Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Sunday, September 30, 2012

Pantang Larang. Apa motif?


Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat danbudaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.


Pantang larangSebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anakBagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluanUntuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisulSupaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orangLarangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangisini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

Sumber: Cik Wiki :) 


Assalamualaikum. Betul ke kalau duduk depan pintu rumah nanti takde orang pinang? Ye, jom kita bincang mengenai Pantang Larang. Ni kes dgr cerita Sir Shiva la -__- Cerita bermula bila dia cakap mengenai sejarah. Orang dulu tak kasi anak dara duduk depan pintu rumah sebab sultan2 dulu tak boleh tgk anak dara.  Nanti dia bawak balik Istana naya je. Harap anda faham apa yang bakal terjadi. Huahua. Sultan dulu gatal bukan main. Lepas tu buat perempuan tu jadi gundik.  Hang tau tak gundik tu apa? tak tahu? Sejarah belajar tak ni? Mehehe. Dia nak anak dara je. Mak dara sorry okay. Tak main ah. Mengikut pengetahuan tambahan aku, org kata tak boleh ddk dpn pintu sebab pintu kan tempat orang keluar masuk.   Jadi, anda telah menghalang laluan orang lain. Then, Sila blah! :3

And terus sir cerita pasal pantang larang orang melayu. Anak dara jgn nyanyi ms tgh masak sebab.... Nanti air liur terpercik kat makanan. Tak pasal2 orang lain makan. Perisa tambahan la kalau mcm tu. Ehh? OhMyGucci Geli nyah. Plus, Air liur tu memberi kesan kepada badan. Mana tau ada penyakit. Kena penyakit berjangkit kang! Kecuali la kalau korang nyanyi suara sedap mcm aku takpe jugak. Hahaha :P K takde kaitan

Sir ada bagitau "Jangan memotong kuku waktu senja" Ye, dulu manada bekalan elektrik. Kut2 tengah potong nanti terpotong kulit. Hewhew. Malam berdarah pulak jadinya. Pantang larang juga ada kata "Jangan menyiarap lepas tu angkat kaki ke atas, nanti mak mati" Ini dapat dijelaskan bila korang menyiarap dan angkat kaki lepas tu mak hang lalu bila hang nak turunkan kaki. Mahu tersadung mak hang. Pandai2 la hang imagine okay. 

Secara konklusinya, nenek moyang buat pantang larang ni untuk mendidik kita-kita ke arah yang lebih baik ye adik adik. Ada betul dan logiknya pantang larang ni. Jadi, Renung2kan dan selamat beramal :) Peace yo !


NzEmilia^^

No comments:

Post a Comment