Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.
Showing posts with label Tumblr. Show all posts
Showing posts with label Tumblr. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Lepaking!

Peace!



Ye saya lagi~~ Hehe. Saje je gedik nak membanyakkan entry. Lek ah bukan kena bayar pun kalau nak publish. Ok. Let me story morry pasal semalam. Awesome wey aku main bowling dua game! Yay man!! Lepas gian nak main bowling. Thanks Wan(dalam gambar) sebab ajak lepak kat WWM. 

Okay, kami hanya berenam. Ye. Enam je. Aku, Wan, Matre, Idin kecik, Syahmi and Faiq. Sebenarnya ada Izzat and Farisha. Cuma tu la.. Dorang gi dating. Hehe. So, aku pun dating gak ah dengan mamat 5 orang tu. Nampak tak player gila~ Okay, dua game yang kiteorang main tu kan, aku selalu lead. Haha. bangga ni, Abang abang macho kat belakang. Last last tak menang gak aku ni. Cis, First game syahmi menang. Second game Aku and faiq seri. 90. Kalau kat screen tunjuk Matre menang. Padahal salah kira. Dari 75 tetiba tukar 93. Pun boleh. Matre dah bangga dia menang. Hakikatnya tidak ye. Sekian. Haha



Lepas Bowling, kami gi tengok wayang! Hobbit :3 Okay cerita dia best. Cumaaa... 40 minit pertama tu slow gila. Aku macam "HOI CEPATLAH! Aku keluar kang!" Haaaa. Nasib baik cerita dia nak dekat 3 jam. Jadi makanan sejuk beku lah kami dalam cinema tu. hehe Cerita dia adventure gila. Main serang serang. Ngeri gak ok. Aku dengan faiq asyik terkejut je. Haha suspender gila. 

Then kami gi makan kat food court. Aku suruh dorang gi solat. tapi hampeh. Matre, Idin and Syahmi je pergi solat. Wan dah lapar. Dia kata dia Jamak. Suka suka dia je. haha. Masa kat food court Faiq baru perasan dompet dia hilang. Ok. Tercicir mungkin masa dalam panggung wayang tu. Dia pun gi la cari balik. But tak jumpa. Terus aku kata "Haaa tu la tak gi solat lagi. Allah tunjuk la ni jugak. Jangan main main" Dah la banyak gila ok isi dalam tu. IC, duit bagai. Fuhhh nasib la jang. Masa kat food court tu lama gak kami lepak. borak borak gitu. Then teman Wan gi beli A&W. Balik!!! :3

Ha tu la cerita dia. K bai. Esok ambik buku teks kat sekolah :) Rindu sekolah. Puihhh! Sabtu Ahad, Melaka hoi! InsyaAllah.

Extras;


NzEmilia^^

Sunday, December 16, 2012

Free Yourself!

Assalamualaikum :)

 
MAHA 2012. (30.11.2012)

Ehh, pehal aku nampak kurus, muda dan comel dalam gambar ni? :o Hihi. Okay, Mari kita cerita pasal cuti cuti sekolah ni. Masa cuti sekolah ni ada la dua kali balik kampung. First 17/11/2012. Mak aku tak sabar nak balik sebab rambutan. Kalau nenek aku tahu mesti dia cakap "tak semenggah punya menantu." Kehkeh. Abah aku pun tak ikut balik. Just my mom, Sis Nazatul and me. Otw balik Kg tu singgah Econsave kat Puncak Alam. And I was like "Asal? Nak beli apa?" My mom pun membalas "Beli makanan ah. Nanti kau nak kunyah apa kat kg" Awhh so sweet la my mom. Mana tak bambam anak dia sorang ni kan kan. Lol. First time masuk Econsave tu. Besar gila. Rasa nak loncat kegembiraan je. Mehehe :P So, Aku masukkan je la apa apa yang aku suka ke dalam troli. Ambik jangan tak ambik! Oh I'm good daughter and I know it. Hihi.

Bila dah sampai kg tu makan tengahari and solat zohor. Dah tu golek golek tengok TV. Disebabkan rumah nenek aku tu takde la Astro sbb takde sape pun kat situ. Tinggal nenek and sorg  my cousin. So, aku dah tahu dah aku akan boring.. Aku bawak novel dari rumah. Winkwink. Novel "YES, Boss!" segera aku capai. *Cehceh ayat* Aku pun hadap ah novel tu sampai 2 3 pagi. Esok tu habis ah baca. Ptg sebelum balik KL, aku mulakan operasi mengutip rambutan kat belakang rumah nenek. Huihhh dah la kerengga banyak. Kalau kena gigit, gila pedih. 3 Kali gak ah dia terjun kat atas tudung aku. Aku tak sedar pun.. Tetiba rasa pedih kat mata. 3 kali tu kat mata wey! Nasib je aku tak buta lepas kena gigit. Cinabeng betul.

