Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Wednesday, May 27, 2020

Pulau Pangkor Ogos 2019

Assalamualaikum..

After sooooooo long i'm back. Last update blog zaman study kat UiTM Machang dulu (2014). Sekarang 2020 uuui. Allahu, dah 4 tahun grad. Lepas grad, 6 bulan tanam anggur.. dapat kerja telesales Astro kat PJ, 10 bulan je sanggup pastu berhenti haha. 3 months after, kerja cikgu tadikaaaaa. Alhamdulillah. 

Tujuan posting ni pasal pergi bercuti berjimba di Pulau Pangkor. Al maklum la jadi cikgu ni seronok dia, budak cuti sekolah.. cikgu pun cuti jugalah hihi. So ke Pangkor la kita!

Percutian 3 hari 2 malam.
Penginapan dah book awal-awal. Boleh je nak kalau nak walk in tapi ikut musim ahh cuti sekolah ni ramai sangat orang. Lagipun book online lagi murah dan banyak pilihan. Trigavo kan adooo. Boleh tengok review dan rating juga. Penting untuk keselesaan dan kesejahteraan bersama. Haa gitu.

Nipah Bay Villa, Deluxe Chalet. RM 298.28 for 2 malam. Price included with taxes and fees. Ni book di booking.com tapi search atas trivago. Kalau direct kat booking.com harga around RM 350. Banyak sangat saingan website booking hotel ni, kena la rajin godek harga ye. 

Image result for nipah bay villa price
Ni harga standard kalau walk in. Mahal sikit la.

Perjalanan dari Hulu Kelang ke Jeti Lumut dalam 3 jam. Keluar rumah pukul 8am tapi pergi cari breakfast dulu. 8.30am baru gerak dari HK. Pergi bertiga je dengan mak abah. So I drove for 3 hours. Ada 2 jeti untuk ke Pangkor, samaada dari Jeti Lumut ataupun Marina Island. Aku ada baca kalau dari Marina-Pangkor kejap je 10min. Tapi mak aku request nak duduk lama atas feri. So ke Lumut la kita. Sampai ke Jeti Lumut pukul 11.30am. Beratur beli tiket, menunggu jugak la sebab dorang tengah kira tiket untuk feri pukul 12pm. Harga tiket pergi balik RM14. Pergi ada waktunya, dapat pukul 12.45pm. Kalau balik dari pangkor, open time. Naik je bila-bila yang anda mahuuuu. Disebabkan waktu tu baru pukul 12, ada lagi 45min.. We decided to eat lunch at KFC. Settle lunch 12.30pm terus pergi park kereta kat bangunan parking berbumbung. Rate parking 0.60 sen/hour. Murah la jugak untuk 3 hari 2 malam total RM29.40.

Selfie atas feri :)


Dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa 40min. Tapi nak tunggu penuh feri tu jenuh gak aahhh. Kalau korang mabok laut macam aku, harap bertabah ya. Dah turun feri pun still rasa berombak kepala huhu.

Jejak je kaki kat Pulau Pangkor akan ada penduduk Pangkor approach korang untuk sewa kereta, motor dan sebagainya. Van pink paling iconic dan rare di Pangkor. Sorry cause I forgot to take picture of the van. Boleh google je memang belambak. 

Kami pun naik van pink ke Teluk Nipah dimana terletaknya Nipah Bay Villa. Caj Van Pink dari Jeti Lumut-Teluk Nipah RM16 untuk 3 orang ye, bukan sorang. Harga berbeza sikit depends berapa kepala. Kalau 6-7 orang dalam RM20. Sampai je NBV terus check in sebab dah pukul 2pm, bilik pun dah ready!

View dari depan chalet, memang cantik!

Dah masuk petang, perut pun rasa lapar. Kalau pilih chalet kat Teluk Nipah ni senang je cari kedai makan. Kena rajin jalan je. Petang tu makan kat kedai corner, Nasi putih ayam goreng berempah. Sedap oi! Teringat Nasi kukus ayam goreng berempah kat depan UiTM Machang. Nostalgic tiber.

Sis acah ayu

Enjoying ayam goreng berempahhhh

After that jalan-jalan tengok kedai jual baju and etc. Hirup angin pantai. 

Pandai jugak mak kita amikkan gambo

Disebabkan keluar dah petang sangat, kiteorang pun balik la chalet dulu untuk solat maghrib isyak. Dah settle tu pergi dinner tepi pantai pulak. Best! Ikan fresh memang sedap la. Banyak kedai makan tapi yang open table kat pantai tu tak berapa banyak. So kena survey dulu. First night order ikan bakar seekor, tomyam, sayur kangkung, udang masak apa tah. Campur air 3 gelas, total RM138. 

