pun ada gak. "Kalau dah sayang susah nak lepaskan" Ingat cerita novel ke hapa!?  Lelaki macam tu one in a million la sakai! Ayat last dia pun pedih je. "Melainkan kamu bernasib malang." Sumpah nak kena doh writer dia ni. Jumpa kat parking lot! Wakaka.

Ok sorry saya gila. Salam rindu Ehh :D


NzEmilia :3



Wednesday, December 12, 2012

I won't give up !

Assalamualaikum, Hi there :)

Nak tengok something dok? Meh sini meh..


Taraaaaa! Tengok tu tengok. Aku dah graduate. oh sungguh bajet aku menggayakan Jubah Konvo UiTM itu. Takpe la sekali sekala pakai.. Ambil berkat katanya. Tahu ah korang jealous. Puihh puihh. And yeah. Congrats for My sister, Nazatul Zulaika Bt Suhaimi, 21 Tahun. Tak kahwin lagi. Dia tengah tunggu Bakal Imam dia, Ayah kepada anak anak buah aku. Hahaha. Apa aku mengarut ni. Maaf Kak :P Oh, Dia selamat ber'Konvo' pada 3 haribulan 12, 2012. Diploma in Business Studies kat UiTM Lendu, Melaka nun. wink wink. K sudah cukup sudah.

❄  ❄  ❄  ❄ 

Eh eh Nak tengok perbezaan muka aku masa 12 tahun and sekarang tak? Baik cakap Nak!!! 


There you go...  Huduhnya muka DALAM IC ni. Hukhuk. In Reality sangat lawa la maksud aku :D Yang masa 12 tahun tu pipi aku tembam bak datang ah. Time tu gak rasa nak gi tukar gambar lain. Tapi nak buat macamana. Aku redha :p Oh reason aku buat Ic baru ni sebab Ic lama punya chipsmore dia dah rosak. Tau tak Chipsmore tu apa? Alaaa, Yang macam peta2 kat Ic tu. yang warna emas tu. kan kan. Haa, tipu ah. Chipsmore tu chipsmore ah. Yang emas tu nama dia Chips je. Hehe. Ada sesiapa terpedaya tak? Ok, Takde Fine.

So lepas buat Ic baru ni aku pun bersemangat ah nak gi test computer. Aku gi test semalam. 11/12/12. Senanya aku nak test hari ni sebab tarikh dia pun cantik je 12/12/12. Hajat aku tak kesampaian. Ceh ceh. Mungkin sebab tu kot aku FAIL test computer. Opsss. Hehe. Ye ye, aku Fail. Oh no. Nothing to be sad. Salah aku gak bajet bajet terrer je taknak khatamkan buku memandu tu. Aku baca dalam 40% je kut. Haha. Konon ah senang.  Sekali fail.  Masa mula nak test tu gabra gila nak mati ah. Sejuk je tangan aku. Berpeluh-peluh tangan. Nervous wey! Macam nak gi masuk dewan SPM gitu. Tsk Tsk. Tengok soalan memang kacang ah. Aku check balik dalam buku soalan2 tu, tengok jawapan betul je. Mana yang salah pun tak tahu. huhu sengal. Rasa nak gi Bakar je Pc kat sana tu :3

Masa mak aku ambil aku nak balik.. Masuk kereta je aku sengih-sengih. Mak aku time tu tengah makan. Lol

Me: Gagal. HAHAHAHA.
Mak: Gagal pun gelak ke?
Me: Mestilah. Untuk apa nak bersedih. Budak tadi dgn Ila tu kali 3 baru lulus. Takde hal la.
Mak: Hmmm yela. Berapa nak kena bayar?
Me: RM 30. Nanti orang bayar sendiri la. 
Mak: Yela, tengah banyak duit boleh la.

Hehehe. Cool tak aku boleh gelak gelak lagi. I won't give up~~ K naziela, jangan start nyanyi. Ha, mari siasat apa yang aku buat beberapa hari sebelum test PC tu.

Hari Sabtu hari tu kan.. Aku gi baca novel. Memang ah minggu lepas aku ada baca novel. Tapi novel tu 400 pages je kot tak silap aku. Novel Tajuk "Asam Pedas Untuk Dia" Hey! untuk dia~~Novel ni sangat comel ok. Try google sinopsis dia. Berair mata gak ah baca. Well baca novel sangat menghayati.. lol. Lepas aku dah habis baca novel APUD, Hari sabtu tu aku rasa tangan aku gatal-gatal, mata aku asyik jeling-jeling kat almari novel, Hati aku berkata ye, Otak aku kata jangan! Aku tewas jua akhirnya. Hahaha.  Tragis gila. Novel  dia setebal 1389. muka surat. Konon ah boleh baca dalam 2 hari je. Selalunnya memang boleh pun. Tapi aku busy pulak time tu(dan2 je). Hari Ahad pun aku habiskan masa layan AFF Suzuki. Malaysia Vs Thailand. Dah la seri! Kecewa ok. Rasa nak bunuh diri. Haha TAK :P


Cuba bandingkan novel dengan buku memandu tu. Haha. Memang bebal tahap apa ah aku ni. Benda yang nipis tu taknak baca. Novel yang tebal pun tak habis baca lagi. Bak kata pepatah, Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran. Sadis! Lepas berfikir sejenak. Kini aku insaf..... Jeng jeng jeng :)


Poyo tak aku? Hihi Kbai. Thanks for reading!

NzEmilia^^


Monday, November 29, 2010

You can't fight fate .

Assalamualaikum blogger ! 
*Nada excited xD

*Love this mug :)

Gila rindu nak blogging ! Haha . Dah la moderm steamyx kat rumah kena tukar dengan wireless . Kalau nak guna internet pakai la password . Memang aku tau la pulak kan apa password dia . Ni semua kerja abang2 aku yang dengki tengok aku online 24jam 1 hari . And , dorg kata , kalau nak tau password tu kena bayarkan bill internet . Guna wireless ni dah la mahal . Setiap bulan dorg nak mintak sorg RM50 . Kepala Hotak dia berjambul . Aku bukannya kerja macam dorg ! Bengong .  Siapa suruh gatal tukar wireless . Dasar pendengki ~ Haiyh . Nasib baik cuti ni boleh online lagi . Itu pun sebab kak Nazatul ada kat rumah . Guna la laptop DELL kesayangan dia dan celcom broadband ni . Bila kak naz balik  UITM , pandai2 la cari tempat utk online . Aku no hal je . Online guna phone pun jalan :D Kak Naziera tu nampak macam risau . Takut sangat terbengkalai projek farmville dia tu . Harktuii ! Boleh pulak dia fikir pasal tu . Ish , Takpe la . Tahun depan aku pun nak PMR . Agak senang jugak sebab tak hadap fb je . Masalahnya , nak ke aku hadap buku sekolah ? Kahkahkah . Alih2 , aku baca novel . Takpun tengok TV . Heeeee . 


Yeah , Wednesday 24 November . Hangout at WWM . Bowling with Izzat Haiqal and his cousin . Met Ainaa Dalila and her family at wangsa walk bowling . Also met Aimi Najihah and Khairunnisa . Watched Harry potter with Kak Naziera and her friends . Also with my friends , Aliff Asjad and Hilman Afiq . Ayish sit beside me at the cinemas :D 


Then , byeee ;p


Extras ; 
NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Monday, November 8, 2010

When nothing goes right, go left .

Assalamualaikum ;)

 I get out of my own way, let you have your way :)


When nothing goes right , go left . Kay , title nak bajet . Pdhl takde kaitan pun . Ngee , aku bru lepas bc novel 'Baju Pengatin Mak Andam' . Dlm 100 page jugak la . Sikit je tu . Aku bc lembab sikit sbb kat sekolah . Banyak gangguan . Novel 'Senafas Rindu' pun aku tak khatamkan lagi . Btw, Thank you kak Puteri Nur Izzati Binti Mohd Azman sbb bg kepercayaan utk iela pegang novel tu for awhile x) I love you la sistah ! 


Haa, Story plg hebat kat sekolah hari ni , Izzat tak sihat ! Gah , hebat ke ? Izzat bukannya artis pun . Tak femes mana . Takpe la . Mcamana pun dia layan aku , dia tetap kawan aku . Aiceh , apehal aku ni . Selenga ! Heeee . Kesian Izzat Haiqal bin Shahimi ni . Tgh solat asar , tertumbang rakaat pertama . Hm , lpas perhimpunan , satu benda je aku igt . Nak tuju ke Izzat . Yeah , IZZAT ! Sampai kat pondok aku tgk muka dia tak seceria selalu . Awat cek ? Dia kata dia demam . oh, ptt lah . Tpi asal la sampai tumbang ? Faiq pegy kata Izzat kena sawan . Ni lagi la mulut celupar mintak menampar . Haha . And sorry Izzat . Aku tak boleh tunaikan permintaan kau utk beli air . Mak aku ambik awal la pulak hari ni . Kau pun satu , mintak aku beli air sampai ke 7Eleven . Banyak cikadak lagi dah tak sihat tu . Minum jea air refill ! Heheh . Esok kita pegy 7Eleven sama-sama ye ? :D Rindu pulak nak lepak dgn kau . Lalalala . Mengarut dah aku ni . Kay , tu jea kot. Mls nak taip panjang2 .  ta-ta .