Minggu seterusnya aku gi Kenduri kat Kundang, Selangor. Kenduri sedara mara belah mak. Pegi dengan Cousin reramai. Dorang dari Perak mmg dh stay rumah aku pun. Datang dri Perak sebab nak gi Kenduri kahwin tu la. Masa kat kenduri tu jumpa Fazira yang Pengawas PS SMKLK. Taktahu ah apa kaitan en. Jumpa gak pakcik makcik aku belah abah sebab dorg duduk kundang gak. Kira jiran jiran la tu senang cerita. Lepas kenduri tu bawak ah sedara belah mak balik kg abah. Kaut rambutan lagi! yay.

Ok done psl Kg. Ha, hari tu ada gi MAHA. Abangah, Mak, Kak ika, and aku. Best gak ah. Tak sempat nak masuk semua tempat. Banyak sangat ah. Kiteorang naik tren berkali kali. Gaya malas nak jalan. hehe Tempat dah la besau bebeno. Yang best tempat ada ular. Nazatul je yang pegang. Aku tengok gambar pun geli, lagi ah nak pegang. Tak kuasa!!! Abangah pulak time tu bajet2 je nak pegang semua barang kiteorang. Haha dasar penakut taknak pegang ular punya pasal. Ular dia pun besauu gak. Mak aku time tu tah mana ah. Tengok pun tak mahu. Hihi

And yah, Wish Me luck okay! This tuesday gi Test computer semula :3 Dah la. Macam tah pape je entry aku kali ni. Tak menarik langsung. Maaf :p Kbaii :*

Extras:

NzEmilia^^


Thursday, November 29, 2012

Hola

Haii Assalamualaikum ^^




Ni kita tgh rajin nk update blog ni. Ditemani angin kipas dan air cond.. Hujan renyai renyai..Dengar bunyi katak, cengkerik dan sebagainya.. Pasang lagu..Husshh feeling baik punya! 

Hari selasa hari tuu kan Aku telah selesaikan mission membeli baju sekolah. Zzzz  awal gila aku beli. Bukan sebab aku semangat gila nak mati masuk Form 5 tu, tapi sebab mak aku yang ajak beli. Dari dengar bebelan dia tu plus menambahkn dosa aku kerna tidak patuh perintah dia, ku akur jua. Ceh ceh. bajet patuh selalu~

Aku baru ada Schoolarship a.k.a biasiswa. Saje je nak ayat gempak sikit, so guna la schoolarship . hikhik gedik. Oleh itu, mak aku dengan selambernya suruh aku keluarkan duit RM 500. Banyak en en. Okay, jangan buruk sangka terhadap apa yang mak saya suruh tu ye. Duit guna RM 200 je. Lagi RM 300 masuk Acc bank aku ah. Masyukk. Kayo den. Terima kasih kerajaan. Kehkeh.

Nak dijadikan cerita.. Lepas keluarkan duit, aku and mak aku gi giant. Gi one stop ah. Beli dua baju, satu kain, satu tudung. Total dia RM 124.6 Haha. Gila. Baju Canggih sehelai RM 34.90. Kain Canggih RM 39.90. Wey, kain sekolah pun dah 40 ringgit. Aku tambah sepuluh ringgit lagi boleh beli baju kurung raya! Kasut and beg dah beli dah before tu kat selayang mall. Kira semua nak RM 200 jugak la. Belum beli buku sekolah lagi. And I was like.. Banyak guna duit ah sekolah ni. Dah tak yah sekolah! Hehe. Oh tidak.

Eh eh Masa aku gi bank nk keluarkan duit tu kan.. Ada la pakcik and makcik ni datang kaunter sebelah aku. Dia nak keluarkan duit RM 2K tapi tk bwk buku bank. Zzzz. Kad bank pun takde. Lepas tu aku pasang ah telinga. Hish, akak tu kata takboleh. Pakcik tu nak dia betul je. Dia kata "Bolehlah. Pergi tanya pengawai bank." Aku menyirap je dgn pakcik tu sbb lama gila wey dia bertekak. Wife dia kata takpe la boleh keluar kat acc lain. Tapi pakcik tu taknak kalah gak. Ego gila la. Wife dia geleng2 kepala ja. Haha. Bila aku dah settle ambik duit.. lepas tu masuk kan duit kat mesin.. Tengok dorang tak settle lagi. Akak kaunter siap kena berdiri. Kesian melayan kerenah mereka. 



YOU YOU YOU!

Moral of this story, please ah jangan nak susahkan orang lain. Bila pakcik tu dah lama kat kaunter tu, membuatkan nombor giliran jadi lambat. Lepas tu menyusahkan akak kaunter tu nak check data semua. Buat kecoh lagi. Kalau kita tak susahkan orang, InsyaAllah orang takkan susahkan urusan kita. Tapi bila orang mintak tolong, kita kena la tolong. So, renung renungkan eh? Peace.

NzEmilia ^^