Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.
Showing posts with label For fun. Show all posts
Showing posts with label For fun. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Naziela gila

Assalamualaikum!

Holla holli ku beri nama cik kebum cik kebum. Ok. Ini trademark Johan RL. Hehe. Sila anggap saya gila sekarang ni kerana jarum jam menunjukkan 2:45 pagi waktu Malaysia. Gila tak gila padahal dah berpanas gulung roti jala untuk tahlil kat surau tu, waktu macam ni pun tak reti tidur. Well acah la masa gulung roti jala tadi tu ngantuk. Aku pun dengan kepoyonya bedal Nescafe Rich 3 in 1. Dan2 la pulak teringat mamat kat iklan nescafe tu. Cair ok.





"Just a regular guy." dalam erti kata lain "Hanya lelaki biasa." Mehehehe. Mula mula tengok this iklan, khusyuk habis sebab that guy memang Hot gitu. "Hanya lelaki biasa" tang mana pun cek tak tau la. First mesti dia kaya sebab dia bos en. Baju smart, muka suci, kulit licin bagai. Habaq kat cek mana yang biasanya!?!?!?!?!? Ehhh terEmo.

Ok tadi en aku on twitter. Lepas tu ada la kes couple gaduh. Aku kan minah busybody, so aku jalankan misi menStalk orang. Tapi hari ni aku macam baik sikit la sebab sebelum stalk orang tu, aku tweet mintak izin. Tak  pernah lagi kot orang nak stalk pergi mintak izin. Kehkehkeh. Tweet orang gaduh memang kelakar la cerita dia. Marah ye ye en. Aku gelak pun dah serupa macam syaitan yang menghembus api kemarahan kat dorang kot? Hihi. Then bila baca tweet tu aku rasa macam "Ahhhh lelaki memang begitu." siap ada soundtrack tetiba, "Lelakiiii tak guuuuuuunaaa"~ Hahaha.

Disebabkan aku takde kerja (walhal Kerja kursus addmath tak sentuh lagi), aku google la pasal lelaki. Aku dengan tekunnya mencari maklumat cehceh. Aduhaiii lagi buat aku terkekehkekeh ketawa. Ketawa orang beriman katanya! 


"Jangan lukakan hati lelaki kerana mereka akan ingat sampai bila-bila. Lelaki sebenarnya lebih emosi daripada kita. Lelaki kalau sudah sayang, susah bagi mereka mahu melepaskan kamu. Mereka akan benar-benar terguris rasa. Melainkan kamu bernasib malang bertemu lelaki si buaya darat."

Please ah gelak kerana aku rasa ini sungguh kelakar. Bangang tahap dewa pun ada gak. "Kalau dah sayang susah nak lepaskan" Ingat cerita novel ke hapa!?  Lelaki macam tu one in a million la sakai! Ayat last dia pun pedih je. "Melainkan kamu bernasib malang." Sumpah nak kena doh writer dia ni. Jumpa kat parking lot! Wakaka.

Ok sorry saya gila. Salam rindu Ehh :D


NzEmilia :3



Friday, January 4, 2013

Zaman dulu, aku dan kini

Assalamualaikum.

Dulu aku sendiri, kini masih sendiri.. 
Hadapi hidup ini. Susah senang diriku, tak bertempat mengadu. 
Seperti burung kepatahan sayap. Dihati kecil, ku menaruh harapan~~~

Lagu tu memang best. Tapi takde kaitan pun dengan entry kali ni. Hehe Time letak title tu, teringat pulak lagu Menaruh harapan. Terus pasang kat youtube. Mehehe.

Okay, firstly aku suka bagitahu mana aku dapat Idea untuk buat setiap entry tu kan. So kali ni aku dapat Idea sebab aku terfikir pasal keadaan dulu dan kini.




Zaman Kini
Masa first day sekolah... Aku nampak ada mak ayah yang tunggu anak dia naik kelas. Heyyy sexy lady~~ Kalau darjah satu mungkin la aku boleh terima lagi. Ni masalahnya tingkatan satu hoi!!! Ada la 4 5 orang parents tunggu. Alahaiii, manjakan anak pun lek ah. Kasi la anak tu berdikari sikit. Takkan semua nak parents buat je kan? 

Zaman Aku
Kalau nak diingatkan.. Masa aku tadika kemas dulu.. Mak hantar macam tu je. Takde la sampai nak tunggu.. nak tengok aku buat apa. Masa aku tadika tu ada budak gi meronta ronta nak balik. Goncang2 pagar tadika. Aku usha je. Dalam hati kata "Asal la dia tu. Rumah dia bukan lari mana pun." Oh pandainya aku dulu. Kecik kecik dah berfikiran positif. Kehkeh.

Zaman Dulu
Hmm.. Zaman mak ayah kita dulu pergi sekolah sendiri je. Jalan kaki.. Pengangkutan memang kurang. Kalau adik beradik ramai pun susah jugak. Jadi sah2 la Atuk nenek kita tak tunggu parents kita macam mak ayah skrg buat tu kan? :)


Zaman Kini
Sekarang majoriti ada pembantu rumah. Bila rasa malas boleh mintak pembantu rumah Ironkan baju sekolah, Basuhkan Kasut sekolah. Tak pun memang dari dulu lagi maid yang buatkan semua kerja tu. Kan kan. 

