Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Tuesday, August 5, 2014

Machang dihatiku

Assalamualaikum..



okay almost 7 weeks dohh kawe menetap di tanah Mache Kelate ni (15/6/2014). Suasana Universiti ni kira okay la... Kalau pandai bawak diri cam aku ni (ehemm), boleh la bedal je. 

First person yang aku jumpa bila masuk pintu pagar UiTM ni mesti la Polis Bantuan hok jaga depe tu. Setuju dok? lol. Bilik aku dihuni 3 orang Mahasiswi. Hidayah from nanananana ganu kiteeee.. dan sorang lagi nama Fatin Najwa from Selangor. Selangor celah mana aku tak ingat. 

Bilik yang agak kecik. Memang tak boleh lawan bilik budak Matrik la. Siap main bola sepak bagai. Aku nak main batu seremban pun rasa sempit. (Ok ini tipu. nak suruh bayang je). Aku tak berapa suka sangat duduk bilik ni sebab rasa sempit, sesak, padat dan sebagainya. Tak berkembang otak. Huhu

Pencerahan, Mahasiswa && Mahasiswi macam aku yang daftar masuk IPTA dua minggu lepas MDS di panggil Pelajar Rayuan (UPU), bukan Pelajar Second intake. Actually before this kefahaman aku gitu la. Bila dah laluinya baru aku faham. Mula-mula first intake, pastu rayuan first intake (Jun-Nov). So pada adik adik jangan risau kalau tak dapat first intake UPU, tak apply matrik, poli dan sebagainya macam akakmu ini.. Kalau ada rezeki, ada lah.. InsyaAllah ok.

Berbalik kepada cerita.. Pada hari kedua(16/6/2014), Kami yang baru daftar masuk jadi blur. Waktu first day tu pihak Uni takde pesan apa pun. So kena la banyak bertanya baru boleh dapat informasi. Dipendekkan cerita, kami kena pergi pejabat pengurusan fakulti. Nak cari kelas, jadual semua. Disitulah aku berjumpa classmates sorang nama Nur Fatihah, budak krai. Sorang lagi Nur Amaliena, budak KB. Tiah ni budak sekolah arab, tudung labuh, cakap lembut (selalu kena marah dengan aku hahaha kejam), selalu blur, tak habis habis promote daerah dia, krai ada ini ada itu. Layan..... Amal kpop fans, borak pasal korea sokmo, senang ajak usha jate. Kahkahkah. Abe Farez dihati Kami hahahaha k tak.

Kelantan hok jate hensem dok? typical question. Bagi aku biasa je. Lagi hensem budak KL! Kalau yang jumpa terus jatuh hati tu memang ada tapi lahir negeri mana dok tahu la. Rilek, Bak kata Ustazah Asmira "Sem 1 takyah la. Dah final sem, lepas habis exam tu baru cari. Ni kang sem 1 jumpa hok molek, sem 2 jumpa molek lagi. Beratur banyak kat belakang nanti." Kira ustazah nak kata sem 1 ni kita cuci mata dulu!! Yipppeyyy

Kalo hok tino pun samo etep. Kalau cantik tu memang cantik ah. Senang cerita manusia Allah cipta berlainan. Kalau semua sama pelik pulak dok? Cantik pun cantik cuma dengan cara tersendiri la. 

Benda best bila kau duduk luar daerah ni, adalah dialek. Bagi aku, antara dialek kat Malaysia yang paling susah nak faham memang dialek kelantan la. Tapi kena adapt cepat la. Alhamdulillah sikit sikit tahu la juga, Walaupun memula sero bodoh je bilo ore galok bercito pahtu kawe dok pahe mende. 


Google translate : 
etep-juga
sero-rasa
ore-orang
galok-over seronok

Ayat hok baru tahu
supik-plastik
tubik-keluar
gedebe-gangster
gege-bising
baloh-gaduh
timun-tembikai?? haha

Kalau nak dicerita pahitnya duduk sini... Next time pulak!

"When you want to be succeed as bad as you want to breath, then you'll be successful"

NzEmilia



No comments:

Post a Comment