Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Friday, July 18, 2014

Dunia baru

Assalamualaikum.

Rindu saya tak? rindu tak?! Heeeee. Nak dekat setahun dah aku tak update blog. Bila dah nak dekat setahun tu, mesti banyak ceritakan?Hmmm tapi takkan nak buat karangan berjela jela hoi. Tidak tidak. Kita ambil isi penting je yek dekdek. Ha, cam nak buat karangan time zaman sekolah gitu.


First of all, Result SPM.  Rasa cam tak patut bagitahu, tapi aku nak bagitahu gak k. Bukan kena bayar pun. 1A 2A- 3B+ 2C+ 1C. Cukup la tu, buat apa nak banyak banyak. Hehehe. Maaflah result saya tak segempak orang lain. Tapi.. tapi.... sangat tak sangka lah bila LK aku dapat A-. Masa exam kalau tak fail, mesti hampir fail. Antara dua tu je la. Nak dijadikan cerita aku dapat petunjuk Allah la untuk study smart seminggu before SPM LK. Terima kasih sangat sangat yang teramat sangatlah kepada KPM sebab buat jadual SPM, LK subject hujung2. Hehe


Seterusnya, apa aku buat lepas SPM? Ambil lesen? Oh tidak. Bila lepas SPM, vitamin M tu bertambah tambah. Tidur bangun tidur tengok TV makan baca novel. Indahnya dunia. Badan pun makin berlemak bersantan terasa manis gula melakanya. Tapii tapii bulan 1 tu aku kerja dah. Jadi teacher kat ATFAL Kids. Ok la cari experience. Ingat senang nak dapat experience cam gitu? Seperti ayat budak-budak PLKN. Puihh. 


Maaf, lupa nama students hehe. ingat sikit2 je. 
Lelaki beg oren tu Uzair, sorang lagi tu lupalah...
Yang kecik molek tu 4 years, Fav student. Ahlaami Awanis. Mangsa kiss T Naz.
Dua orang tu triples. Aleeya, Arisa. Sorang lagi kelas lain. 
The last one is Iriesh, kira best student la (for me)
Semua ni bijak belaka. 

Teacher Naz. Yes, saya la tu. Penat tak penat la. Half and half. Budak-budak en, pelbagai la perangai, lain cara, berbeza latar belakang mereka. Ada yang pandai, ada yang kurang tapi fast learner n slow learner, ada yang pendiam menjadikan aku confuse "Budak ni faham ke tak aku ajar apa." cengitu. Tapi kalau kelas yang expert tu, aku tak ajar lagi dorang dah jawab. Senang sungguh kerja. K bukan makan gaji buta ya. Tidak sama sekal, tidak. Heh.

Bagi students yang kurang tapi fast learner. Ok je. Dia tak tahu tapi bila ajar dia cepat faham. Tak banyak, sikit pun jadilah. Kira bersyukur. Kalau yang slow learner kena banyak sabar ah. Ada juga rasa nak nangis time tengah mengajar. Nak pula kelas tu memang mostly weak students. Explain ka, tanya soalan ka,  buat latihan ka, semua pakat blur je. Dugaan semua tu. But once dorang dah faham apa yang diajar, memang rasa nak buat sujud syukur la. NAK BUAT je, tak buat pun hehe. Feeling dia hanya guru guru ja yang mengerti. 

That time aku faham la apa cikgu kat sekolah rasa bila student dia tak faham dia ajar apa. Lagi lagi subject Fizik and Kimia. Explain kemain tapi student tak faham. Dengan tak pay attention... huiii panas hati panas...

Tapi aku kerja tak lama pun. 2 bulan je. Sebulan kat branch Ukay Perdana (Mathematics), sebulan lagi kat branch Melawati(Maths and Sc). Experience menghadap parents tu takde la teruk sangat. Just jumpa cerita pasal perkembangan anak dia dalam kelas. Paling worst sekali pun student nangis taknak masuk kelas sebab aku tegur bacaan hafazan dia. Punya lah aku explain kat parents dia. Mungkin cara aku tegur tu tak kena kot. Tapi time tegur tu ok je. Dia siap sengih. Tetiba esoknya datang sekolah nangis kata aku marah dia. Ceh. Auta sungguh. Pancing coklat je, dia masuk ah kelas pastu uolls. 

Di bulan 3, bulan kelahiranku. Special la hoi tahun ni celebrated birthday kat rumah Puan Hamidah bersama kengkawan. Semua idea Taufiq. Nampak tak betapa sayangnya Taufiq kat aku? K tak. Taufiq sayang Puan Hamidah je senanya. Tsk tsk.

Bulan 4 merupakan wedding ceremony abeku. Dia nikah 10 Januari 2014 di Sarawak. Bulan 1 tu aku ikut juga gi Sarawak walaupun bekerja. Mintak cuti la berjoli. Eh. Tak perlulah nak kenalkan kak Iparku ya. Dapat anak buah nanti baru aku kenalkan kikikiki. Kenduri Kahwin tu 27 April 2014. Nak kata besar besaran tu tak gak ah. Tapi ada la 10 khemah? Hihi. Sempena meraikan kedatangaan rombongan dari Sarawak. Pesalahnyakan? Tapi penat dia tokse cerita la sebab buat gotong royong, 20% je cater.

Memasuki bulan 5 saya masih menjadi penganggur. Kuciwalah check UPU tak dapek. Berlagak lagi tokse UiTM. Nak Upsi ja, nak Unisza ja, nak UPM ja. Kan tak dapek. Sebaik bila buat rayuan UPU tu dapat. Memang rezeki aku kat UiTM la. Jauh pula tu.... UiTM Kampus Machang as known as Manchangster. Course Computer Science (CS110) Well, Allah is the best planner. 


"...Dan ingatlah, Allah jua yang mengetahui(semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."

And now yes. Aku disini. Menjadi seorang Mahasiswi kini. Di negeri Kelantan Darul Naim. This is Pantai Timur!! Sadis tak sadis la mostly kat sini memey ore kelate belako. Kekade tu tekane gok sebab dok pahe demo kecek kelate. Aku pernah je kata "Cakap KL pls." dengan Kerek tak sedar dirimu duduk negeri ore. Lol. Rasa cam baru je lagi kat sini. Tpi sebulan dah!! Ada la juga rasa seperti berpuasa di perantauan. Manchester kan. Hehe. Next week balik raya! 

Jap jap, kalau nak cerita experience pasal UiTM Machengster ni tak sempat.. Suasana, kawasan, kelas, awek kelate, abe kelate, imam muda, calon suami.. EH! Next post kot, InsyaAllah!


NzEmilia



1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete