Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Sunday, March 3, 2013

Langkawi

Assalamualaikum :D

February 8, 2013 ;)

Haii haii haii. Nak update, tak nak update.. Rasa macam malas je nak update, malas nak cari idea, malas nak taip. Lol. Dasar anak dara pemalas. Bila difikir semula, entry masa bulan Februari ada satu je. Tak ke macam sad life je tu? Yeah sekarang dah bulan March. Cepatnya hoii. Cuba counting SPM lagii berapa hari :p OH TIDAKKKKK

AMARAN: Entry ini mungkin terlalu panjang dan akan membosankan anda. 

Heeee nak cerita aku gi Langkawi masa cuti tahun baru cina hari tu. Dah sebulan yang lalu. Yeay cerita ini sangat la ketinggalan zaman. Huhu. First time jejak kaki kat Langkawi *Buat muka excited sikit*. Hari jumaat 8 Februari bersamaan birthday pakwe saya *Ehhh?*, Aku dan keluarga bertolak ke Kuala Kangsar pada pukul 6 petang. Bawak dua kereta la sebab abang2 ikut jugak. Kenapa kuala kangsar? Kata gi Langkawi. Ehhh, leklek. Nak cerita ah ni!! Hehe. Kiteorang stop kat rumah sepupu dulu before gerak gi Kuala Perlis. Kalau KL-Kuala Perlis panjang perjalanan oh. Badan kena banyak rehat. Sampai Kuala Kangsar pukul 10 lebih. Macam lama je en KL-Kuala Kangsar. Mana tak nya makan KFC sampai sejam! Dah Sampai rumah sepupu tu berehat ah pe lagi. Sambil tu tunggu Keluarga Makcik aku from Kuala Selangor. Kami pergi Langkawi ni Makcik aku yang plan :3 Pukul 3 pagi masa aku tengah mamai tu kiteorang gerak ah. Jumpa Makcik aku dekat2 dengan Pulau Pinang tu. Apa ke nama tol tu tah. Aku lupa ok. 

Kiteorang sampai Jeti Kuala Perlis around 6:30. Terus Solat Subuh kat Masjid situ. Subhanallah, tersangat lah lawa masjid tu. Masjid tu atas air. Macam masjid kat Putrajaya gitu. Tapi takde la besar sangat. Just nice :) Then beli tiket ferry. Ada pukul 11 pagi je. Cehhh berjanggut juga la beta menunggu pukul 11. Masa nak masuk ferry tu bakdatang ramai dia. Semua berhimpit. Ada yang tak reti sabar lagi. Paling aku menyampah bila lelaki tolak perempuan. Alahaii, asal la tak kasi je perempuan jalan? Ferry tu bukan tinggal kan kau pun. Aku macam sikit lagi nak sound lelaki lelaki durjana tu. Ecehcehceh.

Akhirnya sampai Langkawi! Cari orang kereta sewa. Family aku sewa Inova. Then gerak gi rumah sewa. Yelah, semua sewa. Mana mampu nak beli hehe. Makcik aku sewa apartment. 3 bilik. Okay la sebab ada pool kat bawah. Rasa nak terjun, tapi disebabkan kematangan aku, aku berkata jangan. Haha :p

Okay, tak terasa macam terlalu detail ke cerita aku ni. Over habis oiii. Alangkah indahnya kalau buat karangan bahasa melayu panjang macam gini -___- hikhikhik. Ok what update secara detail, boleh cerita kat future daughter or son. haha ok naziela ok. Baiklah, aku cuba untuk ringkaskan. Masa kat Langkawi tu aku kena food poisoning. Sad you know masa tengah holiday gak nak sakit perut. Every tempat yang aku pergi, aku cari toilet. Dah macam Jelajah Toilet dah aku rasa. 

Ini adalah Pil Chi Kit Teck Aun 

Makan pil chi kit teck aun tak jalan gak. Second day keliling Pulau. Gi Tasik Dayang Bunting. Third day naik cable car pun perut aku meragam. Tak dapat nak menikmati keindahan alam. Huuuu Sakit yang amat. Keluar air mata tau tahan sakit :'( Haha. tak ke menyakai je tu. Tiga hari aku tak makan sebab tak selera. Kdg2 makan dua tiga suap. Kurus kejap ah lol. Malam last day tu aku tak keluar apartment pun. Family members yang lain gi shopping. Before dorang pergi aku pesan kat abang aku nak jersy Harimau Malaya. Sakit sakit pun demand! Malam itu berkurunglah aku didalam bilik. Tsk tsk tsk :p Mak balik bawak ubat diarrhea. Boleh tahan sedap ubat tu :3

Hari selasa balik KL! Ferry pukul 3. Masa dah sampai Jeti Kuala Perlis tu Abe Azmeer ada text tanya kat mana. Padahal dia dah nampak aku tahu time tu. Lepas tu dia gelak gelak. Tak ke macam nak baling kasut je. Ramai lah yang pergi Langkawi hari tu. Tapi tak jumpa sebab ramai sangat mungkin. Hmm kiteorang gerak KL around 6.30. Banyak kali stop -__- pukul 3 pagi baru sampai rumah. Home sweet home!

Ok TU JE LA kot. Tepuk tangan sikit. Kata malas nak taip tapi panjang bukan main. Tah pape je Naziela ni. Haa nanti nak cerita pasal Kem kalau rajin :D

NzEmilia^^

No comments:

Post a Comment