NazielaEmiliaSuhaimi ^^



Sunday, October 3, 2010

Percaya Ada Cinta :)

Assalamualaikum ! ^^ klau org tye, "title post kali ni tak boleh gempak lagi ?" ohhh, nak lagi gempak ? lain kali aku buat. hehe. Title post tu aku ambik sempena anniversary aku yg ke-4 . eh, tak psl2. tipu je, anniversary pale mu. Manadee ! :p Tu title novel yg aku baru baca daaa. Best gila ! Smlm hari sabtu, waktu petang smpai ke 5 pagi(ahad) aku menghabiskan masa baca novel ni. Tapi stop2 laa. gila klau tak stop ! Makan penampor jepun karang.


Sinopsis,


Berada didalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafiya menderita. Diri seolah dinafikan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.


Entah apa silapnya sehingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan kemana-mana!


Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafiya yang sengaja mengasingkan diri , tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutan tetap terserlah. Namun, bila harapn itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.


Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahaga itu sememangnya tidak tercipta untuknya ?

Woow, pecah rekod bacaan novel ku. sehari je aku abiskan. tak smpai 24 pun. Yelaa, bukan da buat pape. Cik Abang tu pun entah ke mana. sehari tak dgr berita. Rindu pulak. Wahh, true statement. Haha.  Menangis jugak aku bc novel ni. punya feeling , smpai aku lari naik bilik.   Satu bab plg tak tahan waktu hari pernikahan wafiya. Arsyad buat sesuatu luar dari jangkaan. Dia meletakkan tangan kanannya dikepala wafiya setelah sah ijab dan kabul.


"Wahai isteriku Wafiya Munirah,
Hari ini bersaksikan hadirin semua, izinkan suamimu ini menyampaikan sedikit kata-kata yang mungkin berguna untuk kita dalam melayari kehiduan rumah tangga kelak.


Wafiya Munirah,
Jadilah isteriku yang taat. Jagalah kehormatanmu sebagai seorang isteri ke mana sahaja kakimu melangkah. Janganlah sesekali membelakangiku dalam membuat keputusan, kerana kita bakal berkongsi hidup bersama. Taatlah padaku selagi aku tidak membawa dirimu kearah kesesatann dan kekufuran.


Wafiya Munirh isteriku,
Apa yang ada pada diriku hari ni, terimalah seadanya. Aku juga akan menerima dirimu walaupun mungkin ada kecacatan, kerana aku sedar, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. Andai suatu hari nanti diriku ditimpa kesusahan, bersiap sedialah sentisa disisiku kerana dirimu amat kuperlukan. Dalam sakit, susah dan senang, biar kita hadapinya bersama. Perkahwinan ini kuharap akan membawa kita bertemu Yang Maha PENCIPTA di sana. Kau isteriku dunia dan akhirat. Semoga ALLAH merahmati kehidupan kita yang baru bermula ini"


Ada siapa nangis ? HAHA. Well, novel. Last , gerenti happy ending punya! hehe. Sweet gila novel ni. Nak je aku baca balik semula XD Dah la. Byee korang. Jangan lupa try baca novel ni ! :D


NazielaEmiliaSuhaimi ^^



Friday, August 27, 2010

Diari seorang isteri

"Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Sunday, July 11, 2010

Novel :D

fuh, skrg ni aku dlm proses utk khatam kan novel Saksi Cinta. enth pape lah aku tb tbe je minat novel ni. Naziera Murnie punya angkara lah! haish. novel yang plg aku suka, Bebunga Kasih ! seriously, awesome :D

uhm. Novel Bebunga Kasih. aku suka ayat ni.

"He's the only one who always has the smile to share, time to spare and love to offer."

kalau Novel Saksi Cinta ni bru sprh aku bce. huhu.  aku suka satu ayat dlm novel ni.

"Hidup ni akan memberi seribu alasan untuk kita bersedih. Tapi, Allah sebenarnya telah memberi kehidupan dengan berpuluh ribu alasan untuk kita tersenyum."





yeah, aku sokong gila! HAHA. abis la, aku dah terpengaruh dgn novel. mcm mcm ayat kluar karang x)

iela (: