Sinopsis,
Berada didalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafiya menderita. Diri seolah dinafikan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.
Entah apa silapnya sehingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan kemana-mana!
Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafiya yang sengaja mengasingkan diri , tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutan tetap terserlah. Namun, bila harapn itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.
Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahaga itu sememangnya tidak tercipta untuknya ?
Woow, pecah rekod bacaan novel ku. sehari je aku abiskan. tak smpai 24 pun. Yelaa, bukan da buat pape. Cik Abang tu pun entah ke mana. sehari tak dgr berita. Rindu pulak. Wahh, true statement. Haha. Menangis jugak aku bc novel ni. punya feeling , smpai aku lari naik bilik. Satu bab plg tak tahan waktu hari pernikahan wafiya. Arsyad buat sesuatu luar dari jangkaan. Dia meletakkan tangan kanannya dikepala wafiya setelah sah ijab dan kabul.
"Wahai isteriku Wafiya Munirah,
Hari ini bersaksikan hadirin semua, izinkan suamimu ini menyampaikan sedikit kata-kata yang mungkin berguna untuk kita dalam melayari kehiduan rumah tangga kelak.
Wafiya Munirah,
Jadilah isteriku yang taat. Jagalah kehormatanmu sebagai seorang isteri ke mana sahaja kakimu melangkah. Janganlah sesekali membelakangiku dalam membuat keputusan, kerana kita bakal berkongsi hidup bersama. Taatlah padaku selagi aku tidak membawa dirimu kearah kesesatann dan kekufuran.
Wafiya Munirh isteriku,
Apa yang ada pada diriku hari ni, terimalah seadanya. Aku juga akan menerima dirimu walaupun mungkin ada kecacatan, kerana aku sedar, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. Andai suatu hari nanti diriku ditimpa kesusahan, bersiap sedialah sentisa disisiku kerana dirimu amat kuperlukan. Dalam sakit, susah dan senang, biar kita hadapinya bersama. Perkahwinan ini kuharap akan membawa kita bertemu Yang Maha PENCIPTA di sana. Kau isteriku dunia dan akhirat. Semoga ALLAH merahmati kehidupan kita yang baru bermula ini"
Ada siapa nangis ? HAHA. Well, novel. Last , gerenti happy ending punya! hehe. Sweet gila novel ni. Nak je aku baca balik semula XD Dah la. Byee korang. Jangan lupa try baca novel ni ! :D
NazielaEmiliaSuhaimi ^^
No comments:
Post a Comment