Zaman Aku
Malas la nak membangga diri. Tapi aku dari 6 tahun mak dah suruh iron baju sendiri. Aicheh. Well, I'm proud of myself. Even aku anak bongsu en. Siapa kata anak bongsu manja? Not really ok :P Ada sekali dua je mak aku rajin Ironkan baju. Tu pun masa darjah 5/6 sebab aku keletihan disekolah. Hehe Baik kan mak saya :D

Zaman Dulu
Bila aku cakap kat mak "Malas ah nak gosok baju -..-'" Mak aku akan jawab "Org dulu guna Arang je." Takpun dia perli "Macamlah nak kena bakar arang.." Yezza. Orang dulu pakai ARANG untuk iron baju. Dah la takleh kawal suhu. Kalau panas sangat, hanguslah baju sekolah tu. Nak tak nak still kena pakai jugak..


Zaman Kini
Siapa yang ada boypreng or girlpreng sekarang ni kebanyakkannya mak ayah tahu. Siap bawak jumpa parents. Dah macam perkenalkan bakal suami/isteri gitu.. Mak ayah pun percayakan anak dia. So kasi kebebasan sepenuhnya. Lepas tu terlanjur. Kalau terlanjur cinta tu takpe lagi. Ni terlanjur benda lain. Haaaa tak tahu Nyah :3

Zaman Aku
Ehhhh? No comment. Haha. 

Zaman Dulu 
Hoi zaman dulu mak ayah strict. No this and this. Mau kena tibai kalau dapat tahu anak dia bercinta cintun masa sekolah. Ingat lagi masa aku 5 tahun dulu. Yela dulu, takkan sekarang kot. Hehe. Masa tengahari mak selalu keluar ambik kakak dari sekolah. Aku tinggal kat rumah bersama abang sulung. Disebabkan aku masih kanak kanak ribena, Aku seorang yang penakut. Mak arahkan aku gi duduk dalam bilik abang. Aku on je. So banyak hari la aku duduk dalam bilik dia. Abang aku lepas balik sekolah Zzzz je kerja dia. Tak pun dia ponteng sekolah Zzzzz. Ada satu hari tu aku boring gila. Aku pergi usha barang barang dia. And and.. Aku jumpa gambar perempuan. Aku macam "Anak sapa la ni. Tak kenal pun." Wakaka. Mak aku balik je terus aku berlari anak turun dari tangga. "Mak, gambar siapa ni?!" Lepas tu aku tak ingat apa jadi. Hahaha. Aku cuma tak ingat reaksi mak aku je. Bila malam lepas dinner tu Abah panggil abang. Aku dah cuak kebebeh dah. Cabut!! Nyorok dalam bilik mak la. Dengar abah tanya siapa dalam gambar tu. Sekali "Zussss!" (Okay, aku tak reti buat sound effect kalau taip. haha) Terkejut en! Time tu aku rasa sebersalah ah bila tengok Abang aku kena tali pinggang. Time tu je, kalau sekarang kena... Aku tersenyum bahagia. Hikhik. I'm a good sister and I know it :')


Okayyy Ini baru 3 contoh. Apa yang aku post ni majoriti la. Mengikut keadaan skrg. Aku tak kata semua macam tu. And people change. So so so mari bersyukur atas nikmat yang diberi. hihi :p

NzEmilia^^

Thursday, December 20, 2012

Lepaking!

Peace!



Ye saya lagi~~ Hehe. Saje je gedik nak membanyakkan entry. Lek ah bukan kena bayar pun kalau nak publish. Ok. Let me story morry pasal semalam. Awesome wey aku main bowling dua game! Yay man!! Lepas gian nak main bowling. Thanks Wan(dalam gambar) sebab ajak lepak kat WWM. 

Okay, kami hanya berenam. Ye. Enam je. Aku, Wan, Matre, Idin kecik, Syahmi and Faiq. Sebenarnya ada Izzat and Farisha. Cuma tu la.. Dorang gi dating. Hehe. So, aku pun dating gak ah dengan mamat 5 orang tu. Nampak tak player gila~ Okay, dua game yang kiteorang main tu kan, aku selalu lead. Haha. bangga ni, Abang abang macho kat belakang. Last last tak menang gak aku ni. Cis, First game syahmi menang. Second game Aku and faiq seri. 90. Kalau kat screen tunjuk Matre menang. Padahal salah kira. Dari 75 tetiba tukar 93. Pun boleh. Matre dah bangga dia menang. Hakikatnya tidak ye. Sekian. Haha



Lepas Bowling, kami gi tengok wayang! Hobbit :3 Okay cerita dia best. Cumaaa... 40 minit pertama tu slow gila. Aku macam "HOI CEPATLAH! Aku keluar kang!" Haaaa. Nasib baik cerita dia nak dekat 3 jam. Jadi makanan sejuk beku lah kami dalam cinema tu. hehe Cerita dia adventure gila. Main serang serang. Ngeri gak ok. Aku dengan faiq asyik terkejut je. Haha suspender gila. 

Then kami gi makan kat food court. Aku suruh dorang gi solat. tapi hampeh. Matre, Idin and Syahmi je pergi solat. Wan dah lapar. Dia kata dia Jamak. Suka suka dia je. haha. Masa kat food court Faiq baru perasan dompet dia hilang. Ok. Tercicir mungkin masa dalam panggung wayang tu. Dia pun gi la cari balik. But tak jumpa. Terus aku kata "Haaa tu la tak gi solat lagi. Allah tunjuk la ni jugak. Jangan main main" Dah la banyak gila ok isi dalam tu. IC, duit bagai. Fuhhh nasib la jang. Masa kat food court tu lama gak kami lepak. borak borak gitu. Then teman Wan gi beli A&W. Balik!!! :3

Ha tu la cerita dia. K bai. Esok ambik buku teks kat sekolah :) Rindu sekolah. Puihhh! Sabtu Ahad, Melaka hoi! InsyaAllah.

Extras;


NzEmilia^^

Wednesday, December 12, 2012

I won't give up !

Assalamualaikum, Hi there :)

Nak tengok something dok? Meh sini meh..


Taraaaaa! Tengok tu tengok. Aku dah graduate. oh sungguh bajet aku menggayakan Jubah Konvo UiTM itu. Takpe la sekali sekala pakai.. Ambil berkat katanya. Tahu ah korang jealous. Puihh puihh. And yeah. Congrats for My sister, Nazatul Zulaika Bt Suhaimi, 21 Tahun. Tak kahwin lagi. Dia tengah tunggu Bakal Imam dia, Ayah kepada anak anak buah aku. Hahaha. Apa aku mengarut ni. Maaf Kak :P Oh, Dia selamat ber'Konvo' pada 3 haribulan 12, 2012. Diploma in Business Studies kat UiTM Lendu, Melaka nun. wink wink. K sudah cukup sudah.

❄  ❄  ❄  ❄ 

Eh eh Nak tengok perbezaan muka aku masa 12 tahun and sekarang tak? Baik cakap Nak!!! 


There you go...  Huduhnya muka DALAM IC ni. Hukhuk. In Reality sangat lawa la maksud aku :D Yang masa 12 tahun tu pipi aku tembam bak datang ah. Time tu gak rasa nak gi tukar gambar lain. Tapi nak buat macamana. Aku redha :p Oh reason aku buat Ic baru ni sebab Ic lama punya chipsmore dia dah rosak. Tau tak Chipsmore tu apa? Alaaa, Yang macam peta2 kat Ic tu. yang warna emas tu. kan kan. Haa, tipu ah. Chipsmore tu chipsmore ah. Yang emas tu nama dia Chips je. Hehe. Ada sesiapa terpedaya tak? Ok, Takde Fine.

So lepas buat Ic baru ni aku pun bersemangat ah nak gi test computer. Aku gi test semalam. 11/12/12. Senanya aku nak test hari ni sebab tarikh dia pun cantik je 12/12/12. Hajat aku tak kesampaian. Ceh ceh. Mungkin sebab tu kot aku FAIL test computer. Opsss. Hehe. Ye ye, aku Fail. Oh no. Nothing to be sad. Salah aku gak bajet bajet terrer je taknak khatamkan buku memandu tu. Aku baca dalam 40% je kut. Haha. Konon ah senang.  Sekali fail.  Masa mula nak test tu gabra gila nak mati ah. Sejuk je tangan aku. Berpeluh-peluh tangan. Nervous wey! Macam nak gi masuk dewan SPM gitu. Tsk Tsk. Tengok soalan memang kacang ah. Aku check balik dalam buku soalan2 tu, tengok jawapan betul je. Mana yang salah pun tak tahu. huhu sengal. Rasa nak gi Bakar je Pc kat sana tu :3

Masa mak aku ambil aku nak balik.. Masuk kereta je aku sengih-sengih. Mak aku time tu tengah makan. Lol

Me: Gagal. HAHAHAHA.
Mak: Gagal pun gelak ke?
Me: Mestilah. Untuk apa nak bersedih. Budak tadi dgn Ila tu kali 3 baru lulus. Takde hal la.
Mak: Hmmm yela. Berapa nak kena bayar?
Me: RM 30. Nanti orang bayar sendiri la. 
Mak: Yela, tengah banyak duit boleh la.

Hehehe. Cool tak aku boleh gelak gelak lagi. I won't give up~~ K naziela, jangan start nyanyi. Ha, mari siasat apa yang aku buat beberapa hari sebelum test PC tu.

