Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Assalammualaikum ya Ahli kubur! Eh, silap. Assalammualaikum ya Ahli pembaca blog ku yang tersayang ^^
Alhamdulillah, dah 5 hari selamat kita berpuasa. Buat masa ni tak da masalah lah. Syukran! ;p
Yeah, hari kelima puasa. Hari ni bru aku berkesempatan pegi solat tarawih di surau berdekatan. Hm, smpai surau tdi aku terjumpa helaian kertas psl ramadhan. See this ;D


Adab Ibadah Khusus Dalam Bulan Ramadhan.


1. Perbanyakkan mengingat diri bahawa kita sedang berpuasa ramadhan demi mentaati perintah Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w
2. Meletakkan sasaran, berniat dan berusaha untuk mengkhatamkan Al-quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan ramadhan.
3. Memilih satu atau beberapa surah Al-Quran bagi tujuan mendalami makna, tafsir. pengajaran dan segala  tuntutan yang terkandung di dalamnya.
4. Memperbanyakkan solat fardhu secara berjemaah khususnya di surau dan masjid.
5. Menjaga dengan baik solat-solat sunat rawatib, dhuha, tahiyatulmasjid dan hajat sepanjang bulan ramadhan.
6. Berbuka puasa sebaik sahaja waktu berbuka telah tiba. 
7. Mengawal nafsu daripada makan dan minum secara berlebih-lebihan semasa berbuka puasa.


yeah, aku tahu yang num 6 tu korg mmg boleh buat punya! Ahaha xD


Another important things.


1. Bangun untuk bersahur walaupun dengan seteguk air.
2. Elakkan sifat boros dan membazir. Kurangkan belanja dapur dan agihkan wang yang dijimatkan itu untuk bersedekah di jalan yang dimuliakan oleh islam.
3. Tingkatkan azam dan tindakan kita untuk memboikot barangan syarikat-syarikat yang dengan hasil keuntungan tersebut digunakan untuk menbantu Israel membunuh rakyat Palestin dan Lubnan.
4. Lakukan sesuatu seperti menderma bagi meringankan kesengsaraan umat Islam di Burma, Kemboja, Mindaao, Selatan Thailand, Palestin, Kashmir, Lubnan, Iran, Afghanistan dan lain-lain.
5. Ingatlah mereka yang susah dan terseksa ditahan tanpa bicara dibawah undang-undang zalim ISA.
6. Tingkatkan doa agar Allah membebaskan umat Islam di negara ini daripada gejala murtad, bencana wabak, penindasan, kezaliman dan perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah. 


"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa. Maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya." -Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmizi-


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.
Semoga kita berjaya melalui bulan ini dengan penuh Ketaqwaan.
by NazielaEmiliaSuhami (:

No comments:

Post a Comment