Ikan bakar padu!

Udang butter kot ni?

Second night makan kedai sebelah dia pulak. Order 2 ekor siakap masak 3 rasa, udang celup tepung (ni serius sedap), total RM135. 

2 ekor siakap 3 rasa

Ajar Mak selfie hihi

The next day kiteorang pergi Island Hopping. Kalau tak ramai, ada je dia provide boat kecik around RM 60-70. Tapi mak taknak naik boat kecik dia cuak boat kecik, ombak besar hahaha. So kiteorang request boat besar, harga RM120 tapi kawtim dapat RM100. Orang boat tu akan bawak pusing area pulau pangkor tu. 

Mak gayat ke tuuu

Nanti dia akan tinggalkan kita kejap di Pulau Giam. Kalau dari teluk nipah nampak kecik je pulau ni. Kat Pulau Giam ni boleh la amik gambar ataih batu. Aku dua tiga kali terjun ke pantai tapi pakai life jacket la. 
Air pantai patutnya tinggi paras tu. Tapi sebab sampai sana pagi, duduk ke tengah hari..air surut.

Sebelum ditinggalkan di Pulau Giam tu make sure amik contact number abang boat tu so that bila korang dah puas main air semua, abang tu akan pick up balik ke Teluk Nipah. Sampai di Teluk Nipah tu aku sambung main air lagi sebab tengah hari ombak dia tak kuat sangat. Tapi balik tu jenuh la nak hilangkan pasir masuk baju, muka pulak burn teruk haha.

Dah penat Island Hopping dan bermandi manda tu, kiteorang keluar makan kat Nipah Deli Steamboat. RM38/pax untuk steamboat. Nasi goreng seafood dia harga yahudi sikit RM25. Huhu. Dah kenyang tu balik chalet tidur ampai ke Asar. Hehe. Bangun tu ajak mak abah pergi round Pulau naik van. RM 70 untuk 3 orang. Kalau nak sewa motor pun boleh tapi azab la nak naik bukit dia tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu. Eh.

Inila nasi goreng seafood RM25 hehe

Round keliling Pulau tu nanti dia bawak gi Kuil lama, tempat pembekal makanan macam sotong kering, sate cucuk tu, tempat bersejarah. Lepas tu yang best dia bawak gi Masjid Seribu Selawat (Masjid terapung). Masjid ni baru jugak la sebab few years back aku pergi tak wujud lagi Masjid ni. Cantik sangat Masjid ni!



Dinding masjid dipenuhi selawat-selawat

Alhamdulillah, berkesempatan solat Maghrib di masjid tu. Balik dari ronda Pulau, pergi dinner tepi pantai. Jalan-jalan sikit buat inai kat tangan. Murah aje sebelah tangan RM5. I buat dua dua belah RM10 aje! Cantik design-design dia.


Esoknya last day di Pangkor. Gi shopping baju. Kalau nak shopping pun kena survey harga. Hari tu dah kat jeti tengok harga baju dia murah sikit dari kat Teluk Nipah. So redho jela. Untuk ke Jeti tak perlu risau, boleh mintak receptionist kat chalet call van. Kebetulan masa kiteorang nak gerak tu ada family 3 orang jugak nak gi jeti. Kiteorang share van without pengetahuan driver van. Lagi ramai lagi murah. Naik 6 orang dia kira RM20 je. We split jadi la RM10 for 3 orang. Jimat RM 6. (Masa datang kena RM16/3pax).

Untuk balik ke Jeti Lumut tu naik je feri mana mana yang ada. Tiket balik tu takde masa pun. Dia kira untuk 1 hari. Sampai di Jeti Lumut tu dah tengah hari. Perut pun lapar. Kat bawah tempat parking bertingkat tu ada banyak kedai makanan kampung. Sedap, sedap!

Lepas lunch tu terus gerak balik ke Kg Manong Kuala Kangsar! Sekian sahaja entry kali ini. Pergi bulan 8 2019. Dah nak dekat setahun baru sempat nak habiskan entry ni. Sekarang kita semua tengah hadap Pandemic Covid-19. Dah lebih 2 bulan PKP. Tah bila lagi boleh jalan-jalan. Semoga Allah permudahkan. Amin Y.rab.

Next entry insha Allah nak story sikit pasal My first umrah journey. Nak share dan untuk simpanan/kenangan diri sendiri. Hihi! :)

By Naziela Emilia
27 May 2020, 11.32pm

No comments:

Post a Comment