Hari Sabtu hari tu kan.. Aku gi baca novel. Memang ah minggu lepas aku ada baca novel. Tapi novel tu 400 pages je kot tak silap aku. Novel Tajuk "Asam Pedas Untuk Dia" Hey! untuk dia~~Novel ni sangat comel ok. Try google sinopsis dia. Berair mata gak ah baca. Well baca novel sangat menghayati.. lol. Lepas aku dah habis baca novel APUD, Hari sabtu tu aku rasa tangan aku gatal-gatal, mata aku asyik jeling-jeling kat almari novel, Hati aku berkata ye, Otak aku kata jangan! Aku tewas jua akhirnya. Hahaha.  Tragis gila. Novel  dia setebal 1389. muka surat. Konon ah boleh baca dalam 2 hari je. Selalunnya memang boleh pun. Tapi aku busy pulak time tu(dan2 je). Hari Ahad pun aku habiskan masa layan AFF Suzuki. Malaysia Vs Thailand. Dah la seri! Kecewa ok. Rasa nak bunuh diri. Haha TAK :P


Cuba bandingkan novel dengan buku memandu tu. Haha. Memang bebal tahap apa ah aku ni. Benda yang nipis tu taknak baca. Novel yang tebal pun tak habis baca lagi. Bak kata pepatah, Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran. Sadis! Lepas berfikir sejenak. Kini aku insaf..... Jeng jeng jeng :)


Poyo tak aku? Hihi Kbai. Thanks for reading!

NzEmilia^^


Thursday, November 29, 2012

Hola

Haii Assalamualaikum ^^




Ni kita tgh rajin nk update blog ni. Ditemani angin kipas dan air cond.. Hujan renyai renyai..Dengar bunyi katak, cengkerik dan sebagainya.. Pasang lagu..Husshh feeling baik punya! 

Hari selasa hari tuu kan Aku telah selesaikan mission membeli baju sekolah. Zzzz  awal gila aku beli. Bukan sebab aku semangat gila nak mati masuk Form 5 tu, tapi sebab mak aku yang ajak beli. Dari dengar bebelan dia tu plus menambahkn dosa aku kerna tidak patuh perintah dia, ku akur jua. Ceh ceh. bajet patuh selalu~

Aku baru ada Schoolarship a.k.a biasiswa. Saje je nak ayat gempak sikit, so guna la schoolarship . hikhik gedik. Oleh itu, mak aku dengan selambernya suruh aku keluarkan duit RM 500. Banyak en en. Okay, jangan buruk sangka terhadap apa yang mak saya suruh tu ye. Duit guna RM 200 je. Lagi RM 300 masuk Acc bank aku ah. Masyukk. Kayo den. Terima kasih kerajaan. Kehkeh.

Nak dijadikan cerita.. Lepas keluarkan duit, aku and mak aku gi giant. Gi one stop ah. Beli dua baju, satu kain, satu tudung. Total dia RM 124.6 Haha. Gila. Baju Canggih sehelai RM 34.90. Kain Canggih RM 39.90. Wey, kain sekolah pun dah 40 ringgit. Aku tambah sepuluh ringgit lagi boleh beli baju kurung raya! Kasut and beg dah beli dah before tu kat selayang mall. Kira semua nak RM 200 jugak la. Belum beli buku sekolah lagi. And I was like.. Banyak guna duit ah sekolah ni. Dah tak yah sekolah! Hehe. Oh tidak.

Eh eh Masa aku gi bank nk keluarkan duit tu kan.. Ada la pakcik and makcik ni datang kaunter sebelah aku. Dia nak keluarkan duit RM 2K tapi tk bwk buku bank. Zzzz. Kad bank pun takde. Lepas tu aku pasang ah telinga. Hish, akak tu kata takboleh. Pakcik tu nak dia betul je. Dia kata "Bolehlah. Pergi tanya pengawai bank." Aku menyirap je dgn pakcik tu sbb lama gila wey dia bertekak. Wife dia kata takpe la boleh keluar kat acc lain. Tapi pakcik tu taknak kalah gak. Ego gila la. Wife dia geleng2 kepala ja. Haha. Bila aku dah settle ambik duit.. lepas tu masuk kan duit kat mesin.. Tengok dorang tak settle lagi. Akak kaunter siap kena berdiri. Kesian melayan kerenah mereka. 



YOU YOU YOU!

Moral of this story, please ah jangan nak susahkan orang lain. Bila pakcik tu dah lama kat kaunter tu, membuatkan nombor giliran jadi lambat. Lepas tu menyusahkan akak kaunter tu nak check data semua. Buat kecoh lagi. Kalau kita tak susahkan orang, InsyaAllah orang takkan susahkan urusan kita. Tapi bila orang mintak tolong, kita kena la tolong. So, renung renungkan eh? Peace.

NzEmilia ^^

Sunday, September 30, 2012

Pantang Larang. Apa motif?


Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat danbudaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.


Pantang larangSebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anakBagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluanUntuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisulSupaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orangLarangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangisini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

Sumber: Cik Wiki :) 


Assalamualaikum. Betul ke kalau duduk depan pintu rumah nanti takde orang pinang? Ye, jom kita bincang mengenai Pantang Larang. Ni kes dgr cerita Sir Shiva la -__- Cerita bermula bila dia cakap mengenai sejarah. Orang dulu tak kasi anak dara duduk depan pintu rumah sebab sultan2 dulu tak boleh tgk anak dara.  Nanti dia bawak balik Istana naya je. Harap anda faham apa yang bakal terjadi. Huahua. Sultan dulu gatal bukan main. Lepas tu buat perempuan tu jadi gundik.  Hang tau tak gundik tu apa? tak tahu? Sejarah belajar tak ni? Mehehe. Dia nak anak dara je. Mak dara sorry okay. Tak main ah. Mengikut pengetahuan tambahan aku, org kata tak boleh ddk dpn pintu sebab pintu kan tempat orang keluar masuk.   Jadi, anda telah menghalang laluan orang lain. Then, Sila blah! :3

And terus sir cerita pasal pantang larang orang melayu. Anak dara jgn nyanyi ms tgh masak sebab.... Nanti air liur terpercik kat makanan. Tak pasal2 orang lain makan. Perisa tambahan la kalau mcm tu. Ehh? OhMyGucci Geli nyah. Plus, Air liur tu memberi kesan kepada badan. Mana tau ada penyakit. Kena penyakit berjangkit kang! Kecuali la kalau korang nyanyi suara sedap mcm aku takpe jugak. Hahaha :P K takde kaitan

Sir ada bagitau "Jangan memotong kuku waktu senja" Ye, dulu manada bekalan elektrik. Kut2 tengah potong nanti terpotong kulit. Hewhew. Malam berdarah pulak jadinya. Pantang larang juga ada kata "Jangan menyiarap lepas tu angkat kaki ke atas, nanti mak mati" Ini dapat dijelaskan bila korang menyiarap dan angkat kaki lepas tu mak hang lalu bila hang nak turunkan kaki. Mahu tersadung mak hang. Pandai2 la hang imagine okay. 

Secara konklusinya, nenek moyang buat pantang larang ni untuk mendidik kita-kita ke arah yang lebih baik ye adik adik. Ada betul dan logiknya pantang larang ni. Jadi, Renung2kan dan selamat beramal :) Peace yo !


NzEmilia^^

Monday, October 17, 2011

Puppet oh puppet .


Ini puppet saya :)

Assalamualaikum readers :)
PUPPET , apa itu puppet ? Mari saya bgtau . Pegi kat google , taip lah PUPPET ye ? Haha . *Langsi :p Puppet tu sejenis anak patung . Yeye je kan aku describe dia . Kira lebih kurang la tu . Alahh , takkan korang tak pernah tgk puppet show kot . So lame -,- 

Tadi kat sekolah , kiteorang form 3 buat puppet . Jahit2 . Sorry to say la . Budak kelas nilam perempuan , ramai takreti jahit . btw ,tak pelik lah zaman skrg ni  perempuan tak reti jahit walaupun benda basic je . Nasib baik aku reti . Berkat abang2 asyik srh jahit seluar dorang yang koyak tu . Hahaha xP 

Kiteorang belajar buat puppet ni daripada Kak Ann . Tapi kiteorang pggl dia and kawan2 dia Cikgu :) Weheee . Dorang ni pelajar UIAM . Maybe kawan2 cikgu Zehan . I think so . Kalau korang nak tgk puppet2 yang cute buatan kak ann , korang lawat la blog dia eh ? *Cewahh , bkn main aku promote . 

Okay , tu je la kot . Cikgu kata esok ada aktiviti best . Masakkk kononnya kita di rimba . Wahwahwah . Menarik untuk ditonton . Haha . Harap2 la best . Excited nyahh x) . Till then , Boboiboyy :D

NzEmilia^^

Sunday, November 7, 2010

Experience is the best thing ever !

Assalamualaikum ya habibi ya maulana ! ;D 
*well , sakit jiwa xD

Dipagi yg indah , 1:44 am . Aku bru lps click link blog kakak tersayang . *ayat agak geli . tapi takpe la. kay , dia cerita psl drive kereta Myvi 3 kali . Fine la ! Aku drive sekali ? dua la macha ! Eleh , kau bwk kat tapak kosong je . 04/11/2010, Aku drive kereta tu dari taman riana ukay sampai rumah . Tidak ku menjealousi mu memdrive sbyk 3 kali ttpi tetap tak terrer ;p Haha . Hambek kau !

And , dia telah menyatakan bhwa aku punca masalah dia ssh nak pusing bila bwk moto . Ngeng la kau . Pdhal takut tau ;p  Dia takut sbb pernah langgar tong sampah rumah jiran ! Haha . Nah , ku bocorkan rahsia mu sistah ! Gurau dgn aku tak bertempat lagi . Cubit pipi tu karang ! 

Ceh , ambik lesen ? Akan ku doa kan kau berjaya . Dating pulak kau fikir ? fikir la supaya senang nak ulang alik pgy U . Ish , kakak sape lah ni ? hehe . Beli kereta , seat biar tinggi sikit ye dik ? nnti kau kena perli dgn abang lagi , 'kereta tu bergerak sendiri ' . Pedas doh . tak terpanah kat kau ? Haha . Gurau je ADIK ! Abang kau tu pun bukan nya tinggi mana ,abangngah lagi tinggi :D

p/s : kepada kakakku Nazatul Zulaika yang buat tuduhan tidak berasas atas rasa tidak puas hati sebab kiteorg dpt belajar drive kereta dulu , Insaflah ! Pesanan tulus ikhlas drpa adik mu , Naziela Emilia yg lebih comel dri Naziera Murnie . Bhahaha xD

NazielaEmiliaSuhaimi ^^



Friday, November 5, 2010

Favourite hello , hardest goodbye .

Assalamualaikum brother and sistah ! ;)

Thanks to Najwa Amani . ILalalaloveyou . Nice video . Love this song . 
p/s : three of me . hoho . i look cute in this video ? yeah . I know ! Haha ;p

Argh , Scream and shout : School holidays so damn bored ! Sleep , bath , online , solat , online , helps my mom , online , eats , online . So many time ONLINE ! Face to facebook everyday getting bored . I feel like stupid you know ? Sign in , sign out , sign in sign out . Haa , lucky me . While online , I watched lestary asmara episode by episode on TV3 online . Its make me feel better . Uh ,  2 weeks more . I gonna miss them . And I can't wait for the last day . I'll become a camera woman ! woots , woots . I hope that cikgu zalina will allow us to bring all barang terlarang xD If we are not allowed , belasah jea . Like we care huh ? Stupidooo . Heee . Okay , yesterday i watched video on  my junior facebook,  Raja Amirah . She will move from SMKLK next year . Not only her , but Ainaa and others . I repeated again , I gonna miss them ! Duh, surely i'll cry on the last day of school 2010 . Korang,, please don't go :'(( 


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Saturday, October 30, 2010

Oii. mana kau ?!

Assalamualaikum. 


Kau kat mana ha ? penat aku fikir. kalau sesat, call la pape pun. Jangan buat aku merana wey. aku rs, aku bru je gunakan kau hari khamis 18/10/2010. aku tak igt aku tgglkan kau dkt mana. dah la kau menghilang bersama si dia. aku perlukan kau saat ni. munculkan diri kau wahai Pendrive !!!
Kau amat berguna. 4GB. banyak boleh isi. cis, tpi kau dkt mana skrg ?  Haihh, serious aku lupa aku letak kau kat mana. last aku guna ms upload gmba utk blog aku ni, hari khamis. Dah la aku sngkut kau dgn kunci rumah pelbagai jenis. Risau aku dibuatnya. kot pun org nak curi kau, curi lah. aku nak blk kunci rumah ! Tak psl2 rumah aku kena pecah masuk. Jauhkan lah. Tapi aku yakin, kau still ada dlm rumah ni sbb aku tak bwk kau kluar pun kan ? Ohh, tolong lah pulang ke pangkuan ku. Kau buat aku nangis je tau (T.T)


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

History of phone :)

Assalamualaikum :)


okay, aku telah menyuarakan hasrat utk membeli fon baru kat mak aku. Wahh, Green Light babe ! Eleh, itu pun sebab aku kata nak guna duit sendiri. Kalau tak, hampeh je kot. Aku dah lama berhasrat nak beli fon baru. tpi tunggu duit dah mencecah seribu dulu. Akhirnya, tahun ni keseluruhan duit aku dlm seribu lebih. aku kumpul dari darjah empat. Mak aku punya idea la, srh buat buku bank. so on, 1 dec 2006. Buat buku bank BSN. Kak Naziera pun buat jugak. Time tu lps raya, byk la duit. hehe. First, masukkan duit RM120 je. Itu pun dah kira byk la. Second, 19 Nov 2007 bank in RM 300. tu la jumlah yg plg byk aku mskkan. 2008 bank in lagi. 2009 dua kali bank in. 2910 pun dua kali, Apr and Jun. Adalah RM 940. Kat tgn aku ada RM 150. Hmm, aku bukannya nak beli fon beribu-ribu pun. aku kumpul duit tu utk backup je. Alah, stkat fon RM 500 pun dah okay la.

  
Motorola C261
Apa sebab nak tukar ? Haiyh, fon ni mempunyai masalah yang teramatlah rumit. Smpai aku selalu kena marah dgn mak aku. yelah, bila mak aku call asyik tak dpt. hek, pdhl fon tu on. aku bukan offkan pun. Tak ke sengal ? Fon ni ikut mood dia je. Sakit jiwa aku melayan dia. Sehari mesti kena charge. Batteri cpt kong. Takpe la, lagi pun dah lama aku pkai fon tu. dari darjah 5 - akhir tahun. aku dpt fon ni pun atas belas kasihan abah. hehe. actually fon aku ni la yg plg gempak dlm family dulu. ada camera, boleh online facebook, myspace. Abang, abangngah, abangchik, kakak, mak, abah. dorg semua pakai fon nokia biasa yg agak kuno tu. kak naziera pkai motorola. fuh, abah aku beli fon ni utk diri dia sendiri sbnrnya. tpi tak reti guna. so, aku lah yg guna. Disebabkan itu,  suara ketidak puas hati seorang kakak bergema. Eh, DUA orang kakak. 'fon tu spttnya bagi aku!'-kak nazatul,, 'alaahh, fon pinjam! tgk aku, fon beli sendiri.',-kak naziera. Ohh, mereka cemburu. Hahahaha. kdg2 mak aku pun join dorg gak. buat sakit hati je. 

