Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan.

Sunday, October 17, 2010

Hidup kita..

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: 
Cuba kita renungkan,
Semalam _ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini _ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok _ Hari yang belum pasti.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.


NazielaEmiliaSuhaimi ^^

No comments:

Post a Comment