Dah tiga tahun aku guna fon ni, selalu jatuh. tak terkira. tapi hebat kot fon ni. jatuh tak pecah or tecabut mana2. Satu benda aku tak suka psl fon ni. Msg tak boleh lebih dari 124. Klau dah full, mula la vibrates and kluar kat screen "INBOX FULL". Sayang gila nak delete msg2 yang sweet plus comel2. Tpi, aku terpaksa. Kalau tak, msg lain tak boleh msuk. Oh,, Sengalnyaa.

Dulu fon aku la plg gempak dlm family..  skrg tak lagi. Mak aku dah tukar fon, abah, kak naziera, kak nazatul, dorg ada dua fon. Abang pkai fon sony yg slide. Abangngah Blackberry -,-. Abangchik nokia jugak. canggih je semua. Ohh, kejamnya mereka. Tpi tak pe la. aku kira untung, darjah 5 pakai fon. Abang2 aku dlu, dah abis SPM pun blm tentu dpt fon. klau dpt pun, duit sendiri. Alahaii, kesian. 

 
LG Maxis KU320
Tahun ni,, aku dpt lagi fon dari abah. Yea, sungguh tak adil. fon ni secondhand je. baru pkai sebulan, dah rosak. lagi2 dpt dkt aku. Bhaha. fon ni best la jugak. bole dgr lagu dan segala macam. Tak mcm fon motorola, tk bole dgr lagu. motorola tidak ku pinggirkan. aku ada dua sim card. so, dua-dua aku guna. Adil dan saksama. Lps fon LG ni hampeh, aku biar kan je buat perhiasan kat rumah ni. Uh, New phone coming :D

NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Saturday, October 23, 2010

Coming soon ;)

Assalamualaikum blogwalker :)
*Exam ! 

Title : The Finale  
Part : All Subject
Date : 25th October - 2nd November 2010
Held at : SMK Lembah Keramat Kuala Lumpur
Ticket price : Free 
Age : only 13 and 14 years old are allowed 
Time : Limit !


Hope everyone enjoy it ! Haha. Good luck To all my friends and juniors. I Love you all. Do the best. Chaiyok chaiyok ! Lets go to war. With the knowledge and skills that we have, we will win this war. InsyaALLAH :) Practice make perfect ! Yeahh, Studying ! *I'm not x) Haha


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

Monday, August 30, 2010

Merdeka !

Merdeka ! merdeka ! merdeka ! Eh, relax dulu. Blum 31 ogos maa xD
Sje je, boring ni. Tunggu sahur. Tdi tertido dlm pkl 10.00pm kot , bgn pkl 12.00. Cett, online la. tak tahu nak buat apa. bukan boleh tidur blk pun :p
Okay,Tak tahu dah. Byeee :D

Thursday, August 19, 2010

beautiful life.

Pada suatu hari di sekolah. Seorang murid bertanya gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.


Pelajar ; Cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? mcm mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu ; okay, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangan nya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?


Pelajar ; Tadi saya jln, saya carilah rumput yang paling cantik. Mmg ada banyak yang cantik tpi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. Tapi, smpai di penghujung pdang, saya tak jmpa pun yang paling cantik. Mungkin ada dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tpi dah cikgu ckp tak boleh menoleh kebelakang semula. Jdi, tiadalah rumput yang boleh saya petik.
Cikgu ; ya. itu lah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yang kita sayang, jangan lah mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang ada didepan kita sebaik-baik nya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.


Sekian. Wassalam (:

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Assalammualaikum ya Ahli kubur! Eh, silap. Assalammualaikum ya Ahli pembaca blog ku yang tersayang ^^
Alhamdulillah, dah 5 hari selamat kita berpuasa. Buat masa ni tak da masalah lah. Syukran! ;p
Yeah, hari kelima puasa. Hari ni bru aku berkesempatan pegi solat tarawih di surau berdekatan. Hm, smpai surau tdi aku terjumpa helaian kertas psl ramadhan. See this ;D


Adab Ibadah Khusus Dalam Bulan Ramadhan.


1. Perbanyakkan mengingat diri bahawa kita sedang berpuasa ramadhan demi mentaati perintah Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w
2. Meletakkan sasaran, berniat dan berusaha untuk mengkhatamkan Al-quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan ramadhan.
3. Memilih satu atau beberapa surah Al-Quran bagi tujuan mendalami makna, tafsir. pengajaran dan segala  tuntutan yang terkandung di dalamnya.
4. Memperbanyakkan solat fardhu secara berjemaah khususnya di surau dan masjid.
5. Menjaga dengan baik solat-solat sunat rawatib, dhuha, tahiyatulmasjid dan hajat sepanjang bulan ramadhan.
6. Berbuka puasa sebaik sahaja waktu berbuka telah tiba. 
7. Mengawal nafsu daripada makan dan minum secara berlebih-lebihan semasa berbuka puasa.


yeah, aku tahu yang num 6 tu korg mmg boleh buat punya! Ahaha xD


Another important things.


1. Bangun untuk bersahur walaupun dengan seteguk air.
2. Elakkan sifat boros dan membazir. Kurangkan belanja dapur dan agihkan wang yang dijimatkan itu untuk bersedekah di jalan yang dimuliakan oleh islam.
3. Tingkatkan azam dan tindakan kita untuk memboikot barangan syarikat-syarikat yang dengan hasil keuntungan tersebut digunakan untuk menbantu Israel membunuh rakyat Palestin dan Lubnan.
4. Lakukan sesuatu seperti menderma bagi meringankan kesengsaraan umat Islam di Burma, Kemboja, Mindaao, Selatan Thailand, Palestin, Kashmir, Lubnan, Iran, Afghanistan dan lain-lain.
5. Ingatlah mereka yang susah dan terseksa ditahan tanpa bicara dibawah undang-undang zalim ISA.
6. Tingkatkan doa agar Allah membebaskan umat Islam di negara ini daripada gejala murtad, bencana wabak, penindasan, kezaliman dan perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah. 


"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa. Maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya." -Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmizi-


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.
Semoga kita berjaya melalui bulan ini dengan penuh Ketaqwaan.
by NazielaEmiliaSuhami (:

Saturday, August 14, 2010

Dah 4 Hari Puasa ;D



Assalammualaikum semua ! ^^
Macam mana korg puasa? Okay? Hm, dah 4 hari puasa. sekjap je msa berlalu. Another 26 days to go. weeee xD
Siapa yang tak sahur ? eh, kan aku dah pesan, Bersahur lah! Tak elok tggl sahur. hehe. Aku sllu hampir tertinggal sahur sbb bgn lambat. First day puasa, bgn sahur pkl 5.07 pagi. second day dlm 5.10. Third day puasa je aku bgn awal.Ty to Muhammad Aliff Asjad! Dia pg call aku pkl 4.50 pagi. Aku tak smpat angkat sbb tgh sedap tido. Aku tgk phone "1 missed call > ayish". Eh,eh. pelik je bdk ni. aku bru nak hantar msg, dia dah hantar dulu. Hm,. dia nak bgtau yg dia tak dtg sklh sbb tak tido lagi. Maen game midnight mysteries punya psl. Hoho ;p
Fourth day puasa pun lambat gak. Asjad, lain kali call lah lagi. biar aku bgn awal sket. heeeee. 

Oh yeah. Nak bgtau psl bju raya.  2007,bju kurung ungu ikut tema sama dgn family. 2008, bju kurung ungu kain angkasawan, byk glitter tuu. HAHA.  2009. warna ungu gelap. aku minat bju tu gilaa sbb lawa. Tahun ni? Arggh. Geram gila wey. Baru aku perasan. Tahun ni dah msk 4 tahun aku beli bju kurung warna sama. UNGU. 
knpa ungu? enth. ungu mmg lawa gila kot! Ceria! Adored xD Warna apa lagi yg lawa kan? Merah mcm garang. Biru, boring sbb dah mcm biasa sgt. Coklat, warna tak ceria. Pink? erkk, terima kasih jela. Ahaha. Dah,dah. Tak tahu nak post apa la. Byeee. 

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dengan Sempurna.

by NazielaEmiliaSuhaimi^^

Monday, August 9, 2010

Nur syafiqah shasha )':


duh, I miss her a lott! Nur Syafiqah Shasha, The baby with pink dress ;D
I miss her voice, I miss when her learn to say something, I miss to kiss her face, I miss to hug her, I miss when her cry, I miss everything about her after almost 4 years :'(
I wish that I could find & meet her again. InsyaAllah :)


by NazielaEmiliaSuhaimi^^

New post xD

OMG. guess what! exam dah dkt oh! Bknnya final exam, cuma ujian bulanan jea. Ujian ke, Final Exam ke, bknnya aku peduli pun. HAHA.  Tgk org la wey. Satu apa pun aku tak bca lagi. Maybe aku bukak buku sejarah n sains je kot last-last minute. itu pun "maybe". Klau bca awal-awal, lps tu aku dah tak igt aku bca apa. Susah oh klau mcm tu. so, aku relax jea. buat tak tahu mcm tak de apa yg akan berlaku. Hm, ujian hari selasa. lagi sehari je. Hari rabu maybe puasa. Hoho. mcm tak caya je. Pejam celik pejam celik dah ramadhan. nsb baik celik dri tak celik,celik. 


Persiapan raya? baju kurung dah siap! 2 psg. satu warna hitam. satu lagi warna putih.  agak awal kot beli bju tu. tak de la awal sgt. yela. mana smpat nak shopping byk2 time puasa nnti. sklh lagi. letih ohh. kasut raya? hm, dah beli lagi awal. cuma nak dkt jahanam sbb aku dah rasmi kan. dah 4 kali kot aku pkai kasut tu. heheh. nak kasut bru xD
Nnti tggl nak beli baju T-shirt jea kot. bpa psg? 3 ckp lah. kan,kan? hm, Harap puasa tahun ni perfect! InsyaAllah ;D


Hmm, tu jea utk hari ni. Klau aku rjen aku post lagi ye. Skrg aku busy je kje. hehe. Bye. See you again if God will it! To my Senior n Junior ; Good Luck for your examination ! "Be the best, beat the rest".heeee. Klau dah berjaya dpt lah "I'm the Best" daripada Pn Pauziah. Hoho :)


Ielalola xD